Pages

Wednesday, October 12, 2016

Pasang Aircond Murah:Vista Kirana

Kisah penghawa dingin lagi..jangan jemu jelak ye..kali ni kisah kami memasang sebuah ekon jenama Acson 1.5hp di Vista Kirana.Job ni sepatutnya boleh siap cepat tapi disebabkan ada masalah teknikal so berlanjutan hingga pukul 9malam.

Perancangan manusia itu memang tak sama dengan renca Allah buat kita kan..nampak semua rumah seperti sama dan sepatutnya senang tapi Allah duga pulak.terima kasih puan kerana percaya dan  menggunakan perkhidmatan dari MZ ERA DINAMIK.



Alhamdulillah kerana selesai jugak kerja ni walaupun dah lewat malam.rezeki Allah Maha Luas antara kita rajin dan malas sahaja kan?jadi bagi anda diluar tu apa lagi hubungilah kami di talian 0176575144 rizal.inshaallah kami boleh bantu.tentang harga janganlah risau inshaallah tak koyak poket anda semua

Esrem Gerrok di Terengganu

Kenderaan ni kami jumpa masa di Giant Kuala Terengganu.kami dalam perjalanan pulang ke melaka tapi singgah di sini sebab nak jumpa kawan en sayang yang dah 12 tahun tak jumpa.ternampak kenderaan ni mencuit hati plak.


Dua dua kenderaan ni berjantina tau...jantan yang diatas sebab takde bulu mata dan yang dibawah pulak betina sebab ada bulu mata.kenderaan ni menjual aiskrim yang dinamakan eskrem gerrok.mana2 yang berada berdekatan GIANT Kuala Terengganu boleh saje cari van ni di pintu masuk.


Happy Birthday Suami

Assalamualaikum.semalam hari ulangtahun kelahiran ke 31 buat suami ku Syah Rizal bin Ibrahim.tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan doa agar kehidupanmu bertambah bahagia,berjaya dan kita berdua akan dikurniakan zuriat.


Terima kasih kerana menjadi sebahagian yang penting dalam hidup aku.terima kasih kerana menjadi yang utama dalam hidup aku.terima kasih kerana bekerja keras untuk keluarga kecil kita.ayang sayang b sangat2.moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga

Balik Kampung Petik Rambutan

Assalamualaikum.alhamdulillah masih diberi nafas untuk memulakan hidup...minggu lepas aku dan en sayang pulang ke kampungnya di Terengganu Darul Iman.lebih spesifik di Kg Tengkawang Kuala Berang Terengganu.

Perjalanan bermula pada Jumaat jam 8 malam dan tiba di kampung jam 6 pagi hari Sabtu...memang nampak lama sebab en sayamg tak bawak laju dan kami banyak berhenti..kata en sayang tak payah laju2 bukannya kampung tu lari.tujuan kami balik tu sebab nak petik buah2an yang katanya sedang meriah kat kampung..aku nak rasa sendiri petik buah sendiri


Nampak meriah kan buah2an yang bergayut2 ni..ni antara sebahagian gambar aje sebab aku tak belum amik lagi dari henfon en sayang.jadi kita tengok ajelah apa yang ada dulu..nanti aku up cite lagi..


Ini yang dah dibawa turun dari pokok.buah duku dan rambai..banyaknya seolah2 kami nak berniaga kat chow kit plak.walhal nak makan bertiga aje..tapi kami singgah di Kuala Lumpur untuk kakak aku...dan baki kami agihkan kat sedara di bukit katil pulak..alhamdulillah rezeki allah perlu sama diagihkan


Ini wajah kami berdua yang riang gembira petik buah kat kepala aje...seronoknya memangbtak boleh digambarkan.aku ni bukanlah manusia yang masuk ke kebun tapi disebabkan nak petik sendiri aku gagahkan jugak kaki melangkah...


Thursday, October 6, 2016

Mee Besen Ori Melaka

Hari ni aku maraton tulis cerita.sebabnya aku boring.so kalau korang rasa boring minta maaflah yea...aku pun nak jugak naikkan rating blog ni..tak pernah naik pun sedih sangat..

