Pages

Wednesday, August 21, 2013

::Masalah Keputihan-Mitos Atau Realiti::


seksi kan gambar yang aku kidnap dari Yahoo ni...ini bukan cite 18SX ok...tapi cite tentang KEPUTIHAN....seringkali aku terbaca pasal keputihan yang disebabkan makan buah2an anatarnya nenas dan timun...pas dah baca aku pun akurlah yang buah2 tu tak boleh makan oleh kaum wanita...gerun bila baca kalau keputihan melampau boleh menyebabkan kanser..so pagi tadi terbaca kat sini pasal makan nenas dan timun..rupanya2 ianya adalah mitos semata2...cehhh wat susah hati aku jerk...meh aku cite sikit...

Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Andalas Padang, Dr. Yusrawati yang juga Pakar Sakit Puan, secara tegas menolak mitos itu.  Menurut beliau, tiada sebarang buah-buahan yang menyebabkan keputihan.  Semua buah-buahan berfungsi menjaga kesihatan tubuh, termasuk kesihatan organ intim wanita, jantung dan kulit.

Bahkan tegas beliau, buah-buahan termasuk nanas mahu pun pisang perlu dimakan agar tubuh dapat menahan kulat atau keputihan. "Sebaliknya, kurang makan buah-buahan boleh menimbulkan keputihan. Sebabnya, daya tahan tubuh akan merosot sekali gus memudahkan kulat tumbuh," jelas doktor pakar obstetrik dan ginekologi itu.

Justeru, Dr. Yusrawati mengesyorkan agar setiap wanita mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.  Katanya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mencukupi. Namun oleh kerana nanas bersifat asid, beliau menasihatkan agar memastikan perut selesa untuk menerimanya. Silap-silap perut akan memulas.

"Tiada hubungan antara makan nanas dengan keputihan," tegas doktor yang berlatar belakang pendidikan di Fakulti Perubatan Universiti Andalas dan Universiti Indonesia itu. 

 Jadi kengkawan jangan lah tak nak makan buah-buahan sebab banyak khasiatnya..tapi tetap kena beringat..takkan disebabkan banyak kelebihan terus hadap buah jea 24jam...beringat yek...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...