Pages

Monday, March 31, 2014

Pengat Labu dan Sagu

selamat petang semua..dah petang baru aku nak wat cite...maaf yea kengkawan...ada banyak cite tapi tak tau nak wat yang mana satu dulu..tapi disebabkan yang menariknya terjadi minggu lepas adalah PENGAT LABU DAN SAGU...





pengat labu ni dimasak oleh my FMIL hokeyyy...aku teringin nak makan so masa ke Family Store Melaka Mall ari sabtu lepas nampak labu ni berjoget2 depan mata aku..aku aku amik dan minta tolong FMIL aku tuk masak....baik tak aku ni???jahat sangat dak Zuraida ni...aku cuma tolong kacau2 kat periuk aje..yang lain sumenya FMIL aku yang buat...resepinya macam biasa aje...aku rasa korang pun tau cara nak buat kan..aku rasa main campak2 aje...

Friday, March 28, 2014

Memenuhi Jemputan

 

selamat petang.dah petang2 barulah berkesempatan nak membuat cerita...kerja yg sangat bertimbun disamping ada dateline buatkan aku tak menang tangan...(macam banyak sangat keje kau Zuraida)..dah mengarut pulak..minggu ni pulang lagi ke kampung untuk memenuhi undangan perkahwinan kawan sekolah dan adik bos En SAYANG...jadi agak penuh jadual minggu ni...nanti aku upload cite yea..tunggu....


ini kad jemputan umah kawan lama aku..dah lebih 10 tahun tak jumpa....so kena pegi sebab mungkin akan terjumpa kawan2 lama...kali pertama bawak en SAYANG gi jemputan kahwin kawan aku..ntah camnelah dia nanti...hahahahaha

Thursday, March 27, 2014

Audit Dari BSI

 
salam dan selamat pagi..ari ni dan esok kat pejabat ni akan didatangi oleh auditor dari BSI...tapi BSI tu apa kan??meh baca kat bawah ni..tapi tulisannya dalam English so pepandailah korang nak fahamkan..nak aku terjemahkan mmg tak boleh la sbb nanti lari plak maksudnya.....atau boleh aje klik SINI

About BSI

BSI Group is a global independent, private, non-profit distributing company which helps organisations improve their quality and performance, reduce their risk, manage their reputations, and help them be more sustainable through our full range of services which includes certification, assessment, third-party audits, standards writing, product testing and management system training. 

Founded in 1901, we have over 100 years of excellence in standards writing which resulted in the publication some of the most popular standards today including ISO 9001 Quality Management System, ISO 14001 Environmental Management System and the latest ISO 50001 Energy Management System.

 
secara mudahnya kalau syarikat nak dapat sijil MS ISO boleh dapat dari SIRIM kan tapi company aku amik dari BSI untuk dapat sijil ISO tu...so aku pun kenalah ready sebab takut auditor tu tanya apa2 yang berkaitan dgn MS ISO yang company dah dapat selama 4 tahun ni.....bersedia yea....hahahahaha


Wednesday, March 26, 2014

Entri ke 600



 

ari ni genaplah 600 entri yang aku buat sepanjang aku ada blog ni..ada macam2 cite yang aku tulis...tapi yang lebih banyak adalah kisah kehidupan aku sbb blog ini adalah catatan peribadi aku untuk semua yang berlaku sepanjang aku bernyawa di bumi ni...Alhamdulillah..sampai bila aku akan menulis di sini aku pun tak tau tapi selagi ada daya aku akan terus menulis walau tak ramai yang membacanya...

chaiyok!!!!!!

