Pages

Friday, February 28, 2014

Bersesak Tapi Masih Degil

muncul entri kedua untuk ari ni.tiba2 datang perasaan rajin menulis walau tak ramai pun yang nak membaca blog ni...hehehehehehe...


 

entri kali ni berkisah kepada kedegilan sesetangah makhluk yang bernama manusia ni..seperti yang semua tau aku menaiki bas ulang alik ke pejabat.dan aku dah perhati mende ni dah lama.satu perkara yang aku nampak betapa degilnya manusia ni yang mana dalam keadaan bersesak dalam bas masih tak mahu memenuhkan ruang belakang yang kosong...punya usaha keraskan badan dan otak untuk kekal di posisi sedia ada..pastu boleh buat muka bangang tanpa perasaan.bersalah pun...dan maaf cakaplah kebanykkan mereka adalah warga asing yang menumpang cari rezeki kat Malaysia tapi berlagak seperti rakyat Malaysia pulak..aku menulis ni bukan sebab aku racist atau apa tapi ini yang aku lihat setiap hari pagi dan petang..bukan aku nak kata org kita ni takde yg buat tapi dari apa yg aku nampak mereka ini..mungkin org lain nmpk orang kita yang buat...maaflah kalau ada yang terasa dengan apa yg aku tulis ni..ini sekadar dari pemerhatian aku sahaja.

bagi akulah...tak kiralah siapa pun kita.dalam keadaan yang sebegitu keprihatinan amat diperlukan sebab bukan setakat kita sahaja yg nak balik ke rumah tapi orang lain juga mahu balik.kalau disuruh penuhkan ruang belakang yang kosong maka penuhkan saje...

Salam Jumaat dan Salam Balik Kampung


 

salam dan selamat pagi semua...ari ni aku nak balik kampung lagi...bukannya sengaja tapi disebabkan hajat aku nak buat sesuatu kat umah arwah dah nak tercapai. semua orang berhajat nak buat sesuatu dengan rumah yang kita ada kan??begitu jugak aku...tapi bukanlah  perubahan besar macam nak buat tiles atau tambah ruang rumah tapi memadailah utk aku yang belum punya wang besar lagi ni...dah lama aku berharap supaya ianya dapat mengurangkan masalah...nak tau apa yg aku buat kat umah tu..tunggu minggu depan yea....hehehehe..tak sabar nak tengok ianya berubah

Thursday, February 27, 2014

Kenali Punca Mengantuk

disebabkan pagi tadi aku rasa mengantuk dan pun cari cara nak hilangkan mengantuk.tetiba terfikir kenapa aku mengantuk?mesti ada punca kenapa manusia ni mengantuk.adakah sebab dia tidak produktif,tak cukup oksigen atau sememangnya orang tu memang malas?
hhhmmmmm...terima kasih la kepada tuan punya laman sebab bagitau punca kita lemah dan mengantukso meh kita discover puncanya...

1. Tidak cukup tidur. Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea). Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga. Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia). Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi. Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi. Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid. Anda mungkin akan perasan terdapat kelenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain. Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein. Kafein membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi. Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Setelah membaca punca2 kat atas tu...aku dapat mengesan punca aku mengantuk..secara totalnya aku kena ubah gaya hidup kalau aku nak panjang umur sebabnya kita tak akan tau bila kita akan pergi....

Mengantuk Yang Teramat


salam dan selamat pagi semua.mood aku sekarang ni mengantuk sebab takde keje yang menanti utk dibuat..salah aku jugak semua keje diabiskan satu ari..sudahnya ari ni menganga sambil menguap...disebabkan mengantuk makanya terhasillah tulisan yang mengarut yang takde beri kesan ilmiah...tapi disebabkan aku ni baik hati so aku bagilah tips untuk hilangkan mengantuk kat pejabat..manalah tau korang boleh cuba.aku pun nak cuba sekejap lagi

