Pages

Friday, September 23, 2016

IG kena bom


Alhamdulillah...ingatkan takde yang melawat wall IG  rupa2nya ada jugak yea...terima kasih sebab sudi like semua gambar yang aku post dalam IG akunni..jasamu dikenang....

Trend terkini drama tv


Disebabkan drama tv zaman sekarang tajuk2nya agak buat aku terfikir dah tak boleh fikir nama lain ke?dulu2 letak nama perempuan jadikan tajuk drama skrg ni letak pekerjaan pulak jadi tajuk..pastu boom plak tu..jadinya aku pun nak buat tajuk drama SUAMIMU JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN dan ditayangkan kat astro ceria yea....kenapa pilih tajuk ni sebab suami aku en sayang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin di syarikaf kami MZ ERA DINAMIK RESOURCES...jadi sesuailah kan?ko hado?takdo kan?hahahahahah

Kisah 3 Dalam 1

Aksi 3 insan dalam 1 frame..buat aku tersenyum.lebih2 lagi insan yang botak tu..lelaki yang amat dicintai,dikasihi,disayangi,diingini dan segala2 di la citenya


Gembiranya lelaki ni dapat tengok Kuala Lumpur dari antara tingkat paling tinggi di Malaysia.alhamdulillah wishlistnya tercapai sikit demi sikit.next month bestday dia...apa nak buat yea..
I love u b...

Kisah Kelmarin di Bilik Ambil Darah

Salam jumaat semua...dah sarapan ke?aku dah setel sarapan pagi td dengan en sayang la...alhamdulillah kekenyangan dan kelaparan jugak...acaner nak buat tu?

Bersambung tajuk aku tadi...sepatut aku amik darah selasa 20hb tapi disebabkan terlupa aku pegilah menyerahkan tangan hari rabu 21hb...datang awal 7.30pg terpacak kat hospital melaka dengan harapan dapatlah nombor awal...tapi sangkaan meleset..aku dapat nombor 58..cuba bayangkan yang dapat nombor 1 tu pukul bape dia dtg hospital?aku diam aje lah...


Ok selepas 45 minit menunggu barulah aku dapat botol hikmat ni..ada 3 ujian yg perlu dibuatlah..so citenya kena banyaklah amikmdarah.malangnya pada masa tu urat aku kecik dan lebih trajis darah yang keluar cuma sikit.mungkin cukup2 aje untuk 3 ujian tu..berapa jarum yang kena biarlah aje rahsia..nanti ngeri pulak korang baca


Tangan aku dicucuk kedua2 belah kanan dan kiri.yang kiri tak lebam langsung tapi ini pic semalam kesan lebam macam nak munculkan diri.


Dan inimpulak pic hari ni..lebam dah pun muncul.macam kena dera pulak aku kata kat en sayang.balik nanti boleh tuam sekali lagi.

Monday, September 19, 2016

Kisah Kanak2 Ini di Menara Kuala Lumpur

Salam dan selamat petang semua.tengah buat apa yea?aku baru aje balik kerja dan baru nak ada mood update cerita ceriti.kisahnya semalam aku dan en sayang ke Menara Kuala Lumpur alias KL Tower.disebabkan kami berdua belum pernah ada kesempatan nak melawat so anak buah pun bawalah kami ke sana.


Nak masuk ke KL Tower ni kena bayar la...contohnya parking.kalau 15 minit pertama percuma.1jam berikutnya rm3 dan seterusnya.kalau nak naik lif dlm tu ada jugak pakej.dr yg murah sampailah yang mahal.disebabkan ekonomi k6rang elok kami beli tiket untuk masuk ke dek pemerhati atau observation deck.nak masuk sini kena bayar rm32 utk dewasa dan rm22 utk kanak2.


Kami berdua masuk bersama anak2 kecik ni iaitu cucu2 aku.mereke berdua ni adik beradik.mak ayah dorang tak masuk so aku bawak ajelah budak2 ni.alhamdulillah well behaved bebudak ni..walau kelam kabut sikit nak jaga tapi aku berjaya jugak...
 

Wednesday, September 14, 2016

Happy Birthday Faiqa Darwisyah

Assalamualaikum wbt...selamat pagi semua..hari ni mood malas nak bekerja..sebabnya apa yea?hahahahaha..sebabnya en sayang aku ada kat umah..sia bercuti 3 hari sebab nak tolong sembelih lembu korban


Ni cite sambutan budak tecit yang namanya faiqa.hari lahirnya aritu 8/9 ari tu.tapi disebabkan kami dimelaka dan mereka di kuala lumpur makanya ari raya kelmarinlah en sayang buat sambutan kecil2an buat anak tecit ni...

