Pages

Monday, June 27, 2016

Jika Diberi Pilihan:Ikan Atau Handphone

PSalam sahir.kali pertama aku update blog time sahur..tetiba aje nak bercerita..makan apa korang pagi ni?aku tak makan apa2 pun cuma minum 1 mug min kaffe untuk alas perut supaya ada tenaga sepanjang hari.

Berbalik pada tajuk aku jika diberi pilihan mana yang korang nak jadi yea?ikan atau handphone?kenapa bertanya macam tu?ooooooo... sebabnya aku nak jadi salah satu dari benda tersebut.sebab kedua2 dapat lebih perhatian dari en sayang aku.

So kalau aku diberi pilihan aku nak jadi dua-duanya...sebabnya kalau jadi ikan aku akan diberi perhatian yang lebih.aku akan selalu diperhati,dijaga,dikuatiri,disayangi malah sanggup tengok aku berjam2 untuk pastikan kesihatan aku.

Dan kalau aku jadi handphone pulak semestinya aku akan selalu dibawa,dipegang dan dibelek malah sehingga melepasi waktu zon tidur sbb sayang nak meninggalkan fon tu tertutup.aku akan selalu dicas supaya bateri penuh dan akan dipegang setiap masa dan saat.

Bukankah lagi beruntung jadi kedua2nya berbanding menjadi isteri?dapat perhatian dan disayangi melebihi dari isteri.bukan aku nak kata en sayang tak sayang aku tapi perhatian dia lebih kpd dua benda ni menyebabkan aku sentap.aku tak pernah halang untuk dia melakukan apa saje yg dia suka.memancing,bela ikan ataupun bukak fb.tapi bila aku diletakkan nombor 3 selepas benda2 tu buat aku jd tak boleh toleransi.

Buat para suami,bukan isteri itu menghalang kamu melakukan hobi kamu tapi berpadalah.bersederhana dalam apa jua yang kamu nak buat.isteri sanggup buang minat dan hobi dia kerana takut kamu tak suka.jadi apa salahnya berkorban juga.letakkanlah isteri itu yg pertama dalam segala perbuatan kamu.fikirlah apa perasaan isteri setiap kali kamu ingin buat sesuatu kerana hati dan perasaan isteri wajib dijaga kerana itulah berkatnya rezeki yang kamu cari.layanlah isteri kamu sebaiknya sebab dikemudian hari nanti anak kamu akan mewarisi cara layanan kamu kepada isterinya..tentunya kamu inginkan anak perempuan kamu dilayan seperti permaisuri kan?atau kamu mahu anak lelaki kamu melayan isteri dengan cara yang baik.maka lakukan dari kamu dahulu.jangan diikut cara ayah kamu sebelum ni tapi binalah cara kamu sendiri.kamu yang menentukan bagaimana anak2 kamu akan jadi bila dewasa nanti.beringatlah wahai suami.

Panjang aku menceceh pepagi ni tapi inilah hakikat.samada kita sedar atau tidak.kebanyakan suami ni ego termasuk suami aku.tidak mahu terima apa yang isteri cakap tentang layanan mereka kepada isteri mereka.jangan nanti dah terlambat baru nak menyesal.diamnya isteri bukan bermaksud dia lemah tapi cuma memendam rasa,menyimpan sedih takut nanti dia tak kuat lain jadinya.kamu suami boleh mencari isteri yang lain kerana mungkin isteri skrg tak sama macam yang kamu mahukan sebelum nikah tapi percayalah isteri yang ada skrg adalah jauh lebih baik dari apa yang kamu akan jumpa.percayalah

Salam subuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...