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan kita mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, contohnya cahaya semula jadi kat tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. So kalau rasa mengantuk, pergi ke tingkap atau pintu dan halakan padangan korang keluar sekejap.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi kalau tidak ada pilihan lain ini adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.So,pergi ke tandas sekarang cuci muka korang utuk hilngkan mengantuk.Hilang makeup takpe boleh touch up lagi.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, kita juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi kat pejabat. Letakkan wangian tersebut tu atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.Tapi jangan pulak korang bukak muzik sekuat hati pulak.Cukuplah telinga korang jea yg mendengar.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.Maksudnya...janganlah korang duduk diam kat kerusi tu selama 8jam korang bekerja.mau tak cramp kaki korang.Berjalanlah keliling pejabat tapi janganlah pulak menyinggah kat meja keje orang lain.

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat kita mempunyai taman semulajadi, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Kepada semua pekerja yang mempunyai rasa mengantuk yang amat dahsyat sekarang ni,korang boleh cubalah yang aku dah aku taipkan untuk korang semua.ini merupakan petua yang sangat 'cost effective' dalam membntu mengurangkan rasa mengantuk...


Kredit diberikan kepada:http://fuh.my/cara-hilangkan-mengantuk-dalam-kelas-mahupun-pejabat/ untuk tips tersebut


Wednesday, February 26, 2014

Pertanyaan Yang Pelik

terkadang aku ketawa sendirian bila setiap hari mendengar ayat yang sama dari orang yang menelefon ke pejabat..mcmalah mereka2 yang cerdik pandai ni boleh keluarkan ayat sebegitu.maklumlah keje kali ni rapat dengan telefon...nak tau ayat apa yg orang selalu tanya pada aku?

ni ayat dia....

"Hi morning / afternoon..i received missed call at my handphone from this number 03-20******..can you please ask who called me?"

"Can you ask security to come at Level 1"

"Hi morning...is this ****** company? oppsss... sorry i called wrong number"

"Did my cheque ready?"

"Did my rack ready?"

 ada tak antara kita yg call nombor pejabat guna dialog2 mcm kat atas tu??kalau ada korang memanglah orang pertama yg akan diketawakn dengan org yg berada di telefon pejabat tu

 


Im Sparkling

 

DON'T LET ANYONE EVER DULL YOUR SPARKLE

10 Jenis Buah Paling Banyak Khasiat

salam dan selamat pagi.amat jarang aku buat cite ilmiah pepagi ni.tapi disebabkan pagi tadi terbaca di wall FB seorang sahabat tentang kebaikan 10 jenis buah.teetiba teringat yang aku amat jarang makan buah.hanya ada sesetengah jenis buah aje yang akan masuk ke tekak aku.yang lain tu memang sangat payah.tanpa membuang masa kita tengok apa jenis buah yang paling banyak khasiatnya.dan selepas ni kita kena makan lebih banyak buah-buahan yea(pesanan untuk diri sendiri jugak).tak perlulah aku nak letak gambar buah-buahan tu yea...tak kan pulak korang tak kenal kan???

1. Buah-Buahan Citrus
Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan yang lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.
  • Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
  • Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
  • Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.
2. Buah Epal
Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah epal membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.

3. Buah Kiwi
Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.
 
4.Buah Pisang 
Buah pisang adalah sumber kalium yang paling besar (kira-kira 400mg), ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.

5.Buah Ceri
Buah ceri sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

6.Buah Betik
Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.
  
7.Buah Tembikai 
Ia mengandungi vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

8.Buah Aprikot. Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.

9. Buah Anggur Merah. Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.
 
10. Buah Beri(Berries). Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.

Tuesday, February 25, 2014

Percubaan Untuk Buat Throwback

tetiba teringin pulak nak cuba buat throwback utk gambar2 yg belum disiarkan...tapi maaplah kalau ada sesetangah gambar takde penerangan apa2 sebabnya dah terlupa keterangannya.cubaan pertama ni masa Family Day kompeni aku buat tahun lepas...masa tu buat kat PUTRAJAYA....jom nengok gambar yea...selepas ni mungkan akan menyusul lagi cite2 throwback yea kengkawan...harap janganlah bosan membaca blog aku yea...tima kasih

