Pages

Friday, November 30, 2012

::Selamat Malam::

Dh menjelang tgh mlm,so aku nk ucapkan gud nite la to u olls...kte jmpe lg esok..insyaallah
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Perpisahan Sekali Lagi::





ari ni ari terkahir kedua-dua mereka ni di hq JKMN Melaka...selama aku dapat tau berita perpindahan mereka aku cuba menidakkan tp akhirnya aku sedar yg aku tak mampu nak mengubah takdir yg Allah dh tentukan...aku akur jugak akhirmya...aku amat sygkan mereka terutama kak faz sbb kak faz aje yg ada bersama aku dari dulu hingga sekarang....tp akhirnya aku tinggal seorang diri kat sini....macamana aku nak tempuh keadaan ni...bolehkah aku???aku kehilangan org yg rajin mendengar celoteh aku...aku kehilangan sahabat akrab yg selama ini bersama ngan aku...aku seperti kehilangan sebelah tangan.....kenapa mesti aku lalui perkara ini???? apa2 pun aku doakan kedua2 mereka berjaya ngan kerjaya masing2....tiada apa yg boleh aku hadiahkan untuk mereka melainkan doa aje....moga kita berjumpa lagi...insyaallah...

::100 103::


Korang mesti heran apa kena aku buat tajuk entri 100103 ni....bukan apa saje nk bikin gempak...sbnrnya ia berkaitan meter keta aku yg bernombor cantik...sepatutnya aku snap pic mse meter ni 100100 tp sbb x sempat maka kt nombor ni lah aku snap...dh jauh keta ni berjln...hehehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Jumaat Kembali::



 
 
 
salam pagi...jumaat kembali and selamat dengan seribu harapan menggunung....berikan aku semua kekuatan untuk aku tabah mengharungi kehidupan ini...amin....meh kita baca raja istighfar ni bebanyak moga dapat keberkatannya...

Thursday, November 29, 2012

::Adakah Masih Punya Harapan::

Benarkah apa yang orang katakan yang setiap sesuatu yang berlaku itu ada sebab???
aku masih memikirkan tentangnya....
apakah sebab aku dipilih untuk menanggung kesemua ini???
adakah aku punya kekuatan luar biasa sehingga aku dipilih???
mengapakah hanya aku???
bagaimana untuk aku teruskan perjuangan kehidupan jika aku tak punya semangat lantaran sesuatu masalah itu???
 
jangan dikatakan suruh bersembahyang,berdoa dan bertawakal...
itu semua telah aku buat...
apa lagi yang belum aku buat???
adakah mereka tau yang aku dah tak tertanggung dgn bebanan yang ada??
adakah aku ini manusia yang suka mengeluh???
adakah aku ini manusia yang tidak bersyukur???
adakah ianya semua kesalahan aku????
ya mungkin benar ianya salah aku...aku yang benarkan ianya berlaku...
aku yang hanya melihat ianya diteruskan....
memang benar salah aku...
tp kenapa aku tak nampak jalan pembetulannya lagi???
adakah aku tak boleh membetulkan kesilapan yang dah aku buat????
 
penatnya menjalani kehidupan dengan seribu persoalan yang aku tak mampu menjawab
yang melihat hanya melihat melihat saja...
kerana ayat paling kerap dilontarkan adalah terlalu "cliche"....
tak mengapalah....asalkan aku masih gagah meneruskan hidup
aku berjuang la walau nyawaku tinggal sedikit....
berjuanglah awak.....
 
hidup perlukan pengorbanan dan inilah pengorbanan yang aku lakukan....

::Jogging Semula::

 
 
 
aku punya impian untuk kembali berjogging utk mengembalikan semangat aku yang hampir pupus ni...tapi bila mengenangkan keadaan cuaca yang tidak elok di petang2 hari menyebabkan aku terpaksa memikirkan semula keputusan berjogging ni....lantas kalau tidak dibuat sekarang...bila masanya akan aku mulakan langkah lariankan???moga2 cuaca esok terus bersinar kerana aku mau ianya secerah pagi agar mampu berikan aku sinaran meneruskan hidup.....

::Yang Menarik::

 
 

ini antara yang menarik minat aku semasa di CH...bunga tu namanya bunga loceng...buah tu aku kurang pasti...arahan tu dah tentu tentang pokok teh..hehehehehe

::Khamis Tanpa Kata::


Wednesday, November 28, 2012

::Testing Blogger-droid::

Aku baru upload application ni petang td...x tau la keberkesanan...so masih dlm fasa trial n error....kita nengok la
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Strawberi dan Aiskrim::




kalau ke CH ni tak mungkin tak menyinggah ke ladang strawberi beli strawberi ataupun produk berkaitan strawberi...aku ni mmg hanya carik strawberi dan aiskrim....nampak sedap kan aiskrim ni???semangkuk cuma rm2 dan strawberi tu berharga rm5 jek.....so g lah ke KHM yek....

