Pages

Thursday, March 23, 2017

Income kedua RIZAL AIRCOND & ELEKTRIK

Di saat keadaan ekonomi yang semakin menekan kehidupan kita so kami berdua ambil keputusan untuk amik satu lg produk untuk diniagakan


Menjual ikan masin & belacan bukanlah sesuatu yang glamor tp inilah yang kami buat untuk kelangsungan hidup..jadi bagi sesiapa yang tinggal di melaka yang inginkan belacan & ikan masin buatan Muslim yang dijamin kebersihan dan semestinya halal boleh saje hubungi kami di talian 0176575144.inshaallah kami akan cod secara FOC bagi yang berdekatan dengan kami..

Harga Aircond Naik Lagi

2017 bulan penuh mencabar..bukan sekadar harga minyak yang naik hampir setiap bulan.begitu jugak dengan harga barang2 berkaitan aircond ni.Dalam 3 bulan ni kebanyakkan jenama aircond dah menaikkan harga.mereka dah menaikkan harga 2 kali sepanjang 2017 ni dan bakal naik sekali lagi bulan APRIL ni.

Bukan setakat aircond yang naik harga malah barang2 yang lain pun ikut sama naik..adooiii....kenapalah semuanya naik takdw pulak yang turun...yang turun cuma pendapatan kami...

tapi jangan bimbang kami di RIZAL AIRC0ND & ELEKTRIK tak akan menaikkan harga lagi.itu janji kami.jangan risau yea pelanggan dan bakal pelanggan.jadi sesiapa yang nak pasang aircond boleh aje hubungi kami secepat mungkin untuk dapatkan harga yang sesuai dengan poket anda semua.

Kami masih di sini-RIZAL AIRCOND & ELEKTRIK

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..dah sebulan aku tak buat cerita dlm blog ni..sekali tgk dh bersawang rupanya...so ari ni aku amik kesempatan menulis serba sikit


Alhamdulillah kami masih bertahan hingga hari ni walaupun banyak dugaan Allah swt beri pada kami berdua.tapi setiap satunya kami mampu harung walaupun perit jugak..


Ini pulak fb page kami...kami minta bantuan anda semua untuk like page tu...mana tau dengan like anda boleh boost page kami dan makin ramai yg boleh mencari kami


Bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan aircond atau nak pasang aircond atau nak beli aircond boleh aje hubungi kami 0176575144 rizal.inshaallah kami boleh bantu selesaikan masalah anda

Saturday, February 18, 2017

Servis Aircond di Taman Rambai Jaya

Assalamualaikum wbt.jangan buat2 terkejut yea bila akk update blog tengah2 malam ni.ada idea dan mood menulis yg baik walaupun en sayang takde disisi sebab g mancing..tp akk tetap gumbira.

ok kali ni kerja servis di Tmn Rambai Jaya.ini entah kali yang ke berapa akk ni gunakan khidmat kami.terima kasih kak aelenah ahmad kerana sudi gunakan khidmat kami san berpuas hati dengan apa yang kami buat.


Aircond dalam bilik utama ni bocor air kata tuan rumah & air menitik hingga kena tadah guna baldi.nampak tak betapa seksanya bila bocor.dan selepas di 
tilik dan periksa rupanya paip air tersumbat.alhamdulillah selesai satu..



Yang kedua ni tak sejuk langsung.sila abaikan brg2 atas almari tu yea.jgn ko kecam tuan rumah pulak ye.so ekon ni ganti room sensor dan tambah gas.?pun dah selamat digunakan semula.

Tuesday, February 14, 2017

Ceritera Aku di Tarikh 14 Februari

Assalamualaikum wbt
Salam tengahari semua?dah siap makan tengahari ke semua.aku belum makan lagi.belum nampak selera walaupun perut aku ni dah nyanyi lagu rap.


Kisahnya bermula seawal 7 pagi sebab pagi ni aku kena pegi hospital untuk amik darah.maklumlah orang sihat kan?so setiap 4 bulan mengadap la untuk dicucuk..dan bersedialah untuk sakit..


