kalau orang lain gi berjalan2 pusing melaka aku plak buat lawatan ke Huat Lai...korang mesti nak tau apa tu Huat Lai kan??inilah yang dipanggil Huat Lai...
kalau korang leh nampak logo kat atas tu dah tentu korang tau apa itu Huat Lai...Huat lai merupakan sebuah ladang ternakan ayam yang terbesar di Melaka.kat ladang ni ada telur ayam,anak ayam,ayam tua,makanan ayam dan sebagainya....korang nak tau apa sebabnya aku ke ladang ayam..hah ni sebabnya .....
inilah budak2 yang menyebabkan aku ke ladang ayam....yg sebelah kanan tu anak buah aku..kawan dia nak buat final projek berkaitan ayam..so aku bawaklah ke ladang ayam ni...banyak yg budak2 ni dapat termasuk aku sekali...
inilah suasana dalam ladang ayam tu..comel tak ayam yg kat atas tu???masa aku snap pic ni ayam ni sekor jek yg nak enter frame....so aku amiklah pic ayam comei ni.....dalam ladang ni ada 111,080 ekor ayam...so korang boleh bayangkan tak berapa byk telur ayam yg pekerja kat sini kutip setiap hari...seekor ayam leh bertelur sebijik sehari....
anak buah aku mmg excited nampak telur ayam fesh..siap pegang ngan buat aksi pengutip telur ayam berjaya di Huat lai...hehehehehe
ini plak masa pekerja2 kat ladang ni ngah packing telur masuk kat tray telur tuk dihantar ke kilang utk digrading....telur kat sini mmg besar....
ini plak dah tentulah pic tuan tanah...nak jadik pekerja Huat Lai tak boleh so pakailah baju ni sekejap...nak masuk ladang ayam ni kena pakai baju kilang sebab ayam akan nampak perbezaan antara pekerja ngan orang luar...masa aku masuk pun ayam2 tu kelam kabut sebab tak pernah nampak muka kitaorang bertiga...tapi memang best masuk ladang ayam...
6 comments:
Kalu Kak Azie ada peluang, memang Kak Azie pun nak jugak masuk tempat tempat macam ni... Besttt!
betul kak...dulu2 mmg kotor dan berbau tp skrg dah berbeza
salam,kita boleh beli telur ayam direct tak kalau pegi ke ladang tu.
salam.kalau kite ke ladang ternakan ayam tu.boleh kiter beli telur ayam direct tak kat situ.
kat kilang telur dimelaka tu.boleh kite beli direct tak telur ayam nya
wsalam zack sky..maaf lambat balas...setakat yang saya diberitahu boleh beli terus di kilang huat lai tu...
Post a Comment