Selamt hari lahir ke 7 buat kamu anakanda faiqa.moga cemerlang di dunia dan di akhirat.uncle riz dan kak ida sayang checha sampai mati...

Monday, September 12, 2016

Kerja Part Time Aidiladha

Selamat semua.alhamdulillah berjaya mengharungi aidiladha pertama ari ni.tahun kedua aku sambut bersama en sayang dan tahun kedua jugak aku dapat tengok en sayang terlibat dalam kerja2 sembelihan.tahun ni aku tak video seperti tahun lepas.kali ni cuma ada sebahagian gambar


Ini lembu pertama yang bakal disembelih.lembu ni seakan2 memahami nasib yang bakal menimpa diri agaknya.kalau diikutkan lembu ni meronta2 tak mau dibawa ke tempat sembelih


Ini selepas disembelih dan kulitnya sedang dilapah...kat sini sesape yang berhajat untuk membuat kprban boleh aje datang ke sini dan pihak sini akan buatkan sembelihan.yang pembuat kurban hanya perlu datang dan ambil lembu mereka setelah siap disembelih dan dibuang kulitnya.


Ini pulak en sayang yang berkerja hari dan dua hari akan datang.inshaallah mampu untuk selesaikan amanah tu...


Inilah sebahagian lembu yang kami hantar pada pembeli.kalau mereka takde kenderaan kami boleh jugak hantar ke tempat mereka tapi hanya di sekitar melaka tengah aje la...

Lembu KORBAN Dah Sampai

Seperti kebiasaan setiap tahun Aidiladha en sayang akan tolong sepupu sembelih lembu korban.dan tahun ni 13 ekor yang perlu disembelih.untuknpaginraya pertama 6 ekor perlu disiapkan dan diserahkan kepada empunya lembu.disebabkan masa aku amik pic ni baru sekor aje yg sampai..baki lg 5 sampai lepas maghrib maka tiada la gambar lembu beramai2

Selamat Hari Raya Aidiladha

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua... Maaf zahir dan batin.
Dari kami MZ ERA DINAMIK RESOURCES 🕋🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕋

Tuesday, September 6, 2016

Kerja Part Time Hujung Minggu

Selamat malam semua.entri pertama untuk pukul ni..tak pernah2 aku menulis pukul 11 malam.tapi disebabkan bulan september ni takde banyak cerita maka terpaksalah ringankan tangan menulis..walaupun ceritanya entah apa2 la..inilah yang dimaksudkan dengan kerja part time hujung minggu.jangan ditanya aku apa nama benda tu sebab aku memang tak tau.tapi aku tau ianya berkaitan aircond dan untuk gantung braket.gambar bawah ni sebelum benda ni dicantumkan.ada 4 benda yang perlu dicantumkan...


Yang bawah ni selepas kejadiannya..buat benda ni memang sangat2 mengantuk.nasib baiklah hanya kena buat 50biji aje...jadi kuranglah mengantuknya.aku pernah kena buat dalam 200 biji..perggghh...gila mengantuk..


So sesape yang yang perlukan khidmat penyelenggaraan aircond boleh aje call kami 0176575144(rizal).boleh aje nak tanya apa2 masalah aircond anda..tentang harga jaminan harga kasih sayang sesama manusia..

Bila en sayang Memanjat


Ini kisah minggu lepas semasa kami pulang ke kampung..sebabnya en sayang nak makan buah rambutan so kenalah panjat kalau nak makan....en sayang sangat lah suka memanjat so bila dapat memanjat pokok rambai memanglah dia tak sia2kan peluang tu..walaupun pokok rambutan tu tak dapat dipanjat sebab terlalu tinggi so en sayang panjatlah pokok rambutan.

Sekian,terima kasih

Apabila en Sayang ke Putrajaya

31 Ogos lepas kami ke Kuala Lumpur sebab en sayang teringin nak tengok perarakan hari kebangsaan secara live.so lepas dari tu aku pun mintak adik tuk pergi ke PUTRAJAYA sebab en sayang pernah bagitau yang dia tak pernah jejak kami ke sana...so adik aku pun bawaklah ke sana.