::Part Three Cameron::

salam dan selamat pagi...ari ni nak sambung cite semalam dan semalam.....pas sarapan kitaorang ada 2 tugasan iaitu pergi ke ladang strawberi dan jawab soalan yang dorang dah sediakan.... moh kita nengok gambar....

 
 
 
 
inilah antara tugasan kitaorang...ladang yang kami dapat ialah KHM atau nama penuhnya Hj Khairani Mohamad...pemilik ladang ni xde masa kitaorang dtg...so terpaksalah berbual ngan petugasnya shj...ladang KHM ni merupakan ladang contoh yang diberikan oleh Jabatan Pertanian CH kpd mereka kerana teknik penanaman mereka yang bersih dan teratur....buah2 strawberi dorang pun besar dan cantik jugak...aku syorkan korang gi lah ladang ni kalau nak strawberi yang manis dan besar....hehehehehe...promosi lagik tau...
 
 
 

selepas temubual kami ngan petugas KHM kami diperlukan utk mengambil gambar dalam 3 keadaan iaitu gembira,sedih dan masam...pic aku non ada sbb akulah pemegang kameranya...hehehehehe...macam2 aksi bebudak ni termasuk pegawai aku buat dalam foto ni...jangan marah yek
 
 
 
ini plak tugasan kedua iaitu membeli 4 jenis buah berwarna kuning yang boleh dimakan...kumpulan aku beli nangka,jagung,limau dan nenas...itupun selepas berhempas pulas mencarik di seluruh Kea Farm....macam nak mati kepenatan..korang leh nengok muka aku yang pucat lesi tu....berpusing seluruh pasar tu mencarik buah yang berwarna kuning...punyalah susah tugasan kitaorang..pastu kena amik gambar dalam mode kepenatan.......
 
lepas setel tugasan kat sini kitaorang pun balik sebab dah kehabisan tenaga dan nak mendapatkan tenaga kembali untuk pusingan kedua di pasar malam brinchang...jangan jeles yek...
 
 

Tuesday, November 27, 2012

::Hadiah Dari PPUKM::

setiap 6 bulan aku akan ke hospital buat pemeriksaan kesihatan dan seperti biasa apabila aku ke sana aku mendapat hadiah yang istimewa..tapi kunjungan kali ni aku mendapat tambahan hadiah yang amat istimewa dari situ....korang nak tau...meh nengok kat bawah ni...
 
 

inilah hadiah yang paling dinantikan...selalunya ubat aku hanya warna oren dan ungu tu tp kali ni ada tambahan pil berwarna biru dan peach...memang seronok bila ada hadiah tambahan ni kan???hehehehehe
 
 
sakit yang dihidapi atau luka luaran mungkin akan sembuh bila ada ubatnya tapi apabila luka yang terselindung adakah ubat untuk merawatnya selain berdoa kepadaNya???
 

::Kursus Di Cameron Part 2::

sambung lagik ngan cite kat cameron yek....ari ni ari kedua aku berkursus..kursus kali ni bukan duduk and dengar ceramah tap lebih kepada outdoor...tugas pertama adalah jungle trekking....

 
 

gambar ini diambil selepas tamat jungle trekking tu..mana leh amik foto sepanjang trek tu..ngan nak jalan,nak bawak badan,nak bawak kamera lagi...so non ada foto yek...kami trek kat tempat yang bernama Parit Falls...kepenatan yang amat sangat walaupun hanya setakat 2km perjalanan tp sengsara sesangat....tp disebabkan objektif kursus ni jangan buat alasan so buat jugak walaupun lambat dari tak buat langsung...hehehehe

 
 
 
 
 
inilah wajah2 kami yang kepenatan selepas trekking....makan tak ingat sungguh...foto aku tiada kerana aku yang memegang kamera ni...DSLR dak mira ni..best betul DSLR ni....


ini plak wajah2 pemandu2 JKM yang amik gambar macam pengantin plak...korang ni teringat masa dulu2 naik pelamin agaknya ni...hehehehe....
 
pas makan kitaorang rehat sekejap sebelum buat tugasan yang seterusnya....so tunggu......

::Kursus di Cameron::

salam...ari tu aku ngan kengkawan kat opis ni bertandang ke cameron utk kursus "Hidup Jangan Membuat Alasan" selama 3 hari 2 malam bermula 21 hingga 23 November 2012...perginya aku ke sana sambil berkursus aku cuba menghilangkan perasaan duka lara yang melanda...cuba untuk melupakan seketika masalah yang ada...cuba untuk senyum dan ketawa seketika...besar harapan aku masa nak  kesana....so meh la kita nengok gambar masa kami kat sana....

