Pages

Friday, December 30, 2016

Kisah Sambungan Besday Si Asben

Entri sebelum ni aku dah ada buat poat cerita tentang en asben aka en sayang.tapi untuk tahun 2016 aku sambut jugak besday en sayang di kuala lumpur.di umh kakak aku dengan lebih tepat.sebabnya aku beli dua kek ikut idaman si dia.dan seperti korang semua tau kek yang en sayang minta adalah kek aircond.sebabnya memang itu yang diminta dari awal2 perkahwinan kami.so tahun ni aku cubalah mencari kek seperti yang diidamkan.alhamdulillah dapat jugak walaupun baker terpaksa mengambil sebulan untuk mencari idea.


Dan inilah kek yang yang diidamkan..dua biji kek berbentuk aircond.kek yang atas tu outdoor aircond yang dibuat oleh kak mas intan.kenalan di fb aku.kek ni red velvet dan full fondant.kek ni kata baker tak boleh kena sejuk sebab akan cair dan lembik.


Yang ini plak indoor aircondnya.dari jenama yang sama.dan yang ini plak kek coklat moist hasil tangan kawan aku asiah.kek ni pulak fully icing.dan kek ni perlu kena sejuk nak bagi tahan icing sugar tu.

Boleh korang bayangkan tak nak bawak 2 bijik kek yang perlukan suhu berbeza dan dua bijik kek yang mempunyai berat yang jugak berbeza.total 2 biji kek lebih 5kg..perghhh...sangat mendebarkan dengan keadaan jalan,jarak perjalanan,cuaca dan lain2 faktor lg

Kembali Menulis Selepas Dua Bulan Bersarang

Salam.hari ni aku merajinkan diri untuk menulis walauoun kasang2 mood nak menulis takde sebenarnya.bukan tkde bahan nak cerita..ada banyak sangat2 tapi macam tu lah..bila mood menulis takde mmg tkde la aku update blog ni.apa2 pun aku harap tahun 2017 ni memberikan  aku inspirasi untuk terus menulis di blog.walau tak berkaitan dengan aku tetap aku akan menulis berkaitan RIZAL AIRCOND & ELECTRIC.kepunyaan suami aku cuma kerani aje..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...