Ini lah selepas dicucuk..nampak tak lebam tu..biasalah bila dicucuk sebab urat aku kecik dan halus jadi dorang terpaksalah buat begitu untuk dapatkan darah...sakit?tak sakit sangat tapi agak kebas jugak ...kenalah tunggu seminggu untuk lebam tu surut...tak sape lah nak kesiankan kat aku kan?huhuhuhu...


Monday, February 13, 2017

Kisah Kami Si Penjual Belacan & Ikan Masin

Salam tengahari semua

Lama dah tak bersiaran kat blog ni.bukan sebab sibuk sangat tapi sebab berpusing2 mencari rezeki lain di bumi Allah...dizaman ya g serba mencabar ni buat 1 perniagaan ni macam tak cukup utk survive.jadi kami berdua bersama en sayang buat keputusan untuk menambah satu lagi cabang meniaga iaitu menjual belacan &ikan masin..nampak tak glamor tapi inilah hakikatnya...


Ikan masin yang kami jual adalah segar dan bersih malah dijamin halalnya.ada 2 jenis ikan yang selalu ada ialah ikan gelama & haruan tasik.


Itulah kami yang kami berdua jual.belacan original buatan orang tanjung kling.inshaallah berbaloi dan tak rugi untuk membeli.

Saturday, January 21, 2017

Pasang Aircond Melaka:Taman Ayer Keroh Height

Salam asar semua.

Dah dekat sebulan 2017 berlalu baru ni aku nak menulis.bukannya apa semangat nak menulis belum tiba dan mood tu kadang2 ke laut.tapi disebabkan ari ni aku ikut en sayang pegi site so aku pun amiklah peluang ambil gambar,edit dan post dalam blog.rasanya itu yang buat ada semangat menulis

Pelanggan kali ni merupakan pelanggan tetaplah.sebab kami pernah buat aircond kat umahnya sebelum ni.so kali ni kali ke3 lah gunakan khidmat kami.terima kasih en rosli kerana sudi menghubungi kami dan puas hati dengan kerja kami.

Kerja di sini adalah mengganti indoor Electrolux 1.0hp ke SHARP 1.0hp sebab indoor tu dah out.termasuk sekali servis biasa



Kerja ketiga membekal dan memasang aircomd MIDEA 1.0hp di bilik bawah.alhamdulillah pelanggan puas hati.

Jika berminat dengan khidmat kami boleh hubungi rizal di talian 017.657.5144 untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.inshaallah kami sedia membantu.

Wednesday, January 11, 2017

Throwback 2016

2016 merupakan tahun yang mencabar buat kami.berniaga tanpa modal menyebabkan kadang2 langkah agak terbantut.tapi kami harungi juga.pernah disamun, ditipu dengan pelanggan dan pelbagai lagi cabaran yang datang tapi kami berusaha bangkit dan terus bangkit.alhamdulillah kami masih di sini.walaupun kadang2 tanpa ada job 2,3 hari...rezeki allah yang  cipta .kami hanya mengikut aturan kehidupan yang allah swt tentukan




gambar kat atas tu cuma mengambil sedikit dari kerja2 yang pernah kami lakukan sepanjang 2016.boleh aje tengok blog ni untuk tahu tentang pengalaman kerja kami.sekiranya berminat boleh hubungi kami di talian 017.657.5144 bercakap terus dengan rizal.inshaallah kami cuba bantu selesaikan masalah yang ada.

Rizal Aircond & Elektrik

Asaalamualaikum dan selamat malam
Tahun baru dah 10 hari berlalu dan aku masih belum buat apa2 cerita mengenai bisnes kami.so malam ni aku pun nak mwnyusun ayat menulis malam ni.so layankan ajelah aku yea...

Alhamdulillah sebelum penutup 2016 kami iaitu aku dan en sayang telah menubuhkan syarikat kami sendiri yang diberi nama RIZAL AIRCOND &ELEKTRIK.kali ni syarikat milik kami dan berharap tiada lagi masalah hendaknya

Kami masih lagi berniaga berkaitan aircond.menjual, memasang, membuat servis biasa,servis overhaul,troubleshoot aircond.pendek kata semualah yang berkaitan aircond.