Sebagai isteri aku seronok bila tengok en sayang dapat pergi ke tempat yang dia teringin sangat nak pergi..alhamdulillah dapat jugak gi Putrajaya..lepas ni kite ke cameron yea sayang...

Tukar Kad Nikah

Salam pagi semua.cerita pertama di bukan september ni adalah mengenai kad nikah..baru setahun aku bernikah aku dh tukar kad nikah sebab kad nikah en sayang hilang kerana disamun bulan 5 ari tu..sepatutnya amik hujung julai ari tu tp sebab lupa makanya awal september barulah aku amik..


Alhamdulillah....Seb baiklah tak pernah kena tangkap oleh penguatkasa agama sebab kami berdua sangat suka dating tengah2 malam...terima kasih kerana menyiapkan kad nikah kami...

Tuesday, August 30, 2016

Dugaan Kami Terima Terlalu Banyak

Sabtu lepas malam sebelum ulangtahun kelahiran aku terjadi kemalangan yang memangbtakde yang duga.sedang kami berdua berborak manja2 tetiba kereta kami dihentak dari belakang.and yang trajisnya kereta kami tersondol kereta di depan.sebab kereta belakang sodok kami...ya allah ...aku tak fikir lain.keluar saje dari aku terus maki pemandu kereta tu...hilang tatasusila aku selaku besday girl....kenapalah dalam banyak2 kenderaan kereta aku jugak yang ko langgar?...kenapalah tak bawak kereta tu elok2?


Ini kereta yang didepan aku..honda civic yang baru beberapa bulan dibeli dan digunakan...luruh hati aku bila terlanggar belakang kereta ni...kemek bumper dia...tapi seb baiklah owner keta ni baik...and tak salahkan aku langsung.


Ini pulak keadaan kereta aku kat bahagian depan.disebabkan aku takde amek gambar sbb dah lupa so aku amek pic kat depan balai polis ipd melaka tengah...nampak macam tak teruk kan.tapi kalau korang boleh nampak ada lubang kat bonet tu...so?korang taukan apa yang rosaknya kan?


Ini pulak keadaan belakang keta aku...nampak pun macam tak teruk sebab setakat kemek aje kan?tapi bonet ni tak boleh ditutup...dah terangkat...sebab cangkuk dia rosak...sedih sunguh la haiiiii...


Ini pulak kereta yang melanggar aku..budak muda yang bawak...kereta dia saje yang nampak teruk sebab bonet depan terangkat dan ada yang pecah kot...

Tapi walau apa pun kami berdua bersyukur sebab masih lagi bernyawa dan bernafas walaupun kemalangan ni terjadi.allah maha mengetahui akan sesuatu pada hambanya..

Monday, August 29, 2016

Alhamdulillah Zuraida Turns 37

Alhamdulillah....terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas pada hari ni..semalam 28 ogos 2016 genapkah usia aku 37..dan terima kasih en sayang kerana membuat kejutan hari lahir buat aku


Sambutan sederhana dari en sayang buat aku..ya allah terharunya aku..walaupun en sayang bukan jenis romantik tapi bab buat kejutan ni memang nombor satu.dalam diam en sayang plan dengan anak2 buah untuk buat semua ni..tima kasih b...


Aku tetap cintakan kamu hingga akhirat.walau apa pun yang terjadi kamu tetap suami aku.walau terputus nyawa dari badan aku hanya inginkan kamu.walau dikerat 10 pun aku tetap milik kamu.sentiasa aku berdoa agar jodoh kita hingga ke syurga.terima kasih kerana sudi menjadikan aku isteri kamu dunia dan akhirat.sayang kamu ketat9999999.

Wednesday, August 17, 2016

Servis di Kelemak

Alhamdulillah

Servis di Taman Kelemak Utama

Alhamdulillah.rezeki minggu lepas.akk ni dah dua kali guna khidmat kami.terima kasih


Kami buat servis biasa untuk kesemua ekon yang ada dalam rumah ni.alhamdulillah dah sejuk,bersih dan wangi.bagi yang perlukan khidmat kami boleh aje call kami 0176575144 (rizal).inshaallah kami bantu selesaikan masalah anda.tentang harga jangan risau semua boleh dibincang


Bagi yang mencari homestay boleh call nombor kat atas tu.rumah ni cantik sangat2..dua tingkat fully furnished dan semua bilik ada ekon termasuk ruang tamu.inshaallah boleh muat 20 org...