 
 
 
 

gambar2 ni masa kitaorang ngah tunggu bas n kengkawan yang lain sampai...aku tiba kat tempat tu pukul 7.05 pg tapi kitaorang bergerak ke cameron pukul 8.30pg..korang bayangkan berapa lama aku ngan yang lain berdiri menunggu mereka yang lewat ni sampai...berpeluh...n hilang make up aku...hehehehe...kami berhenti sarapan di RNR Seremban tapi non ada foto sebab dah kelaparan makan otak kurang berfungsi la....berhenti dalam sejam and kitaorng teruskan perjalanan...sampai di cameron kalau tak silap pukul 3.30ptg..disambut ngan keadaan hujan lebat...kitaorang berhenti makan tengahari sebelum check in kat homestay...


kat sinilah kitaorang menginap...Dahlia Homestay...rumahnya bolehlah...harga aku tak tau lah sebab sume jabatan yang tanggung...tp selesa untuk buat berehat dan tidur...kalau nak selesan tidur kat rumah atau kat hotel 5 bintang kat cameron ni kompom selesa nak...

 
 
 

pas berehat and pentang tu kitaorng g pasar malam kat brinchang tap ia jugak non ada foto yek..pas shopping kami pun makan malam kat homestay...lauk dia mmg sempoi tapi menepati citarasa aku sebabnya bagi aku kalau nak makan sedap lebih baik duduk umah jek..dah tentu dapat makan best...sepatutnya ada kelas pukul 8.30mlm tapi disebabkan kepenatan yang melampau urusetia memberitahu tiada kelas tapi kelas esok diawalkan seawal jam 7.00 pagi...amik kau..tp ok lah boleh berehat awal..aku plak tido mmg sangat awal..jam 10.00 malam mata ni dah mintak ditutup...so kita sambung lagik untuk cerita esok pagi...bye....

hati yang berduka walau ditutup dengan seribu tawa masih tetap nampak kedukaan...walau sebijak manapun ianya ditutup....
 

::Kepercayaan::

kepercayaan ibarat sekeping kertas,
sekali ia direnyukkan
ia tak akan kembali kepada keadaan asal.....
 
apa pendapat korang????

Monday, November 19, 2012

::Di zalimikah Rakyat Malaysia ni?::




pertanyaan kat atas tu berulang kali aku tanyakan pada diri sendiri..adakah aku sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia ini di zalimi oleh pemimpin???adakah aku diperlakukan begitu???kalaupun aku rasa dizalimi bukan oleh pemerintah tapi kerana diri sendiri....korang nak tau kenapa aku buat entri ni???ini kerana ari sabtu lepas aku terdengar berita yang mengatakan ada segelintir pihak yang berdoa agar pemerintah ini di"mamposkan" kerana telah menzalimi rakyatnya??so terzalimkah rakyat Malaysia ni??setau aku yang cetek ilmu agama ni bukankah kita tidak digalakkan untuk berdoa untuk kehancuran seseorang????bukankah lebih elok supaya kita sentiasa berdo yang baik2 untuk mereka???
 
aku ni bukan pro mana2 pihak tapi sekadar melihat sesuatu itu dari sudut lojiknya...bagi aku apa yang ada di Malaysia ini lebahi indah dan lebih baik dari apa yang ada di negara orang lain....aku masih rasa selamat pergi dan balik kerja..aku masih dapat bekerja...aku dapat makan hasil dari gaji aku....aku rasa selamat pergi kemana sahaja yang aku suka tanpa ledakan bom di sana dan sini...aku masih mampu membeli barang2 keperluan dan kehendak aku...walaupun ada sesetengah yang berpendapat ianya sepatut lebih murah dari yang sepatutnya...tapi bagi aku ianya lebih dari berpatutan....kalau rasa tak berduit jangan beli yang mahal...tapi korang jangan pulak rasa tersinggung ngan apa yang aku katakan ni..ini adalah pendapat peribadi aku..apa yang aku rasa...apa yang aku lihat..kalau korang tak setuju itu bukan masalah aku tapi korang kena tanya pada diri sendirilah...
 
pada saat kita semua dapat segala yang kita kehendakkan mengikut kemampuan kita tapi kita lupa bahawa masih ada yang dinafikan hak mereka...daripada berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang kita mmg ada lebih baik perjuangkan nasib mereka di sana???apa lagi yang tidak cukup di sini kalau nak dibandingkan dengan apa yang mereka ada di sana....jadi fikirkanlah sedalam2nya...jangan hanya melihat dari satu sudut tapi lebarkan pandangan dan pemikiran...wallahua'lam.......