GO KL - BAS PERCUMA

selamat pagi semua...ari ni tetiba nak menulis tentang kenderaan yang aku naiki setiap hari untuk ke pejabat iaitu GO KL..bas ni merupakan bas percuma yang disediakan oleh RapidKL untuk kemudahan warga kota yang bekerja di sekitar kawasan Segitiga Emas....sebenarnya inisiatif memberi perkhidmatan bas percuma ini bermula sejak Ogos 2012 lagi..dan inilah pemandu aku setiap hari di Kuala Lumpur ni...jimat belanja tau

 


bas GO KL ni ada dua route iaitu Purple Line dan Green Line...setiap route ini berbeza arah perjalanannya..macam aku naik route Purple Line iaitu dari Bus Stand Klang ke Changkat Raja Chulan..kalau nak ke KLCC naik yang Green Line depan Monorail Raja Chulan...kat bawah ni ada peta laluan bas GO KL..korang boleh tengok kat mana korang nak naik dan ke mana korang nak pegi.ihsan dari SINI..terima kasih tuan punya blog yea...korang boleh aje nak naik turun dari bas ni untuk ke mana aje selagi ada dalam route yang dilalui..contohnya kalau korang dalam Purple Line tetiba nak menukar laluan ke Green Line boleh aje turun di Pavilion, Hotel Prince atau di Ain Arabia (Bukit Bintang)...korang boleh baca aje kt peta laluan bawah ni untuk lagi kefahaman yea..hehehehehehe

gokl_dec2012

Tuesday, March 25, 2014

Belasungkawa:Berdoa Mengurangkan Kesulitan

 

ihsan:Google

dalam keadaan sebegini..berdoalah sebanyak yang mungkin..Allah Maha Mendengar..bacalah sebanyak yang mungkin kerana doa ini adalah yang paling mustajab ketika ditimpa bala atau kesusahan...

Belasungkawa:MH370 di Lautan Hindi

Sumber dari Wikipedia 

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Indian Ocean


Data

Luas Kawasan
  • Luas: 68,556 juta km²
  • Lautan: termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.
Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
  • Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
  • Titik tertinggi: permukaan laut 0 m
Pelabuhan: Calcutta (India), Chennai (Madras; India), Colombo (Sri Lanka), Durban (Afrika Selatan), Jakarta (Indonesia), Karachi (Pakistan), Fremantle (Australia), Mumbai (Mumbai; India), Teluk Richards (Afrika Selatan)

 aku cuba membayangkan bagaimana untuk mencari bangkai sebuah kapal terbang di lautan yang sebegitu luas dengan cuaca dan ombak yang tidak menentu.bagai mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami..Ya Allah,permudahkanlah mereka dalam usaha mencari mangsa yang terlibat

Belasungkawa:Kronologi Kehilangan MH370

selepas 16 hari...akhirnya MH370 terhempas di Lautan Hindi...berikut adalah kronologi kehilangan MH370 yang dianggap paling misteri oleh pakar penerbangan kerana tidak ada siapa yang mempunyai jawapan mengenai apa yang berlaku sebenarnya...dari Harian Metro

8 MAC
* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC
* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.


11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.


12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.


24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Belasungkawa:Terjawab Segala Persoalan

salam takziah...awal pagi ini aku dikejutkan dengan berakhirnya pencarian MH370..tiada ayat yang boleh dikatakan bagi menggambarkan betapa sedih bila mendengar berakhirnya pencarian MH370 apabila ianya terhempas di Lautan Hindi...Allah Maha Besar..selepas berdoa Allah tunjukkan juga di mana MH370 berada selama 17 hari ni...pic bawah ni adalah dari KOSMO...

bukan senang bagi PM kita untuk mengumumkan berita tersebut.jadi kita ni janganlah pesimistik sangat..kalaupun tak suka dengan pemerintah jangan memberi ayat yang boleh mengguris hati semua pihak..tidak mudah untuk memberitahu berita kematian kepada semua waris..mereka perlukan masa dan fakta yang tepat..tidak ada yang disembunyikan oleh pasukan pencari..kalau tidak terlibat dengan misi pencarian janganlah jadi keyboard warrior.....jagalah hati waris mangsa seperti pesanan PM