inilah salah aktivitnya ....ada backyard Monster and Dinosaurs ...rasa macam gerun nak masuk dlm ni sbb masa tu tak tau apa yg ada dalam pameran tu

kalau ikutkan nak masuk dalam ni dikenakan bayaran RM10(kalau tak silap) pastu dapat tengok jugak tayangan 6D RM 15 seorang(itu pun kalau tak silap)....masa ni tak sempat pun tak tengok 6D tu sebab terlalu ramai orang...tapi kami semua tidak dikenakan bayaran apa2 pun sebab sumenya company yang bayar...hanya menikmati keindahan PUTRAJAYA jea...






inilah kami selepas keluar dari pameran tu...budak kecik tu tak masuk dalam pun sebab takut...benda2 kat dalam tu bukan setakat besar tapi jugak ianya bergerak, bersuara dan amat mengerikan..korang bayangkanlah kalau labah-labah yang biasa kita nengok setakat besar kotak mancis tetiba jadi berpuluh ganda besar dari keadaan asalnya...mau tak gerun budak tecik tu....



itulah antara haiwan yang dibesarkan dan digerakkan badannya....kesemua binatang tiruan ini bergerak seperti yang biasa macam hidup jea...




inilah antara gambar2 kenangan masa kitaorang gi TIME FIESTA kat PUTRAJAYA tahun lepas....harap2 tahun ni pun akan ada lagi hari keluarga...rasa gembira sangat sebab kitaorang tak perlu keluar duit melainkan tol dan minyak jea...terima kasih TIME SDN BHD

Kisah Minggu Lepas

disebabkan dah lama tak balik kampung sejak kena kuarantin ni..so Jumaat lepas aku pun baliklah..itu pun selepas en SAYANG suh balik...katanya RINDU kat aku...hehehehhehehe..kembang pipi aku dengar en SAYANG suh balik sebab RINDU....

seperti biasalah...amik bas kul 6.30ptg dr TBS dan sampai dalam kul 8.45mlm...malam tu tak ke mana2 pun..cuma makan dan balik umah en SAYANG jenguk mak kejap....

so esok cam biasalah..petang tu plan nak kuar gi survey TV sebab TV kat umah en SAYANG rosak pula..so kami pun gi lah kat Ocean Jalan Hang Tuah tu..pas dah tengok kami pun gerak baliklah...elok jea nak kuar kat simpang Jalan Hang Tuah tu tetiba kenderaan rasmi kami terhenti....dah terdiam..tengok2 rantai motor putus pulak..mana nak cari bengkel motor kat tengah bandar ni ari SABTU pulak tu....penyudahnya...menolaklah en SAYANG sampai ke bengkel kat Jln Ong Kim Wee....meh nengok piclah...(dah panjang mukadimah aku ni)



inilah keadaan di bengkel...pomen tu ngah bukak rantai motor dan tukar segala yang berkaitan ngan rantai motor tu...aku ingat kalau rantai putus tukar rantai ajelah..rupanya kena tukar satu set sebab dah rosak..tu sbb rantai putus...baru aku faham...


inilah en SAYANG yang tanpa lepas mata dia memandang kenderaan rasmi kami...susah ati aje muka dia...cam dia pulak yg jadi pomen..
 
en SAYANG mmg sayang sangat kat motor dia ni...motor yg dia suka sangat2...suhlah beli motor lain mmg takdenye dia nak..katanya kalau motor tu ada yg yg baru dia akan beli tak mau jenama lain

kaki sapelah ni...camni pun boleh amik gambar..dahsyatlah ko zuraida...penyudah ari ni kena bayar RM135 untuk rantai yg putus..kata en SAYANG bengkel yg kitaorang pegi tu CEKIK DARAH...aku pun kata...mmglah mahal sebab bukan bengkel yg kita biasa..pomen tu pun tekan hargalah sbb kita bkn regular customer dia...bagi aku takpe mahal asalkan motor kami berfungsi dan boleh bawa kami ke mana aje...

