Pages

Friday, December 30, 2016

Kisah Sambungan Besday Si Asben

Entri sebelum ni aku dah ada buat poat cerita tentang en asben aka en sayang.tapi untuk tahun 2016 aku sambut jugak besday en sayang di kuala lumpur.di umh kakak aku dengan lebih tepat.sebabnya aku beli dua kek ikut idaman si dia.dan seperti korang semua tau kek yang en sayang minta adalah kek aircond.sebabnya memang itu yang diminta dari awal2 perkahwinan kami.so tahun ni aku cubalah mencari kek seperti yang diidamkan.alhamdulillah dapat jugak walaupun baker terpaksa mengambil sebulan untuk mencari idea.


Dan inilah kek yang yang diidamkan..dua biji kek berbentuk aircond.kek yang atas tu outdoor aircond yang dibuat oleh kak mas intan.kenalan di fb aku.kek ni red velvet dan full fondant.kek ni kata baker tak boleh kena sejuk sebab akan cair dan lembik.


Yang ini plak indoor aircondnya.dari jenama yang sama.dan yang ini plak kek coklat moist hasil tangan kawan aku asiah.kek ni pulak fully icing.dan kek ni perlu kena sejuk nak bagi tahan icing sugar tu.

Boleh korang bayangkan tak nak bawak 2 bijik kek yang perlukan suhu berbeza dan dua bijik kek yang mempunyai berat yang jugak berbeza.total 2 biji kek lebih 5kg..perghhh...sangat mendebarkan dengan keadaan jalan,jarak perjalanan,cuaca dan lain2 faktor lg

Kembali Menulis Selepas Dua Bulan Bersarang

Salam.hari ni aku merajinkan diri untuk menulis walauoun kasang2 mood nak menulis takde sebenarnya.bukan tkde bahan nak cerita..ada banyak sangat2 tapi macam tu lah..bila mood menulis takde mmg tkde la aku update blog ni.apa2 pun aku harap tahun 2017 ni memberikan  aku inspirasi untuk terus menulis di blog.walau tak berkaitan dengan aku tetap aku akan menulis berkaitan RIZAL AIRCOND & ELECTRIC.kepunyaan suami aku cuma kerani aje..hahahah

Wednesday, October 12, 2016

Pasang Aircond Murah:Vista Kirana

Kisah penghawa dingin lagi..jangan jemu jelak ye..kali ni kisah kami memasang sebuah ekon jenama Acson 1.5hp di Vista Kirana.Job ni sepatutnya boleh siap cepat tapi disebabkan ada masalah teknikal so berlanjutan hingga pukul 9malam.

Perancangan manusia itu memang tak sama dengan renca Allah buat kita kan..nampak semua rumah seperti sama dan sepatutnya senang tapi Allah duga pulak.terima kasih puan kerana percaya dan  menggunakan perkhidmatan dari MZ ERA DINAMIK.



Alhamdulillah kerana selesai jugak kerja ni walaupun dah lewat malam.rezeki Allah Maha Luas antara kita rajin dan malas sahaja kan?jadi bagi anda diluar tu apa lagi hubungilah kami di talian 0176575144 rizal.inshaallah kami boleh bantu.tentang harga janganlah risau inshaallah tak koyak poket anda semua

Esrem Gerrok di Terengganu

Kenderaan ni kami jumpa masa di Giant Kuala Terengganu.kami dalam perjalanan pulang ke melaka tapi singgah di sini sebab nak jumpa kawan en sayang yang dah 12 tahun tak jumpa.ternampak kenderaan ni mencuit hati plak.


Dua dua kenderaan ni berjantina tau...jantan yang diatas sebab takde bulu mata dan yang dibawah pulak betina sebab ada bulu mata.kenderaan ni menjual aiskrim yang dinamakan eskrem gerrok.mana2 yang berada berdekatan GIANT Kuala Terengganu boleh saje cari van ni di pintu masuk.


Happy Birthday Suami

Assalamualaikum.semalam hari ulangtahun kelahiran ke 31 buat suami ku Syah Rizal bin Ibrahim.tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan doa agar kehidupanmu bertambah bahagia,berjaya dan kita berdua akan dikurniakan zuriat.


Terima kasih kerana menjadi sebahagian yang penting dalam hidup aku.terima kasih kerana menjadi yang utama dalam hidup aku.terima kasih kerana bekerja keras untuk keluarga kecil kita.ayang sayang b sangat2.moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga

Balik Kampung Petik Rambutan

Assalamualaikum.alhamdulillah masih diberi nafas untuk memulakan hidup...minggu lepas aku dan en sayang pulang ke kampungnya di Terengganu Darul Iman.lebih spesifik di Kg Tengkawang Kuala Berang Terengganu.

Perjalanan bermula pada Jumaat jam 8 malam dan tiba di kampung jam 6 pagi hari Sabtu...memang nampak lama sebab en sayamg tak bawak laju dan kami banyak berhenti..kata en sayang tak payah laju2 bukannya kampung tu lari.tujuan kami balik tu sebab nak petik buah2an yang katanya sedang meriah kat kampung..aku nak rasa sendiri petik buah sendiri


Nampak meriah kan buah2an yang bergayut2 ni..ni antara sebahagian gambar aje sebab aku tak belum amik lagi dari henfon en sayang.jadi kita tengok ajelah apa yang ada dulu..nanti aku up cite lagi..