Monday, March 24, 2014

Kami Di Menara Taming Sari

selamat tengahari..disebabkan minggu lepas adik aku balik ke kampuung so petangnya selepas berpenatan seharian mengemas rumah kitaorang pun berjalanlah pusing2 sekitar Negeri Bersejarah MELAKA..selepas makan di Mahkota Parade (tapi takde foto yea sebab terlupa)..kami berjalan ke Menara Taming Sari..moh layan foto..


itu tiket kami..seorang dikenakan RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak2... dan dibawah tu merupakan kawasan sekitar Menara Taming Sari..masa tu agak ramai pelancong yang ada sebab cuti sekolah baru mula kan...so agak bersesak sikit lah...
 

sambil menunggu turn masuk ke dalam menara tu kami pun berselfie jugak...







seronok jugak bila dapat berjalan dengan family plus en SAYANG...pas turun dari menara kami terus balik dan beli makanan di pasar malam Bukit Piatu dan makan di umah my FMIL...syoknya pengalaman minggu lepas

Wednesday, March 19, 2014

Kisah Aku Sabtu Lepas

dah lunch???harap2 kenyang yea kawan2 semua...ari ni aku agak sakit kepala kesan dari terhantuk semalam..harap2 aku mampu bertahan sehingga waktu balik nanti...skrg nak sambung kisah aku minggu lepas..memandangkan aku balik umah abg aku kat Klang untuk amik alas dulang hantaran yang dah siap dijahit dan perlu dihantar ke umah en SAYANG...so akk aku pun ajaklah kami ke lokasi tempat mereka nak berniaga..akk aku berdua ni plan nak meniaga kedai makan pulak sebab seronok nak memberi orang merasa apa yang dimasak..in sha allah boleh berjaya sebab akk aku memang pandai memasak...hehehehehe...meh nengok foto yang dah berjaya ada frame yea...tu sebab lambat nak wat cite sebab nak edit foto...hikhikhik..(lantaklah yea...walau orang lain dah tahu mende ni)


foto atas tu lah tempat abg ngan akk aku nak meniaga..kat TAMAN INTAN KLANG...gerai ni milik MPK.sepatutnya ada 10 gerai yang dibuka tapi hanya ada 3 buah yang buka..aku nengok ada potensi nak bertahan sebab disekeliling gerai ni ada banyak bengkel dan kedai melayu hanya ada 2 dan dibuka hanya sehingga 2 petang..permintaan banyak tapi tak mampu nak cater utk semua..so adalah rezeki utk mereka di sini. AMIN...nanti aku war2kan yea jika dah buka gerai akk aku ni..jemputlah datang beramai2...


pas nengok kedai dah tengahari dan perut pun dah mula berkeroncong..lebih2 lagi budak kecik sorang ni...so kami pun pegi makan KFC dan dibelanja oleh akk aku ler...kenyang kami makan KFC..walau dah selalu makan tapi feeling tu berbeza bila akk dan abg yang belanja..hahahahaha...melampau aku jd adik yea...

itu aje kisah aku hari SABTU lepas...ada lagi cite untuk AHAD..tapi tunggu yea..foto belum diedit..

Published!!!

Dek Kerana Teringin

salam..dah tengahari barulah dai ni aku agak sibuk dapat nak menaip cerita..dah beberapa hari aku sibuk dan ditambah dengan penyakit 'M' yang datang maka berhabuklah blog ni sekejap...minggu lepas aku teringin sangat nak makan ROTI TELUR...disebabkan aku ni sini cuma keluar ke pejabat dan balik saje maka aku kena pendamkan keteringinan tu...spt kata en SAYANG.."nanti balik kte makan sama yea?"...so ari Jumaat lepas aku cakap kat adik aku nak makan roti canai..so dalam perjalanan ke  Klang adik ipar aku pun carilah kedai mamak....dapatlah aku makan roti telur..tapi jangan kata aku mengada2 tau..aku tak berani keluar merayap di KL ni tanpa ada sesape yang teman..ini KL bukan MELAKA yang boleh aku berjalan sesuka hati...meh kita nengok gambar la

kali ni aku dah jumpa cara nak cantum gambar so aku akan put in together all pic in one frame...tapi jangan perli yea sebab mak ni baru jea tau belum pandai lagi..kat atas tu ada roti telur utk aku semestinya..tosei utk adik aku..nan cheese untuk adik ipar aku dan semestinya nasi lauk ayam utk checha...

published!!!!

