Pages

Tuesday, August 30, 2016

Dugaan Kami Terima Terlalu Banyak

Sabtu lepas malam sebelum ulangtahun kelahiran aku terjadi kemalangan yang memangbtakde yang duga.sedang kami berdua berborak manja2 tetiba kereta kami dihentak dari belakang.and yang trajisnya kereta kami tersondol kereta di depan.sebab kereta belakang sodok kami...ya allah ...aku tak fikir lain.keluar saje dari aku terus maki pemandu kereta tu...hilang tatasusila aku selaku besday girl....kenapalah dalam banyak2 kenderaan kereta aku jugak yang ko langgar?...kenapalah tak bawak kereta tu elok2?


Ini kereta yang didepan aku..honda civic yang baru beberapa bulan dibeli dan digunakan...luruh hati aku bila terlanggar belakang kereta ni...kemek bumper dia...tapi seb baiklah owner keta ni baik...and tak salahkan aku langsung.


Ini pulak keadaan kereta aku kat bahagian depan.disebabkan aku takde amek gambar sbb dah lupa so aku amek pic kat depan balai polis ipd melaka tengah...nampak macam tak teruk kan.tapi kalau korang boleh nampak ada lubang kat bonet tu...so?korang taukan apa yang rosaknya kan?


Ini pulak keadaan belakang keta aku...nampak pun macam tak teruk sebab setakat kemek aje kan?tapi bonet ni tak boleh ditutup...dah terangkat...sebab cangkuk dia rosak...sedih sunguh la haiiiii...


Ini pulak kereta yang melanggar aku..budak muda yang bawak...kereta dia saje yang nampak teruk sebab bonet depan terangkat dan ada yang pecah kot...

Tapi walau apa pun kami berdua bersyukur sebab masih lagi bernyawa dan bernafas walaupun kemalangan ni terjadi.allah maha mengetahui akan sesuatu pada hambanya..

Monday, August 29, 2016

Alhamdulillah Zuraida Turns 37

Alhamdulillah....terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas pada hari ni..semalam 28 ogos 2016 genapkah usia aku 37..dan terima kasih en sayang kerana membuat kejutan hari lahir buat aku


Sambutan sederhana dari en sayang buat aku..ya allah terharunya aku..walaupun en sayang bukan jenis romantik tapi bab buat kejutan ni memang nombor satu.dalam diam en sayang plan dengan anak2 buah untuk buat semua ni..tima kasih b...


Aku tetap cintakan kamu hingga akhirat.walau apa pun yang terjadi kamu tetap suami aku.walau terputus nyawa dari badan aku hanya inginkan kamu.walau dikerat 10 pun aku tetap milik kamu.sentiasa aku berdoa agar jodoh kita hingga ke syurga.terima kasih kerana sudi menjadikan aku isteri kamu dunia dan akhirat.sayang kamu ketat9999999.

Wednesday, August 17, 2016

Servis di Kelemak

Alhamdulillah

Servis di Taman Kelemak Utama

Alhamdulillah.rezeki minggu lepas.akk ni dah dua kali guna khidmat kami.terima kasih


Kami buat servis biasa untuk kesemua ekon yang ada dalam rumah ni.alhamdulillah dah sejuk,bersih dan wangi.bagi yang perlukan khidmat kami boleh aje call kami 0176575144 (rizal).inshaallah kami bantu selesaikan masalah anda.tentang harga jangan risau semua boleh dibincang


Bagi yang mencari homestay boleh call nombor kat atas tu.rumah ni cantik sangat2..dua tingkat fully furnished dan semua bilik ada ekon termasuk ruang tamu.inshaallah boleh muat 20 org...

Kerana Tindakan Tidak Bertanggungjawab

Semalam dapat call dari Gold Coast Melaka katanya ekon yang kami buat 2 tahun lepas rosak sebab bocor.so en sayan pun pergilah tengok walaupun secara teknikalnya kami dah handover projek tu 2 tahun lepas.takpe lah nengok ajelah apa yang boleh..

Bila dah sampai en sayang pun check apa yang patut...sekali tengok2 apa yang jadi....ada dalam pic bawah ni


Nampak tak apa yang terjadi?copper pipe tu dipotong oleh orang yang tidak bertanggungjawab.dalam banyak2 benda kenapa pulak la korang curi copper wire yang tak berapa sen tu.kan dah menyusahkan orang lain.


Tak memasal meyusahkan diri sendiri.bila dah jadi camtu korang rasa pihak hotel tak nak cari ke orang yang bertanggungjawab dalam hal ni?ko rasa orang luar tau ke copper wire tu duduk kat mana?lain kali sebelum nak buat kerjaan bodoh tu biarlah jadi cerdik sikit.dah lah sombong mentang2 kerja kat hotel..sekali bila bagitau bos korang haaa terdiam tak berdarah muka korang kan..padan muka


Ini luahan rasa en sayang dalam fb.en sayang panggil orang tu penyamun tarbus.

Wednesday, August 10, 2016

TB:Kenduri Doa Selamat Sabtu Lepas-Part 1

Alhamdulillah..setelah melalui pelbagai kesulitan sebelum kenduri ni dapat jugak kami sekeluarga menunaikan hajat en sayang nak buat kenduri doa selamat.bersyukur kerana Allah oanjangkan usia en sayang.ingat tak kisah hujung Mei lepas?en sayang disamun tu.so kami sekeluarga buatlah kenduri doa selamat tu..moga2 urusan kami akan datang dipermudahkan Allah hendaknya...ini kisah kenduri kami...