Kerana Tindakan Tidak Bertanggungjawab

Semalam dapat call dari Gold Coast Melaka katanya ekon yang kami buat 2 tahun lepas rosak sebab bocor.so en sayan pun pergilah tengok walaupun secara teknikalnya kami dah handover projek tu 2 tahun lepas.takpe lah nengok ajelah apa yang boleh..

Bila dah sampai en sayang pun check apa yang patut...sekali tengok2 apa yang jadi....ada dalam pic bawah ni


Nampak tak apa yang terjadi?copper pipe tu dipotong oleh orang yang tidak bertanggungjawab.dalam banyak2 benda kenapa pulak la korang curi copper wire yang tak berapa sen tu.kan dah menyusahkan orang lain.


Tak memasal meyusahkan diri sendiri.bila dah jadi camtu korang rasa pihak hotel tak nak cari ke orang yang bertanggungjawab dalam hal ni?ko rasa orang luar tau ke copper wire tu duduk kat mana?lain kali sebelum nak buat kerjaan bodoh tu biarlah jadi cerdik sikit.dah lah sombong mentang2 kerja kat hotel..sekali bila bagitau bos korang haaa terdiam tak berdarah muka korang kan..padan muka


Ini luahan rasa en sayang dalam fb.en sayang panggil orang tu penyamun tarbus.

Wednesday, August 10, 2016

TB:Kenduri Doa Selamat Sabtu Lepas-Part 1

Alhamdulillah..setelah melalui pelbagai kesulitan sebelum kenduri ni dapat jugak kami sekeluarga menunaikan hajat en sayang nak buat kenduri doa selamat.bersyukur kerana Allah oanjangkan usia en sayang.ingat tak kisah hujung Mei lepas?en sayang disamun tu.so kami sekeluarga buatlah kenduri doa selamat tu..moga2 urusan kami akan datang dipermudahkan Allah hendaknya...ini kisah kenduri kami...


Kami terpaksa pasang khemah untuk kenduri malam tu.sebab rumah kami comel sangat.tak muat nak masukkan tetamu yang ramai.bukanlah kenduri besar sangat sampai nak pasang khemah.tapi hebohlah satu kampung bila pasang khemah ni...sebab dah lama mak tak buat kenduri..


Disebabkan tak banyak amik gambar maka hanya ini saje gambar yang dapat aku tunjukkan..kakak ipar aku balik awal semata2 nak tolong aku dan mak masak.sebab tak nak aku kepenatan sangat2.aku ni kan tak boleh penat sangat.



Ini hanya antara menu yang kami masak untuk kenduri tu...rendang daging,rendang ayam,nasi impit,sup ayam,bihun dan mee kuning..tak buat banyak jenis pun.tapi alhamdulillah cukup untuk cater semua tetamu dan ahli keluarga yang ada.

Akhirnya Ke Sini Jua

Salam pagi.
Setelah menahan kesakitan beberapa hari ni..akhirnya en sayang setuju.setuju ke mana tu?


Ke sini jua akhirnya..hospital besar melaka...emergency and trauma katanya.kalau diikutkan nombor yang tertera dengan nombor nombor sekarang mmg akan ada yang tertanya2 sbb nombor tu dh lepas kan?aku pun takde jawapan..tapi sbb kes en sayang ni dah jadi kes trauma so dapatlah cepat sikit.alhamdulillah..


Sakit pinggang kata doc sepatutnya kes trauma tapi ada kesilapan takpe lah..menunggu jugak tapi tak lama aje lah.doc suh g x ray sbb nak tau apa masalah pinggang en sayang.dan doc suh refer balik ke klinik ortopedik untuk buat full check up...skrg tgh tunggu en sayang setuju aje..moga2 dia setuju hendaknya.

Thursday, August 4, 2016

Pasang Aircond di Taman Harta Pertama Bukit Baru

Salam dan selamat makan tengahari semua.dah makan ke.makan apa?aku belum makan lagi sekejap lagi baru nak g beli makan.jadi sebelum tu aku update sikitlah...Semalam en sayang buat kerja di Taman Harta Pertama,Bukit Baru.Alhamdulillah rezeki Allah ni Maha Luas kan...cuma kita kena berusaha untuk mendapatkannya




Jadi bagi sesiapa yang mempunyai masalah mengenai aircond ni boleh aje hubungi kami di talian 0176575144 rizal.inshaallah kami cuba bantu.harga boleh dirunding jangan risau..inshaallah servis kami bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...