Kali ni aku nak cite pasal kedai makan yang viral sangat2 kat facebook ni.Kedai Mee Besen Ori Melaka.kali pertama aku singgah ke sini dan kali pertama jugak merasa pengalaman beratur hampir sejam untuk dapat tempat duduk...berpeluh2 nak beratur....jom layan gambar


Kali pertama dalam sejarah hidup aku kena beratur sejam untuk dapat seat.pergh..berpeluh2 nak tunggu turn..seb baiklah en sayang takde masa ni..kalauntak memang takde harapanlah aku nak makan mee besen ni..

Itu semua menu kitaorang hati tu..mee besen saiz m sebab yang saiz L dah abis, talam western dan air2...ada big choclate candy,chocolate candy,chocolate float n lychee...alhamdulillah kenyang perut kami walaupun terpaksa beratur hampir sejam.berbaloi2lah perasaan tu.makanan sedap,suasana menarik ditemani ahli keluarga..apalagi yang aku nak kan?

Rokok & Lighter


Dua benda ni memang kawan yang paling akrab.ada rokok takde lighter memang bencana berbanding ada lighter takde rokok..tapi yang selalu hilang adalah lighter.walau beli lah 10 tetaplah selalu hilang.aku pun heran.macam en sayang aku..yang hisap rokok hanya dia tapi selalu sangat en sayang hilang lighter.pelik sungguh la

Untuk Diriku

Perempuan yang jarang masak di rumah mertua bukannya malas tapi dia lebih selesa beraksi di dapur sendiri..itulah yang aku rasa..tinggal di rumah mertua ni bukanlah teruk sangat tapi lebih kepada ikut aje apa yang ditetapkan...bukanlah tak bersyukur tapi lebih pada mengimpikan dapur sendiri...alangkah nikmatnya

Tuesday, October 4, 2016

Salon Muslimah di Melaka

Sabtu lepas aku bertandang ke sebuah salon ni kat bukit katil untuk cuci dan potong rambut,itu pun selepas dapatkan izin dari en sayang.puas jugak aku memujuk akhirnya dapat jugak


Nama salon ni Heritage Hair Salon.ini salon muslimah so aku rasa selesa sangat kat sini sebabnya tanpa ada bayang lelaki dalam ruang yang sama..


Ini wajah depan salon tu..terletak kat persimpangan jpj..kalau tak jumpa carik ake dewan datuk demang husin bukit katil.inshaallah senang nak jumpa..harga kat sininpun berpatutan..senang untuk poket kita..

Pasang Aircond Murah Melaka:Kg Kandang

Haalooooo...its me again...dun boring2 ok...ari ni aku maraton upload banyak cerita dalam blog ni..alhamdulillah mata ngantuk selepas perut kenyang.customer kali ni polis dari muar..alhamdulillah terima kasih kerana menggunakan khidmat kami


Jangan lupa call kami yea...kami cuba bantu anda

Servis Aircond Murah Melaka:Taman Saujana Permai

Ini pulak kisah terobek 2 minggu lepas jugak...baru jugak nak buat cite ari ni..so ari ni berhajat nak pulun upload kisah sepanjang 2 minggu lepas...kali ni overhaul di taman saujana permai..kerja ni last minute call sebab owner tak tahan panas..ada 2 unit dan satu unit overhaul dan satu unit servis biasa..alhamdulillah dah kembali sejuk pun...


Jadi apalagi yang anda tunggu..jomlah call kami sebarang soalan berkaitan ekin..inshaallah kami cuba bantu

Servis Aircond Murah Melaka:Taman Bukit Katil

Selamat tengahari semua.dah mkn tengahari ke.aku dh setel mkn.dh lama plak tak buat cite dlm blog ni.so ari ni aku merajinkan diri menulis.tapi ni cite 2 minggu lepas..en sayang dapat kerja servis dan alih ekon kat taman bukit katil.customer kali ni dah selalu gunakan khidmat kami berkaitan ekon..alhamdulillah.terima kasih kerana sudi hubungi kami


Jangan lupa call kami yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...