Friday, March 14, 2014

MH370 Setelah Seminggu Masih Tiada

Hari ni genap seminggu MH370 hilang.ke mana arah ianya pergi tiada siapa boleh menjawabnya.tiada jawapan bagaimana ianya boleh hilang..tiada jawapan bagaimana ianya tidak boleh dikesan radar..tiada jawapan untuk semua persoalan..sehingga pasukan pencarian tersebut menjumpai kotak hitam milik MH370 tu..sehingga itu semua persoalan itu akan dibiarkan berulang2..itu jawapan tepat bagi aku seorang manusia biasa yang tidak tahu langsung mengenai kapal terbang..dan bagi yang bertanya jugak kenalah bertolak ansur dengan pihak yang menjawab.sedangkan yang pakar pun tak dapat meneka ke mana hilangnya MH370 lagikan orang marhaen ni...memang betul setiap soalan perlu ada jawapan tapi ada kalanya setiap soalan yang dikeluarkan tidak ada jawapan logik sehingga ada bukti ternampak depan mata..
 
 ini kat Fahrenheit 88 kat Bukit Bintang kot.dorang buat kad dan gantung dipokok di panggil Wall of Hope & Prayers MH370...

moga2 hari Jumaat ni akan memberikan sinar baru kepada pasukan SAR dalam menjejaki hilangnya MH370 ni...apa2 pun boleh berlaku asalkan kita percaya setiap apa yang terjadi ni dah tertulis di Luh Mahfuz..Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang diciptaNya...setiap apa yang jadi ada sebabnya...kita dah usaha dan kita juga dah tawakal maka Allah pasti akan memberi pada kita..In Sha Allah...

ini cuma pendapat aku orang marhaen..setiap dari kita kan boleh memberi apa jua pendapat tapi perlu dielakkan menulis sesuatu yang boleh menyebabkan orang marah,sedih dan lebih teruk menyebabkan kita diTANGKAP..tak salah memberi pendapat tapi kita kena tahu etika jugak..bukan boleh main hentam aje..Wallahua'lam

Sakit Jantung Kerana Suka Gigit Kuku


ini amaran bagi sesiapa yang suka menggigit kuku..agaknya dah takde nail clipper ke sampai nak gigit kuku??apa akibatnya kalau suka gigit kuku nih??kesannya adalah diserang penyakit jantung...macam berita kat atas tu..jadi gunalah nail clipper kalau tak ada pegi beli kat pasar malam tu...

Kejadian Pelik Selain Kehilangan MH370

di saat kita masih merasa pelik mengenai misteri kehilangan kapal terbang ni masih ada jugak cerita pelik yang berlaku di negara luar...semalam aku baca surat khabar KOSMO dan tetiba mata ni terpandang satu berita yang agak menarik hati aku...meh kita nengok


ini kisahnya...Enam maut akibat kenderaan melanggar gajah..kejadian ni berlaku di Bangkok..seperti yang semua orang tau GAJAH adalah binatang yang paling dihormati dan disayangi..besar dan kuat sungguh gajah ni yea..sampai kita pun mati sebab terlanggar dia..mungkin sebab impak perlanggaran tu kot..tapi trajiknya gajah tu pun terpaksa ditembak sebab mengalami pendarahan yang banyak dan peluang untuk hidup amat tipis...poor to the elephant... 

