Pages

Friday, September 12, 2014

Tempahan Kek Lapis Sarawak: Lapis Cheese

Rezeki Allah amat luas...terpulang pada kita nak ambil yang mana satu...ALHAMDULILLAH inilah langkat seterus bagi kami berdua...berniaga servis & pasang aircond masih berjalan seperti biasa/walaupun entri tentang dah kurang sikit..sebabnya kami sedang menyiapkan fasa pertama pemasanangan aircond di Bukit Peringgit, Melaka..tunggu main con beli aircond barulah kami boleh pasang...

dan sebagai langkah kedua dalam mencari rezeki ALLAH dalam perniagaan ni...kami berniaga KEK LAPIS SARAWAK yang memang sangat2 yummy....jadinya ini untuk tatapan semua kawan2...manalah tau kalau2 ada yang berhajat nak makan kek lapis SARAWAK yang originated dari SARAWAK bolehlah pm aku yek...lapgipun ni kan nak AIDILADHA kan..so bolehlah tempah kek lapis ini dari aku yea...ZURAIDA..segar dari ketuhar....atau bahasa mudahnya FRESH FROM OVEN...

untuk masa ni aku update tentang kek lapis cheese.ada perisa yang mampu membangkitkan selera kawan2 semua.boleh lihat dibawah dan sekiranya berkenan dan ingin tahu tentang harga boleh saje pm aku di FB:siti.rajab...jangan malu2 yea kawan2...


Selamat pagi Jumaat



 

salam jumaat kawan2 semua...pagi ini tak sempat minum kopi malah tidak juga minum teh...hanya makan nasi lemak dan minum Zesty Zappel....lain macam pulak kan cara aku bersarapan..kawan2 makan apa pagi ni...moga urusan kita sentiasa dipermudahkan hendaknya...AMINNNNN
 

Thursday, September 11, 2014

Sendiri Itu Boleh Membunuh Perkahwinan

 

sedang aku layan FB terbaca petikan ini di wall..saje je nak wat panduan untuk aku dan semua kawan2...khususnya bagi yang dah berkahwin ataupun berpasangan...rupanya beSENDIRIAN dalam hubungan boleh membunuh hubungan tu...tapi bila dilihat semula betul jugak...kalau dah berDUA tapi SEGALA macam urusan hanya dilakukan oleh SEBELAH pihak...lebih baik berSENDIRI...apa2 pun fikirlah yang terbaik untuk hubungan kite ni...bukan boleh cuma bersandar pada seorang aje....perlu bertitik tolak dari dua orang jugak kan???

Selamat Makan Tengahari Semua...Saya Cuma Makan Karipap Aje...

Friday, September 5, 2014

Berdoalah Untuk Sentiasa Cintai SiDia

 

Dont Just Pray To Marry The Person You Love
But, Pray You Love The Person You Marry
I Will Always Love You Syah Rizal
Will You????

Ceramah Agama Dun Rembia:Sebar2kan

 

pic ini aku ambil di wall FB aku..jemputan dari Datuk Hjh Norpipah...Ceramah Agama Peringkat Dun Rembia yang akan diadakan pada Hari Sabtu 6September 2014 Jam 8.45malam di Dataran SMK Dato' Dol Said..Jemput datang beramai2 yea...penuhkan kawasan padang tu yea kawan2

Perjalanan Bermula Hari Ini

salam pagi kawan2 semua...dah bersarapan ke belum??aku dah makan bersama en SAYANG...dan makan aku makan lontong+kopi o panas...mmg cara aku sarapan pagi ni..macam ramai plak yang baca blog ko ZURAIDA...hehehehehehe..selepas minggu lepas penuhi aktiviti dengan berperang dan menangis jadinya minggu ni padatkan aktiviti hujung minggu aku...minggu ini cuti yang padat dengan aktiviti dan ianya bermula pada malam ini...

Displaying 2014-09-05 09.34.29.jpg 

gambar ini aku tak tau mcmana nak ubah jadi melintang...jadinya korang tengok senget yek...terkadang kena buat aktiviti sengetkan kepala...hahahahahaha...malam ini aku akan ke KLANG untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah aku (iaitu anak abang kedua aku)...perjalanannya seorang atau berdua...kenalah tunggu cite selanjutnya..perjalanan terus dari Melaka Sentral ke Klang..dan adik aku akan tunggu kami di sana..moga dipermudahkan perjalanan kami hendaknya..... 

kisah penuh akan aku citekan selepas pulang yea kawan2 semua...pastinya aku seronok sebab dapat jumpa kaum kerabat semua...

Thursday, September 4, 2014

Seloka Tengahari Khamis: BUDU

disebabkan sedang boring so aku pn browse kat FB dan terbaca artikel ni..boleh percaya atau tidak terpulang pada pemikiran masing2 la...sebab semuanya datang dari ALLAH swt saje...tapi jangan korang gelak pulak yea...

 

ini keratan akhbar mengenai kebaikan makan budu yang katanya bolehmencegah kanser payudara...tapi janganlah pulak makan budu serupa mandi sebab nanti dapat penyakit lain pulak..dari nak cegah kanser dapt plak darah tinggi sebab budu ni kan masin sikit..jadinya beragak2 la ye...sejauhmana kebolehpercayaan tentang kajian tersebut pun tak tau lah...

Wednesday, September 3, 2014

Kisah Kelmarin Bila Sang Ular Menyorok

salam 3 September 2014...dah semakin dekat kita ke penghujung tahun yea kawan2...ini cite yang aku nak bagitau sume...kisahnya bila en SAYANG bagitau yang ada seekor ular sedang menyorok dalam motorsikalnya..punya terkejut aku dengar..jadinya kami ke umah en SAYANG menengok sambil nak keluarkan sang ular tu...setelah motorsikal itu dicabut kesemua cover yang ada dapatlah di lihat..rupanya sang ular menginap di situ dengan penuh lenanya....


nampak tak kat mana hamba ciptaan Allah tu lepak???dalam lubang sebesar itu....tapi disebabkan keberanian yang ada tu maka en SAYANG cucuk kayu ke arah ular tu dengan harapan nak suh keluar tapi sebaliknya dia sembunyi di tempat lain..dan datangnya seorang lelaki katanya kalau nak kuarkan ular sembur dengan RIDSECT atau apa sahaja sebab bau busuk tu ular akan kuar..dengan izinNya keluar jugak ular tu..
 



inilah hero kesayangan aku....walau tak besar tapi asalkan namanya ular tetap jadi takut..dan ini kali kedua ular masuk ke umah en SAYANG...sedang cari apa jalan nak halang ular masuk umah..kawan2 ada idea ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...