::Selamat Pagi Isnin::

 
 
salam dan selamat pagi kpd sume kengkawan...seperti biasalah klu awal minggu ni mmg mood nak bekerja out sikit...lagi2 lah aku yg mmg out sejak minggu lepas ni...mcmana gambar kat atas tu yang terbalik mcm tu jgk lah terbaliknya kehidupan aku sepanjang minggu lepas tp aku harap kengkawan aku sume mempunyai mood yang baik utk bekerja pagi ari ni....hehehehehe
 

Friday, November 16, 2012

::Perasaan Yang Memanipulasi Akal Yang Waras::

salam jumaat dan ari ni ari kedua aku di tahun baru 1434H...tak byk resolution baru yang aku impikan utk tahun ini...cuma yang sedia ada ni mohon dimakbulkan...itu aje....tp berbalik pada tajuk entri aku ari ni.....ada sesetengah perasaan yang wujud dalam diri kita ni kadang2 memanipulasi akal dan fikiran kita...itupun sama ada kita sedar atau tak....aku mula perasan pasal ni minggu lepas..satu ketika dulu aku yakin yang aku tak akan mempunyai perasaan apa2 pun pada dia...apa yang berlaku antara kami cuma atas tiket berkawan tapi aku tak sangka apa yang aku yakini itu telah bertukar menjadi sebaliknya...dan perasaan ini sebenarnya telah membuatkan aku menjadi tak boleh nak berfikiran secara rasional sepanjang seminggu ni....salah  aku sebab aku tak mengawal diri sepanjang berkawan...aku biarkan diri aku terus terhanyut ngan apa yang aku senangi....so terpaksalah aku tanggung perasaan ni sendiri...dan sekarang ni aku dalam fasa belajar menerima kenyataan yang perasaan aku ni adalah salah....terlalu salah...
 
 
maafkan aku jika perasaan ini mengaburi penilaian aku terhadap sesuatu perkara...aku cuma manusia biasa dan aku tak mampu menghalang perasaan yang mendatang....tapi aku akan belajar menghalang perasaan ini dari pergi jauh kerana aku tau dia tak mampu memberikan apa yang aku nak....
 
 

::My Moment::

 
 
 
My happiest time, meeting you
My greatest memory, your SMSs!
My biggest sadness, the distance!
My strongest hope, seeing you soon!
My heart’s prayer, Our relati
on continue 4ever........

Wednesday, November 14, 2012

::Tanpa Kata::

 
ya allah jagalah dia sentiasa.....

::Salam 1434 Hijrah::

 
 
 
memandangkan esok merupakan tahun baru 1434Hijri....aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijri kepada semua kawan2 aku...semoga korang mendapat keberkatan dan semoga impian korang semasa tahun lepas dimakbulkan Allah...kalau tak dapat masukkan dlm wishlist 1434H ni lagi..mana tau leh makbul...seperti biasa apa yg aku impikan baik semasa tahun baru masihi mahupun tahun baru hijri ni masih ada lg yg tertinggal...cuma tahun ni ada penambahan sikit...aku berharap agar perjalanan hidup tahun ini lebih mudah berbanding yang lalu...kerana tahun ini amat mencabar aku...banyak kesulitan yang menghalang,banyak airmata yang jatuh,banyak derita yang terpamer tapi aku gagahi jugak...so antara wishlist aku tahun 1434H ni agar perjalanan hidup aku mudah sedikit berbanding yang lalu...
 
so malam ni meh kita penuhkan masjid ngan surau tuk sama2 menyambut kedatangan tahun hijri yang yang lebih baik....meh kita baca doa sesama...klik kat SINI klu nak tau macam2 amalan sunat

DOA 1 (Akhir Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 
 
 semoga kita mendapat keredhaan dari Allah swt.....



::Cuti Deepavali::

 
 
 
salam..semalam kan cuti deepavali..sepatutnya aku bersenang lenang ngan hati yg tenang tp tetiba hati aku dihambat sayu kerana aku rindukan mereka.....seharian mood aku ke laut semalam...air mata ni jangan cite la...macamana hujan lebat semalam camtu lah airmata aku....tp ari ni aku harap aku bersemangat lah...banyak keje yg menunggu ni....amiiinnn....

Monday, November 12, 2012

::Deepavali::


esok semua kaum india akan meraikan deepavali..so dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut deepavali kepada semua kengkawan yang menyambutnya..semoga deepavali tahun ini memberikan kemeriahan dalam hidup korang sume....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...