Face Mask Yang Tiba2 Laku

salam dan selamat pagi.korang dah bersarapan?wah ayat melayu aku pagi Jumaat ni.aku dah selamat makan.pagi ni makan berat sikit..roti dan nescafe...so ini kisah petang semalam..malas nak cite semalam jadinya sebelum lupa kenalah wat pepagi..di masa jerebu ni benda yang paling mudah habis adalah FACE MASK..semalam aje aku kehabisan stok face mask ni sebab sume staf mintak kat aku..




geli ati aku pasal face mask ni..macam satu benda yang amat berharga waktu sekarang ni bila mana minta tapi tak dapat dan ayat yg dikeluarkan..kenap habis??wah agak pening nak menjawab..tapi aku guna pendekatan jawab spt biasa...mana ada barang yang tak abis.kalau jadi mcm tu tutuplah kilang...hahahahaha...jahat tak ayat aku??harap2 pagi ini adalah stok face mask ni..kalau tak mau nahas aku..

Thursday, March 13, 2014

Dapat Jugak Akhirnya


sila abaikan padaman yang tidak sempurna itu yek..aku tak tau cara terbaik nak padam tulisan2 mcm tu..asalkan terpadam sudah la yek..ini kisah pagi tadi..sepatutnya kak insuran ini diambil semalam tapi disebabkan kesibukan yang amat sangat tertangguh sehingga pagi tadi.walhal nak amiknya di tingkat yang sama tapi tak boleh bergerak semalam...maaf ye adik manis EVONNE...

ini adalah panel insuran kami di pejabat ni..disebabkan aku masih seorang diri maka dapatlah hanya sekeping berbanding yang lain..punya dua,tiga malah sehingga lima kad...macam seronok plak dapat kad banyak2 ni..aku belum tau penggunaannya lagi..apa2 pun macam hepi ada insuran kad...

published!!!!!

Nahas Kapal Terbang Terburuk

Info Grafik 
 ihsan dari HARIAN METRO

MH370 Tidak Dikesan Radar

salam dan selamat pagi...hari ni hari keenam kehilangan kapal terbang MH370.dan baru sekejap tadi aku terdengar berita dan terpanggil untuk menulis..tanya wartawan kepada CEO MAS."sejauhmana Boeing 777 boleh terbang rendah jauh dari dikesan radar?" dan ini jawapan CEO MAS..."sehingga ia habis minyak"..(pic bawah ni merupakan CEO MAS)


dan aku terfikir selepas MH370 habis minyak apa yang akan terjadi??adakah kapal terbang tu akan terhempas atau kita boleh nampak ianya muncul???


Balik Kerja Tepat Masa:Efisien Atau Malas?


Wednesday, March 12, 2014

Perangai Pelik Orang Malaysia Masa Memandu

selamat tengahari semua..tengahari ni aku tak makan pun sebab misi mengecilkan badan telah bermula..so no lunch and light meal for dinner only...hahahahaha..tercapai ke???kita nengoklah nanti yea...ari ni aku nak kongsikan satu cite tentang perangai pelik org Malaysia ni masa memandu..benda ni aku nampak dah lama tapi ingatkan tak banyak berlaku tapi makin banyak kali plak yang aku nampak...nak tau apa perangai pelik dorang ni???meh..

1. Baca Surat Khabar 
2. Main Game dalam Tab atau Handphone
3. Update / Baca status FB
4. Ambil Gambar
5. Selfie

tak ke korang rasa perangai pelik ni boleh membahayakan bukan setakat untuk diri sendiri tapi untuk orang lain jugak...memang tau dorang ni hebat dalam memandu tapi janganlah sampai masa memandu pun boleh buat benda2 mcm tu...menyusahkan orang lain aje...tunggu kat umah la kalau nak bermain dgn fon atau tab....dah tak menyempat ke???

kalau ada lagi perangai pelik yang korang pernah nampak citelah kat aku..nak jugak tau...hehehehehe