Dan bermula tahun ni jugak kami buat juga elektrik.kembangkan sikit perniagaan.kalau nak pasang plug,tukar apa2 lah yang berkaitan elektrik kami buat juga

Jadi bagi sesiapa yang perlukan khidmat kami jangan lupa untuk hubungi kami.walau nama kami dah berubah kami masih tetap sama.hubungi rizal 0176575144.inshaallah kami cuba bantu selesaikan masalah anda

Tuesday, January 3, 2017

Kisah permulaan tahun baru


Ini sebenarnya kisah semalam.kisah yang buat aku hangin satu badan.kisah yg buat aku macam nak telan orang semalam.semalam aku masuk ofis dengan nada gumbira sebab en sayang masih cuti lagi tapi bila aku nak amik headfone aku tetiba tengok dh jadi macam tu..ko rasa camne aku nak rasa?tak ke aku mmg patut rasa nak marah?pandai pulak dilekat semula benda yg patah tu dengan selotep..perghhhh....tanpa maaf dan buat bodoh aje..nasiblah ko ni adik bos...yg bayar gaji aku

Sunday, January 1, 2017

Entri Tahun Baru Katanya

Assalamualaikum semua pembaca blog.tetiba ada entri kedua pulak ari ni tahun baru 2017.kisah ari ni dimulakan dengan sarapan berdua dengan en sayang aka en suami.


Kami mula makan cendol dan mee kari..perghhh..berdesup aje rasanya.makanan kat sini menepati citarasa en sayang tu sebab kami kerap ke sini


Penutup hari ni pulak aku meneman en sayang memancing ikan patin kat kolam dusun dato murad.mata ni jangan cite la...penat menunggu ikan makan umpan.

Selamat Datang 2017


Posting pertama bagi tahun 2017.aku berusaha untuk menulis untuk setiap tahun mendatang samada tentang diri sendiri,keluarga mahupun tentang perniagaan.berusaha sedaya upaya unyuk mencemerlangkan diri sendiri.inshaallah


Tahun 2016 memang tahun yang mencabar sangat2 bagi aku dan suami.aku berharap tahun 2017 ni takdelah dugaan besar2 buat kami kami ni.


Kalau ditanya tentang azam aku dh berapa tahun tak buat azam.aku cuma buat ikut acuan allah swt tentukan untuk aku.tapi untuk tahun ni aku berharap agar dapat kiranya allah kurniakan zuriat buat kami dan moga perniagaan kami terus maju dan sukses hendaknya.

Dan moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari allah swt hendaknya

Friday, December 30, 2016

Kisah Sambungan Besday Si Asben

Entri sebelum ni aku dah ada buat poat cerita tentang en asben aka en sayang.tapi untuk tahun 2016 aku sambut jugak besday en sayang di kuala lumpur.di umh kakak aku dengan lebih tepat.sebabnya aku beli dua kek ikut idaman si dia.dan seperti korang semua tau kek yang en sayang minta adalah kek aircond.sebabnya memang itu yang diminta dari awal2 perkahwinan kami.so tahun ni aku cubalah mencari kek seperti yang diidamkan.alhamdulillah dapat jugak walaupun baker terpaksa mengambil sebulan untuk mencari idea.


Dan inilah kek yang yang diidamkan..dua biji kek berbentuk aircond.kek yang atas tu outdoor aircond yang dibuat oleh kak mas intan.kenalan di fb aku.kek ni red velvet dan full fondant.kek ni kata baker tak boleh kena sejuk sebab akan cair dan lembik.


Yang ini plak indoor aircondnya.dari jenama yang sama.dan yang ini plak kek coklat moist hasil tangan kawan aku asiah.kek ni pulak fully icing.dan kek ni perlu kena sejuk nak bagi tahan icing sugar tu.

