Ya Allah,…Seandainya telah Engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku,Satukanlah hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kebahagian antara kami, agarkemesraan itu abadi. Dan Ya Allah…ya tuhanku yang maha mengasihi…seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya Allah, sekiranya engkau telah takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku,. Luputkanlah ia dari ingatanku. Dan peliharalah aku darikekecewaan.
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan.Melontar bayangannya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah,agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta, gantilah yang telah hilang. Tumbuhkanlah kembaliyang telah patah. Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku….pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..sesungguhnya apayang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau MahaMengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah…cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan diakhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…Jangan Engkau biarkanaku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat..Menjuruskan aku ke arahkemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yangberiman,,supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin…….Ya Rabbal A’lamin..
ihsan:klik di SINI
No comments:
Post a Comment