Tuesday, March 11, 2014

Misteri Kehilangan MH370
























salam dan selamat pagi semua..korang dah bersarapan ke?pagi ni aku cuma bersarapan ringkas jek..sebab dah memulakan sesuatu.disebabkan masih awal pagi so aku pun memulakan ayat kat entri ni.aku pun nak jadi seperti orang lain menulis  mengenai kehilangan MH370 ni..dah macam trending skrg ni..baik kat facebook mahupun Twitter.hari ni dah masuk hari ketiga kehilangan kapal terbang milik Malaysia Airlines System atau MAS iaitu MH370.penerbangan sepatutnya sampai di China pada pukul 6 pagi hari Sabtu lepas..tetapi dilaporkan hilang dari radar jam 2 pagi hari yang sama.

kapal terbang yang canggih...juruterbang yang professional...bagaimana ianya boleh hilang??pakar penerbangan pun tak menemui sebarang jawapan utk pertanyaan ramai...bagaimana kapal terbang tersebut boleh tiba2 hilang dari radar sedangkan kata pakar setiap kapal terbang ada 3 cara untuk memberitahu menara kawalan udara sekiranya mereka mengalami masalah..tapi hanya mereka yang ada di dalam MH370 tau apa yang terjadi sebenarnya....dan kita lupa yang Allah berhak ke atas sesuatu milikNya...walau secanggih mana pun teknologi tak akan dapat lari dari ketentuanNya bila ayat KUN FAYAKUN di baca...hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu..

bagi ahli keluarga yang terlibat, dalam masa yang genting ni berdoa,berdoa dan berdoa adalah ubat paling mujarab..jangan pernah berpaling dari Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui..mungkin ada hikmah yang kita tak nampak..setiap kejadian yang berlaku itu ada penyebabnya..jangan pernah menyalahkan takdir atas sesuatu yang terjadi..kita cuma hambaNya..apalah daya kita melawan apa yang dah tertulis untuk kita..pandanglah semua ini sebagai ujian untuk mematangkan pemikiran kita sahaja...in sha allah semua akan kembali seperti biasa

bagi yang tidak terkesan dengan apa yang terjadi janganlah anda pulak menjadi "keyboard warrior"..berani menulis tanpa langsung memikirkan kesannya kepada ahli keluarga yang terbabit...jika anda tidak ada sesuatu yang baik dicakapkan lebih baik anda diam..kadang2 kita tak perasan apa yang kita tulis telah mengguris hati dan perasaan orang lain.jangan menulis sesuatu yang tak pasti kebenarannya seolah2 kitalah yang ada pada waktu tu..seolah2 kitalah penyelamat waktu tu..kalau betul korang berani..datanglah ke sidang akhbar yang dibuat setiap 2jam tu...cakap apa yang korang rasa...korang tak tau perasaan orang yang bekerja siang malam nak cari kat mana kapal terbang tu berada..yang korang tau hanya mengutuk, menunjukkan rasa tak puas hati dan rasa diri terlalu bagus berbanding orang lain..rasa diri tu tak pernah berdosa...kadang2 aku rasa mual jugak baca ayat2 mereka2 ni seolah2 lupa yang kita kena percaya pada Qada' dan Qadar..ingatlah yang Allah Maha Mengetahui..



Monday, March 10, 2014

Jimat Duit Bila Betulkan Motor Sendiri

salam dan selamat tengahari..disebabkan beberapa hari ni perasaan sayu dan sedih kerana misteri kehilangan kapal terbang milik MAS...dan ramai jgk kengkawan yang bercerita mengenai tu..so aku amek pendekatan lari sikit dari trending terkini...ini kisah yang berlaku semalam...selepas abang dan adik aku balik ke KL, en SAYANG pun cakap nak tukar cover set utk motor kami...so aku pun ikutkan aje...sebab cover set yg ada ni pun dah teruk sangat....tapi agak menjimatkan sebab en SAYANG buat sendiri..cuma beli barang dan dia betulkan sendiri..dan aku pun kata kalau macam ni tutuplah bengkel motor kalau semua orang boleh buat sendiri..hehehehehe....nak membuka dan memasang cover set ni amek masa lebih 3jam dan akibatnya kansel lah pulak nak berdating ngan en SAYANG...aku pun diam aje...takpelah asalkan dia bahagia...