Kami terpaksa pasang khemah untuk kenduri malam tu.sebab rumah kami comel sangat.tak muat nak masukkan tetamu yang ramai.bukanlah kenduri besar sangat sampai nak pasang khemah.tapi hebohlah satu kampung bila pasang khemah ni...sebab dah lama mak tak buat kenduri..


Disebabkan tak banyak amik gambar maka hanya ini saje gambar yang dapat aku tunjukkan..kakak ipar aku balik awal semata2 nak tolong aku dan mak masak.sebab tak nak aku kepenatan sangat2.aku ni kan tak boleh penat sangat.



Ini hanya antara menu yang kami masak untuk kenduri tu...rendang daging,rendang ayam,nasi impit,sup ayam,bihun dan mee kuning..tak buat banyak jenis pun.tapi alhamdulillah cukup untuk cater semua tetamu dan ahli keluarga yang ada.

Akhirnya Ke Sini Jua

Salam pagi.
Setelah menahan kesakitan beberapa hari ni..akhirnya en sayang setuju.setuju ke mana tu?


Ke sini jua akhirnya..hospital besar melaka...emergency and trauma katanya.kalau diikutkan nombor yang tertera dengan nombor nombor sekarang mmg akan ada yang tertanya2 sbb nombor tu dh lepas kan?aku pun takde jawapan..tapi sbb kes en sayang ni dah jadi kes trauma so dapatlah cepat sikit.alhamdulillah..


Sakit pinggang kata doc sepatutnya kes trauma tapi ada kesilapan takpe lah..menunggu jugak tapi tak lama aje lah.doc suh g x ray sbb nak tau apa masalah pinggang en sayang.dan doc suh refer balik ke klinik ortopedik untuk buat full check up...skrg tgh tunggu en sayang setuju aje..moga2 dia setuju hendaknya.

Thursday, August 4, 2016

Pasang Aircond di Taman Harta Pertama Bukit Baru

Salam dan selamat makan tengahari semua.dah makan ke.makan apa?aku belum makan lagi sekejap lagi baru nak g beli makan.jadi sebelum tu aku update sikitlah...Semalam en sayang buat kerja di Taman Harta Pertama,Bukit Baru.Alhamdulillah rezeki Allah ni Maha Luas kan...cuma kita kena berusaha untuk mendapatkannya




Jadi bagi sesiapa yang mempunyai masalah mengenai aircond ni boleh aje hubungi kami di talian 0176575144 rizal.inshaallah kami cuba bantu.harga boleh dirunding jangan risau..inshaallah servis kami bagus

Wednesday, August 3, 2016

Selfie dengan si busyukkkk

Ini kisah minggu lepas masa otw g makan kenduri kat ayer hitam.anak buah melangsungkan perkahwinan..so kita datang makan..disebabkan perjalanan yang jauh aku dan si busyuk faiqa darwisyah rafli pun amik fon dan mula selfie..budak2 zaman sekarang memang agresif pasal gajet dan dorang tau how to act in front camera...how amazing kanak2 nowadays...proud of u

Tuesday, August 2, 2016

Bulan Ogos Bulan Membaca Zuraida!!!!

Hahahahaah..setelah bertahun2 hobi ini aku terasa nak mulakan semula.novel ni dibeli 31hb lepas dan sampai hari ni baru sampai muka surat ke25...korang nampak tak betapa rajinnya aku membaca..ni membaca ke mengeja?buku ni nipis aje tapi semangat membaca belum tiba lagi la...

Pasang dan Servis Aircond Murah:Taman Seri Duyung

Salam semua.selamat tengahari kawan blog.dah nak keluar lunch ke?aku belum lagi tengah fikir nak makan apa tengahari ni.so aku amiklah kesempatan berfikir untuk update blog.biasalah kalau aku tak update cite aku tentunya aku up cite meniaga kami kan...makljmlah kami kan dari MZ ERA DINAMIK RESOURCES.salah satu syarikat yang membekal,memasang,menyelenggara dan membaik pulih penghawa dingin di MELAKA.


Semalam en sayang rajin nak amik gambar so dapatlah aku buat cite kami ari ni.kerja kali ni datang dari kawan fb en sayang.kami servis 2 unit aircond 1.0hp PANASONIC INVERTER dan buka pasang 1 unit 2.0hp PANASONIC INVERTER di Taman Seri Duyung.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami.tak banyak masalah semasa nak buat kerja ni.Terima kasih Allah



Monday, August 1, 2016

Selamat Datang Ogos Bulan Kegemaran

Salam tengahari semua.hari ni 1 Ogos..hari pertama dalam bulan kegemaran aku ..OGOS...kalau korang kenal aku dah tentu tau apa yang ada dibulan Ogos ni kan???nanti bila masanya tiba aku akan ceritakan.jom kita sambung lagi...ni cerita throwback masa adik beradik aku balik sabtu lepas...


Nampak tak kat mana aku duduk.jauh dari mereka yang makan durian kerana aku tak makan durian.tapi disebabkan aku hanya golongan minoriti so kenalah beralah...


Seb baik sedap durian yang dibeli ni.walau mahal sedikit dr yang biasa nampak tapi berbaloi.4 biji tapi ada 46 ulas dalamnya.dan cukup untuk mereka berenam.
Kalau korang rasa nak beli boleh aje carik kat ujung pasir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...