selamat tengahari sume...aku kembali merajinkan jemari yea..kali ni seperti yang semua maklum aku nak up entri berkaitan khidmat kami salah satunya ialah khidmat pasang aircond...bagi sesiapa yang nak pasang aircond dengan harga yang murah boleh aje call en SAYANG untuk harga...dan jangan risau tentang harga sebab aku yakin harga yang kami tawarkan adalah dalam nilai poket dan bajet anda.tapi ini hanyalah untuk orang MELAKA yea..boleh jgk tgk dlm blog ni kerja2 yang kami dah buat sepanjang masa ni...bukan tidak banyak kerja yang kami dapat tapi disebabkan masa en SAYANG buat kerja saya tiada maka tiadalah gambar yang lain..sekarang ni kami dapat projek pemasangan aircond di Bukit Peringgit...ALHAMDULILLAH..jadi jangan lupa call kami yea...andainya masa anda telefon en SAYANG saya tidak jawab anda boleh tinggalkan mesej dan kami akan telefon semula...
Friday, August 29, 2014
Kek Ulangtahun ke 35-Mujurlah Ada Kek
salam dan selamat pagi semua...semalam adalah hari ulangtahun aku yang ke 35 tahun...dan semalam jugak hari aku bermasam muka dengan en SAYANG..dan penyudahnya malam semalam aku beli sendiri kek hari lahir untuk aku selepas tiada apa2 pn yang keluar dari mulut en SAYANG...tak pe lah aku fikir kalau orang tak nak buat apa2 sambutan untuk aku makanya lebih baik aku beli sendiri....untuk sedapkan hati sendiri...tapi sebelum aku beli aku minta duit pada en SAYANG...hahahahahah...nampak jahat tak aku ni..tak kiralah asalkan aku dapat kek ulang tahun...(dah kemaruk nak makan kek)
inilah kek aku yang comel...aku beli kat taman telok mas..Kedai kek Al'Azim..murah aje pun..nak mahal2 pun buat apa kan..so aku potong kek ni kat umah ngan en SAYANG dan anak buah aku...akhirnya dapat jugak kek sebab tahun lepas tiada sambutan dan tiada kek ulang tahun....tu yg berazam tahun ni walaupun tiada sambutan tapi aku nak jugak kek......ALHAMDULILLAH
Thursday, August 28, 2014
Merajuk Itu Marah Atau Mengada2
adakah aku sekarang ni sedang merajuk atau sedang mengada2??keliru pulak dengan apa yg aku lalui sekarang ni..besar sangat ke permintaan aku?melampau sangat ke apa yang aku nak??fahamlah bahawa aku tak pernah inginkan kemewahan harta benda cuma inginkan diberikan kasih sayang melimpah ruah dan masa yang banyak...tidak aku inginkan barang mahal tapi apa yang paling mahal aku nak adalah MASA dari kamu...payah sangat ke nak DAPAT??
adakah MASA itu lebih susah nak dapat berbanding benda yang lain??MAHAL sangat MASA kamu yea??kalau diberi pada saya menyebabkan kamu RUGI ke?maaf sebab saya berkehendakkan HARTA yang paling MAHAL iaitu MASA awak..ampunkan saya
saya sayang awak sangat2...awak dunia saya kerana saya tak punya orang lain untuk saya kongsi rasa..hanya awak yang ada di saat2 saya tiada sesiapa...saya tau awak pun sayang saya...tapi..????
ingatlah semua..walau sesibuk mana pun kita melakukan pekerjaan tak salah pun kalau meluangkan masa untuk yang tersayang..sebabnya kalau ianya berlalu tiada apa yang boleh menggantikan masa2 yang dah berlalu.sayangilah mereka semasa masih ada kasih dan hayat mereka di dunia ini..
#SelfieMerdeka57
ini aku amik dari FB Dato Noorul Ainor...Ambil gambar selfie beramai2 dalam masa sejam untuk memcahkan rekod Guinness World...marilah bersama2 memeriahkan untuk menunjukkan rasa cinta kasih kepada MALAYSIA..korang akan dapat sijil dan cenderahati kepada peserta..apa lagi jom lah ke Laman Tuanku Abdul Rahman pada 31/8/14 jam 3-5petang...marilah beramai2...