inilah kotaknya...dan boleh korang bayangkan tak macamana aku pegang kotak ni dari Jalan Mata Kuching balik ke umah FMIL aku kat Bukit Katil..cam nak tertinggal jea aku rasa kat belakang...
 


inilah antara barang yang aku kelurakan tanpa aku tau kat mana perlu dipasang benda ni..tap warnanya menyerlah kan??kalau ikutkan aku nak pakai warna biru tapi takde..yang ada hanya merah cili dan ungu...tiada pilihan terpaksalah bersetuju dengan warna MERAH ni....dan en SAYANG memang nak pakai warna MERAH ni...hhhrrrmmmm....ikutkanlah...





inilah keadaan motor kami setelah dibaraikan badannya...macam mengerikan aje...rasa macamg jerangkung aje...rupa2nya begini aje motor kalau takde cover set kat badannya...yang mencantikkan motor adalah cover set...hahahahahahaha..gayat aku rupanya..






setelah mengambil masa selama lebih 3 jam akhirnya berubah lah pakaian motor kami...siap akhirmya..walaupun tak dapat berdating tapi gembira jugak sebab motor kami berubah dan sangat cantik...aku puas hati jugak...

itu saje kisah berlaku hari semalam...ada banyak yang berlaku sepanjang cuti lepas tapi disebabkan aku terlupa mengambil gambar so tak boleh lah nak bercerita..hukhukhuk....sedih pulak...

Friday, March 7, 2014

La Tahzan Ya Sohibati

 
ihsan pakcik google

kebelakangan ni aku sering mendengar keluh kesah sahabat2 yang bersedih kerana belum mendapat JODOH. ada yang cuma bertepuk di sebelah tangan.ada yang berkawan tapi tidak dirisik.dan pelbagai lagi perasaan mereka..sehingga ada yang difitnah melakukan dosa hanya kerana dia belum berkahwin..

sesungguhnya kawan2...JODOH ini rahsia ALLAH..jangan difikir apa kata manusia.bukan manusia yang menentukan keadaan kita setiap hari..setiap apa yang jadi pada kita ni ALLAH yang merancangnya..dah tentu ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.jangan ditanya kerja ALLAH..

 

kadang2 aku marah jugak pada mereka2 yang bertanya soalan2 "bila nak kawen", "kenapa tak nak kawen", "rugi tau kalau tak kawen awal ni", "janganlah memilih sangat" dan pelbagai jenis soalan..kenapa aku tau sbb dulu dulu aku pun pernah ditanya dengan soalan mcm ni..tapi selepas aku memberi jawapan yang mereka tak boleh nak soalkan lagi dan mereka senyap sehinggalah sekarang..

jadi kawan2 semua..jika belum tiba JODOH anda janganlah anda merasa terancam..merasa tertekan..merasa ketinggalan.kerana ALLAH punya perancangan yang baik untuk anda.janganlah sehingga anda mencari kepunyaan orang..bertepuk sebelah tangan...merana cinta tak kesampaian...

satu yang aku cukup ingat dari pesanan arwah MAK ialah carilah yang mencintai dan menyayangi kita sepenuh hati kerana bila dia cinta kita dia akan sentiasa cinta dan sayang pada kita...tak penting perasaan cinta kita kerana kalau hanya kita saje yang cinta dia akan jadi masalah lain nanti..maka kawan2 semua carilah yang mencintai kita...in sha allah akan bersama selamanya...


sambil2 tu rajin2lah baca doa macam kat atas tu..in sha allah tenang hidup kita..lagi satu jangan difikirkan apa yang orang nak cakap pasal kita..cuma cakap pada mereka jangan ditanya kerja ALLAH...dan cakap juga pada mereka yang kamu bahagia dengan apa yang ALLAH rancangkan dalam hidup kamu....in sha allah mereka akan diam..tapi kalau ada yang nak tau apa jawapan aku pd mereka yang bertanya bolehlah bertanya sebab amat bahaya aku keluarkan di entri ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...