Boleh korang bayangkan tak nak bawak 2 bijik kek yang perlukan suhu berbeza dan dua bijik kek yang mempunyai berat yang jugak berbeza.total 2 biji kek lebih 5kg..perghhh...sangat mendebarkan dengan keadaan jalan,jarak perjalanan,cuaca dan lain2 faktor lg

Kembali Menulis Selepas Dua Bulan Bersarang

Salam.hari ni aku merajinkan diri untuk menulis walauoun kasang2 mood nak menulis takde sebenarnya.bukan tkde bahan nak cerita..ada banyak sangat2 tapi macam tu lah..bila mood menulis takde mmg tkde la aku update blog ni.apa2 pun aku harap tahun 2017 ni memberikan  aku inspirasi untuk terus menulis di blog.walau tak berkaitan dengan aku tetap aku akan menulis berkaitan RIZAL AIRCOND & ELECTRIC.kepunyaan suami aku cuma kerani aje..hahahah

Wednesday, October 12, 2016

Pasang Aircond Murah:Vista Kirana

Kisah penghawa dingin lagi..jangan jemu jelak ye..kali ni kisah kami memasang sebuah ekon jenama Acson 1.5hp di Vista Kirana.Job ni sepatutnya boleh siap cepat tapi disebabkan ada masalah teknikal so berlanjutan hingga pukul 9malam.

Perancangan manusia itu memang tak sama dengan renca Allah buat kita kan..nampak semua rumah seperti sama dan sepatutnya senang tapi Allah duga pulak.terima kasih puan kerana percaya dan  menggunakan perkhidmatan dari MZ ERA DINAMIK.



Alhamdulillah kerana selesai jugak kerja ni walaupun dah lewat malam.rezeki Allah Maha Luas antara kita rajin dan malas sahaja kan?jadi bagi anda diluar tu apa lagi hubungilah kami di talian 0176575144 rizal.inshaallah kami boleh bantu.tentang harga janganlah risau inshaallah tak koyak poket anda semua

Esrem Gerrok di Terengganu

Kenderaan ni kami jumpa masa di Giant Kuala Terengganu.kami dalam perjalanan pulang ke melaka tapi singgah di sini sebab nak jumpa kawan en sayang yang dah 12 tahun tak jumpa.ternampak kenderaan ni mencuit hati plak.


Dua dua kenderaan ni berjantina tau...jantan yang diatas sebab takde bulu mata dan yang dibawah pulak betina sebab ada bulu mata.kenderaan ni menjual aiskrim yang dinamakan eskrem gerrok.mana2 yang berada berdekatan GIANT Kuala Terengganu boleh saje cari van ni di pintu masuk.


Happy Birthday Suami

Assalamualaikum.semalam hari ulangtahun kelahiran ke 31 buat suami ku Syah Rizal bin Ibrahim.tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan doa agar kehidupanmu bertambah bahagia,berjaya dan kita berdua akan dikurniakan zuriat.


Terima kasih kerana menjadi sebahagian yang penting dalam hidup aku.terima kasih kerana menjadi yang utama dalam hidup aku.terima kasih kerana bekerja keras untuk keluarga kecil kita.ayang sayang b sangat2.moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga

Balik Kampung Petik Rambutan

Assalamualaikum.alhamdulillah masih diberi nafas untuk memulakan hidup...minggu lepas aku dan en sayang pulang ke kampungnya di Terengganu Darul Iman.lebih spesifik di Kg Tengkawang Kuala Berang Terengganu.

Perjalanan bermula pada Jumaat jam 8 malam dan tiba di kampung jam 6 pagi hari Sabtu...memang nampak lama sebab en sayamg tak bawak laju dan kami banyak berhenti..kata en sayang tak payah laju2 bukannya kampung tu lari.tujuan kami balik tu sebab nak petik buah2an yang katanya sedang meriah kat kampung..aku nak rasa sendiri petik buah sendiri


Nampak meriah kan buah2an yang bergayut2 ni..ni antara sebahagian gambar aje sebab aku tak belum amik lagi dari henfon en sayang.jadi kita tengok ajelah apa yang ada dulu..nanti aku up cite lagi..


Ini yang dah dibawa turun dari pokok.buah duku dan rambai..banyaknya seolah2 kami nak berniaga kat chow kit plak.walhal nak makan bertiga aje..tapi kami singgah di Kuala Lumpur untuk kakak aku...dan baki kami agihkan kat sedara di bukit katil pulak..alhamdulillah rezeki allah perlu sama diagihkan


Ini wajah kami berdua yang riang gembira petik buah kat kepala aje...seronoknya memangbtak boleh digambarkan.aku ni bukanlah manusia yang masuk ke kebun tapi disebabkan nak petik sendiri aku gagahkan jugak kaki melangkah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...