Pada saat lehidupan menjanjikan seribu kemanisan tapi dalam masa yang sama kehidupan beri aku seribu satu kesedihan.setiap malam hati aku merintih,jiwa aku pedih,hati aku menangis dalam diam...gembira aku tak kelihatan dek kerana duka itu mengiringi setiap perbuatan
Kamu yang aku harapkan untuk menjadi pelindung,sumber kekuatan, penjaga tapi kamu jugalah yang merobek jiwa aku.amarahnya kamu terhadap sesuatu yang tidak ikut acuan,tengkingnya kamu pada sesuatu yang tidak sengaja..
Kamu fikir aku ni patung tanpa nyawa.blh ditengkung,dimarah, didendami dan segala yang salah itu kamu tuju kepada aku.aku ini apa pada kamu?aku ini tidak bernilaikah di mata kamu?aku ini cuma tempat kamu melayangkan sesuatu?atau aku ini cuma manusia bodoh yang masih kekal setia pada kamu biar apa jua yg kamu lakukan pd aku.
Kenapa kamu bunuh jiwa aku sedang aku cinta kamu seluruh nyawaku..kenapa kamu bunuh hati aku sedang aku meletakkan kamu lebih dari segalanya.kenapa kamu bunuh perasaan aku sedang aku berjuang berasama kamu..hanya aku yang setia bersama kamu tatkala tiada yang peduli.....tapi kesudahannya tidak sama seperti yang aku mahupun kamu inginkan..
No comments:
Post a Comment