Selamat Pagi Hari Selasa

salam dan selamat pagi kengkawan semua...ada yang merindui tulisan aku tak???(perasanlah kau Zuraida)..apa2 pun aku ucapkan selamat pagi kepada anda semua..semoga bergembira si setiap pagi terutama hari ini...hari SELASA


Thursday, February 20, 2014

Bersendirian

semalam ari terakhir INTAN di AIMS..selama 15 hari ni aku belajar banyak benda dari budak tecik ni...so ari ni bermulalah era aku plak duk di muka hadapan pejabat...harap2 aku mampu buatlah...chaiyok2

Wednesday, February 19, 2014

Akaun Standard Chartered

disebabkan aku kakitangan baru yang lama maka aku diWAJIBkan membuka akaun bank di Standard Chartered untuk bayaran gaji...jadi aku pun akurlah...seb baik tak kena pegi ke bank tuk buka akaun...pegawai bank datang opis dan selang empat hari siaplah kad bank aku dan adalah nama aku di Standard Chartered Bank...dan di bawah inilah kad bank aku....cam menarik jea kad ni



Tuesday, February 18, 2014

Dapat Hadiah Pulak

minggu lepas aku dibelanja makan oleh budak tecik ni..namanya INTAN...kalau lupa apa yg aku cite tu cari aje kat SINI....semalam plak aku dapat hadiah dari dia..hadiah selamat tinggal katanya..INTAN ni akan resigned esok jd dia bagilah hadiah kat aku sebagai pengganti dia ....




seronok jugak dapat hadiah sbb aku mmg plan nk beli mini cabinet ni nak letak kat meja aku tapi dah dapat plak..n yg lagi bbest warnanya hijau epal ok....tq intan..akk akan guna sehingga ke akhirnya..dan akan dibawa ke mana saje pjbt yg aku keje...hehehehehehe

Glamor Budak Ni

ini kisah semalam masa aku baca paper Metro..tetiba nampak mamat ni kat dalam salah satu petikan dalam surat khabar ni...wah dalam dendiam masuk paper tabloid lagik..glamor ko anak oooiii...tapi tak tau nape lah pic ni jd senget..dah di adjust tapi jd gini jugaklah...


Tidak Semua

Tidak semua orang suka pada kita
Tidak semua orang tak suka pada kita
Tidak semua yang kita suka
Tidak semua yang kita tak suka
Tidak semua benda jadi seperti yang kita suka
Tidak semua benda yang jadi yang kita tak suka

Kesimpulannya apa sahaja boleh berlaku dalam hidup kita samada yang kita suka atau tidak suka ia tetap akan jadi.Jadi bertabahlah dalam mengharungi semua perkara.Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang jadi.

Cipta Kehidupan

 


Monday, February 17, 2014

Empangan Hampir Kering

Info Grafik 
 
info dari Harian Metro...rasa mcm gerun kalau betul situasi ini terjadi kan????aku harap2 ketiga2 empangan ni dah bertambah airnya kalau tidak maunya akan berlakulah catuan air utk penduduk KL dan N9..apa agaknya status empangan ni utk hari ni....ada sesape yg tau ke?

Petua Ubati sakit Jantung,Kencing Manis & Darah Tinggi

petua ni aku dapat dari Ustaz Sharhan Syafie.boleh jugak kalau nak mencuba

sebiji kelapa muda yang berhinggus (ada isi lembut) + 3 batang serai yang diketuk + 7 biji halba 

di panaskan atas api dan diminum airnya. buat macam gambar kat bawah ni.(ihsan pakcik google)

amalkan selang sehari selama 14 hari sebanyak 7 biji buah kelapa muda.in sha allah berkesan sebab kata ustaz tu dah ramai dah buat dan alhamdulillah berkesan.

segala yang baik datangnya dari Allah....





R.I.N.D.U

 

Saya RINDU....
pada sape yea??????
awak tau siapa kan???
ALHAMDULILLAH

Senyum


 
Senyum tanda kekuatan diri
Biar sakit di hati
Asal jangan tunjuk kelemahan diri
Sabarlah wahai hati

LA TAHZAN......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...