Pages

Saturday, January 21, 2017

Pasang Aircond Melaka:Taman Ayer Keroh Height

Salam asar semua.

Dah dekat sebulan 2017 berlalu baru ni aku nak menulis.bukannya apa semangat nak menulis belum tiba dan mood tu kadang2 ke laut.tapi disebabkan ari ni aku ikut en sayang pegi site so aku pun amiklah peluang ambil gambar,edit dan post dalam blog.rasanya itu yang buat ada semangat menulis

Pelanggan kali ni merupakan pelanggan tetaplah.sebab kami pernah buat aircond kat umahnya sebelum ni.so kali ni kali ke3 lah gunakan khidmat kami.terima kasih en rosli kerana sudi menghubungi kami dan puas hati dengan kerja kami.

Kerja di sini adalah mengganti indoor Electrolux 1.0hp ke SHARP 1.0hp sebab indoor tu dah out.termasuk sekali servis biasa



Kerja ketiga membekal dan memasang aircomd MIDEA 1.0hp di bilik bawah.alhamdulillah pelanggan puas hati.

Jika berminat dengan khidmat kami boleh hubungi rizal di talian 017.657.5144 untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.inshaallah kami sedia membantu.

Wednesday, January 11, 2017

Throwback 2016

2016 merupakan tahun yang mencabar buat kami.berniaga tanpa modal menyebabkan kadang2 langkah agak terbantut.tapi kami harungi juga.pernah disamun, ditipu dengan pelanggan dan pelbagai lagi cabaran yang datang tapi kami berusaha bangkit dan terus bangkit.alhamdulillah kami masih di sini.walaupun kadang2 tanpa ada job 2,3 hari...rezeki allah yang  cipta .kami hanya mengikut aturan kehidupan yang allah swt tentukan




gambar kat atas tu cuma mengambil sedikit dari kerja2 yang pernah kami lakukan sepanjang 2016.boleh aje tengok blog ni untuk tahu tentang pengalaman kerja kami.sekiranya berminat boleh hubungi kami di talian 017.657.5144 bercakap terus dengan rizal.inshaallah kami cuba bantu selesaikan masalah yang ada.

Rizal Aircond & Elektrik

Asaalamualaikum dan selamat malam
Tahun baru dah 10 hari berlalu dan aku masih belum buat apa2 cerita mengenai bisnes kami.so malam ni aku pun nak mwnyusun ayat menulis malam ni.so layankan ajelah aku yea...

Alhamdulillah sebelum penutup 2016 kami iaitu aku dan en sayang telah menubuhkan syarikat kami sendiri yang diberi nama RIZAL AIRCOND &ELEKTRIK.kali ni syarikat milik kami dan berharap tiada lagi masalah hendaknya

Kami masih lagi berniaga berkaitan aircond.menjual, memasang, membuat servis biasa,servis overhaul,troubleshoot aircond.pendek kata semualah yang berkaitan aircond.

Dan bermula tahun ni jugak kami buat juga elektrik.kembangkan sikit perniagaan.kalau nak pasang plug,tukar apa2 lah yang berkaitan elektrik kami buat juga

Jadi bagi sesiapa yang perlukan khidmat kami jangan lupa untuk hubungi kami.walau nama kami dah berubah kami masih tetap sama.hubungi rizal 0176575144.inshaallah kami cuba bantu selesaikan masalah anda

Tuesday, January 3, 2017

Kisah permulaan tahun baru


Ini sebenarnya kisah semalam.kisah yang buat aku hangin satu badan.kisah yg buat aku macam nak telan orang semalam.semalam aku masuk ofis dengan nada gumbira sebab en sayang masih cuti lagi tapi bila aku nak amik headfone aku tetiba tengok dh jadi macam tu..ko rasa camne aku nak rasa?tak ke aku mmg patut rasa nak marah?pandai pulak dilekat semula benda yg patah tu dengan selotep..perghhhh....tanpa maaf dan buat bodoh aje..nasiblah ko ni adik bos...yg bayar gaji aku

Sunday, January 1, 2017

Entri Tahun Baru Katanya

Assalamualaikum semua pembaca blog.tetiba ada entri kedua pulak ari ni tahun baru 2017.kisah ari ni dimulakan dengan sarapan berdua dengan en sayang aka en suami.


Kami mula makan cendol dan mee kari..perghhh..berdesup aje rasanya.makanan kat sini menepati citarasa en sayang tu sebab kami kerap ke sini


Penutup hari ni pulak aku meneman en sayang memancing ikan patin kat kolam dusun dato murad.mata ni jangan cite la...penat menunggu ikan makan umpan.

Selamat Datang 2017


Posting pertama bagi tahun 2017.aku berusaha untuk menulis untuk setiap tahun mendatang samada tentang diri sendiri,keluarga mahupun tentang perniagaan.berusaha sedaya upaya unyuk mencemerlangkan diri sendiri.inshaallah


Tahun 2016 memang tahun yang mencabar sangat2 bagi aku dan suami.aku berharap tahun 2017 ni takdelah dugaan besar2 buat kami kami ni.


Kalau ditanya tentang azam aku dh berapa tahun tak buat azam.aku cuma buat ikut acuan allah swt tentukan untuk aku.tapi untuk tahun ni aku berharap agar dapat kiranya allah kurniakan zuriat buat kami dan moga perniagaan kami terus maju dan sukses hendaknya.

Dan moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari allah swt hendaknya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...