Happy Birthday To Me
selamat pagi semua..hari ini 28 OGOS 2014.genap usia aku 35tahun...dah bertambah usia rupanya aku...hahahaha..tapi apalah yg ada pada nombor kan..nasib baik jugak sebelum genap usia 35 aku dah bertunang..tercapai jgk impian aku dalam senarai 'wishlist' aku..hahahaha...apa2 pun aku ucapkan terima kasih pd en SAYANG, pada adik aku dan kawan2 yang ucapkan selamat hari lahir pada aku....terima kasih kerana masih mengingati aku..dan aku berharap hari mendatang akan beri sinar baru dalam hidup aku...
untuk en SAYANG terima kasih sebab sudi menyayangi aku dan mencintai aku..sentiasa menahan sabar dengan apa yg aku buat...in sya allah tahun depan kita akan hidup bersama mengharungi segala badai yang datang bersama..malah lebih mencabar dari sekarang..
Wednesday, August 27, 2014
PROMOSI Burger : Beli 1 Percuma 1
entri ptg ni nak cakap pasal barang percuma..disebabkan kebanyakkan dari kita semua ni memboikot makan kat McD atau yang sama waktu dengannya..jadi aku pun nak share sesuatu.korang mesti tau kan Burger Bakar Abang Burn (BBAB) yang glamer tu kan...so..korang boleh print out dan buat lah salinan samada hitam putih atau pn berwarna yeak...takde masalah pn...bwk baucer tu ke mana2 jajahan BBAB serata MALAYSIA untuk menebus beli 1 percuma 1..jadinya kalau korang berdua: BELI satu burger BAYAR harga satu burger dan yg lagi sorang dapat burger PERCUMA tapi dengan syarat masa order tunjuk baucer tu yek..kalau tak mmg sampai mati pn tak dapat...
aku pun memang teringin nak makan BBAB tapi malangnya roti burgernya ada bijan dan itulah salah satu alahan yang aku tak boleh kompromi...jadinya aku share dengan korang sume yea..nak tau lebih lanjut KLIK yea.... selamat menebus burger PERCUMA.tapi promosi ini sehingga 16 SEPTEMBER 2014 sahaja...CEPAT YEA KAWAN2
published!!!!!
Cite Kosong di Pagi Rabu
ini yang aku baca kat FB aku sekejap tadi...cer tengok korang pakai jam di tangan yang sebelah mana??aku pakai di tangan kiri jadinya aku ialah org yang ******* (diamdiam baca dah lah zuraida)hahahahahahaha
Tuesday, August 26, 2014
Menu Untuk Makan Malam
salam tengahari.korang dah lunch??ari ni aku tak makan tengahari pun sebab en SAYANG tak sempat nak belikan makanan pagi tadi makanya aku hanya makan roti dan biskut..so apa yg menarik untuk aku makan malam nanti??nak masak atau nak ajak en SAYANG makan kat luar yek??ada apa2 cadangan ke kawan2??kat tekak ni teringin sangat nak makan burger tp kesian pulak kat en SAYANG kalau makan malam ni cuma burger...dahlah bekerja berat2 takkan hanya nak makan burger aje..so apa aku nak makan yea??
APA NAK MAKAN NI??tak ada idea la..cepat lah datang idea ni....nak masak takde idea...nak makan pun takde idea....apa lah aku ni kan.....
Kisah Syawal 2014
memandangkan ari ni merupakan hari terakhir dalam bulan SYAWAL so aku pun korek2 gambar dalam FB aku tuk buat cite raya kami sekeluarga...tahun ini tema kami sekeluarga GREEN+BLUE...kenapa ada dua warna kan??sebabnya hijau adalah untuk yang perempuan dan biru untuk lelaki memandangkan kaum adam jarang pakai baju melayu so tak perlu beli barulah kata abang sulung aku...so ikutkan aje...inilah kisah keluarga aku yang memang tak besar ni...terima kasih lily sebab tag dalam fb ...meh menonton pic...pic ni random..tapi kebanyakkan di ambil kat umah
akhir sekali dari kami sekeluarga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014.Moga kita akan berjumpa kembali di SYAWAL 2015..IN SYA ALLAH
28 Ogos
salam dan selamat pagi sume...ari ni buat entri mengarut sikit...hari ni 26 Ogos....cer kira brp ari lagi nak ke 28 Ogos??hahahahahahah...mengarut kan aku ari ni...akan ada surprise ke??atau dilupakan seperti tahun yg lepas???berdoa yang terbaik yea ZURAIDA...
Monday, August 25, 2014
Kalau Nak Cari Pengasuh
selamat tengahari semua..dah makan tengahari ke korang sume??aku mkn roti telur jea....enti petang ni berkaitan ngan posting kawan aku kat fb mengenai seorang akk ni nak mnta tlg iklan tentang khidmat pengasuh yg dia tawarkan..manalah tau kalau ada kawan2 yang tinggal di kawasan Seremban dan mencari pengasuh anak2 boleh aje call akk ni..jadinya mohon dipanjangkan yea kawan2...tak rugi pun...
Mengira Hari ke 28 OGOS
hari ini 25 OGOS 2014...lagi beberapa hari dan aku sedang menghitung hari ke hari yang ditunggu2..28 OGOS...apa perasaan aku yea???berdebar-debar ke??takde pulak...tapi ada perasaan bercampur baur pulak kali ni...ada apa yea pada 28 OGOS ni.???kte tunggu aje nanti...kalau ada cerita menarik aku akan tulis tapi kalau takde cite menarik aku biarkan aje 28 OGOS tu berlalu seperti hari2 biasa...
Selamat Kembali Penulis Blog Ni.....
ari ni ari ISNIN dan aku kembali menulis di blog ni...bukannya sebab takde masa tp sebab penyakit 'M' menyerang urat saraf nak menulis makanya ia terbiar seketika...dan harapan aku biarlah aku ISTIQAMAH dalam menulis kat blog ni...
DAN bukan disebabkan malas menulis BLOG ni aku tak berniaga lagi yea kawan2 semua.inilah punca rezeki KAMI berdua..perniagaan KAMI masih berjalan seperti biasa cuma sekarang ni en TUNANG sedang dalam fasa pertama menyiapkan pemasangan 24 buah aircond di 2 buah rumah banglo di BATU BERENDAM...keje pasang aircond kat umah ni ada 2 fasa sebab kesemua wayar perlu dibuat didalam batu...jadinya selepas hack batu,pasang wayar dan jalan paip air tukang umah akan simen batu dan cat...selepas selesai itu barulah fasa kedua berlangsung...ALHAMDULILLAH rezeki dari ALLAH swt dapatlah kami rezeki...
bagi sesiapa yang nak dapatkan khidmat kami samada nak servis aircond atau nak pasang aircond baru mahupun nak alihkan aircond boleh aje call kami...jangan risau tentang harga sebab kami akan kami akan beri servis yang terbaik pada harga yang berpatutan..kita tolong sesama kita aje...
Wednesday, August 13, 2014
Servis Aircond Murah Lagi
salam dan selamat pagi..dah lama aku tak update cite tentang perniagaan kami..bukan takde job tapi sebab terlalu banyak masa yang takde..tu yg aku tak berkesempatan nak tambah cite...walau apa pun kami tetap berniaga dan boleh aje call nombor di bawah ni yea...
dalam sebulan berniaga sepanjang bulan puasa ari tu rezeki kami mencurah2..terima kasih kepada sesiapa yang menelefon dan mendapatkan khidmat kami..in sha allah kami akan bagi servis yang terbaik dalam bidang kami..dan ari ni kami dapat projek pasang 24 buah aircond di dua buah rumah banglo di BATU BERENDAM...minggu ni keja untuk tanam paip..selepas selesai tanam paip berehat utk banglo disiapkan sepenuhnya baru boleh pasang aircond pulak...ALHAMDULILLAH...rezeki kami...
bagi yang nak dapatkan khidmat kami boleh call
SYAH RIZAL
017-6575144
Subscribe to:
Posts (Atom)