Ini yang dah dibawa turun dari pokok.buah duku dan rambai..banyaknya seolah2 kami nak berniaga kat chow kit plak.walhal nak makan bertiga aje..tapi kami singgah di Kuala Lumpur untuk kakak aku...dan baki kami agihkan kat sedara di bukit katil pulak..alhamdulillah rezeki allah perlu sama diagihkan


Ini wajah kami berdua yang riang gembira petik buah kat kepala aje...seronoknya memangbtak boleh digambarkan.aku ni bukanlah manusia yang masuk ke kebun tapi disebabkan nak petik sendiri aku gagahkan jugak kaki melangkah...


Thursday, October 6, 2016

Mee Besen Ori Melaka

Hari ni aku maraton tulis cerita.sebabnya aku boring.so kalau korang rasa boring minta maaflah yea...aku pun nak jugak naikkan rating blog ni..tak pernah naik pun sedih sangat..

Kali ni aku nak cite pasal kedai makan yang viral sangat2 kat facebook ni.Kedai Mee Besen Ori Melaka.kali pertama aku singgah ke sini dan kali pertama jugak merasa pengalaman beratur hampir sejam untuk dapat tempat duduk...berpeluh2 nak beratur....jom layan gambar


Kali pertama dalam sejarah hidup aku kena beratur sejam untuk dapat seat.pergh..berpeluh2 nak tunggu turn..seb baiklah en sayang takde masa ni..kalauntak memang takde harapanlah aku nak makan mee besen ni..

Itu semua menu kitaorang hati tu..mee besen saiz m sebab yang saiz L dah abis, talam western dan air2...ada big choclate candy,chocolate candy,chocolate float n lychee...alhamdulillah kenyang perut kami walaupun terpaksa beratur hampir sejam.berbaloi2lah perasaan tu.makanan sedap,suasana menarik ditemani ahli keluarga..apalagi yang aku nak kan?

Rokok & Lighter


Dua benda ni memang kawan yang paling akrab.ada rokok takde lighter memang bencana berbanding ada lighter takde rokok..tapi yang selalu hilang adalah lighter.walau beli lah 10 tetaplah selalu hilang.aku pun heran.macam en sayang aku..yang hisap rokok hanya dia tapi selalu sangat en sayang hilang lighter.pelik sungguh la

Untuk Diriku

Perempuan yang jarang masak di rumah mertua bukannya malas tapi dia lebih selesa beraksi di dapur sendiri..itulah yang aku rasa..tinggal di rumah mertua ni bukanlah teruk sangat tapi lebih kepada ikut aje apa yang ditetapkan...bukanlah tak bersyukur tapi lebih pada mengimpikan dapur sendiri...alangkah nikmatnya

Tuesday, October 4, 2016

Salon Muslimah di Melaka

Sabtu lepas aku bertandang ke sebuah salon ni kat bukit katil untuk cuci dan potong rambut,itu pun selepas dapatkan izin dari en sayang.puas jugak aku memujuk akhirnya dapat jugak


Nama salon ni Heritage Hair Salon.ini salon muslimah so aku rasa selesa sangat kat sini sebabnya tanpa ada bayang lelaki dalam ruang yang sama..


Ini wajah depan salon tu..terletak kat persimpangan jpj..kalau tak jumpa carik ake dewan datuk demang husin bukit katil.inshaallah senang nak jumpa..harga kat sininpun berpatutan..senang untuk poket kita..

Pasang Aircond Murah Melaka:Kg Kandang

Haalooooo...its me again...dun boring2 ok...ari ni aku maraton upload banyak cerita dalam blog ni..alhamdulillah mata ngantuk selepas perut kenyang.customer kali ni polis dari muar..alhamdulillah terima kasih kerana menggunakan khidmat kami


Jangan lupa call kami yea...kami cuba bantu anda

Servis Aircond Murah Melaka:Taman Saujana Permai

Ini pulak kisah terobek 2 minggu lepas jugak...baru jugak nak buat cite ari ni..so ari ni berhajat nak pulun upload kisah sepanjang 2 minggu lepas...kali ni overhaul di taman saujana permai..kerja ni last minute call sebab owner tak tahan panas..ada 2 unit dan satu unit overhaul dan satu unit servis biasa..alhamdulillah dah kembali sejuk pun...


Jadi apalagi yang anda tunggu..jomlah call kami sebarang soalan berkaitan ekin..inshaallah kami cuba bantu

Servis Aircond Murah Melaka:Taman Bukit Katil

Selamat tengahari semua.dah mkn tengahari ke.aku dh setel mkn.dh lama plak tak buat cite dlm blog ni.so ari ni aku merajinkan diri menulis.tapi ni cite 2 minggu lepas..en sayang dapat kerja servis dan alih ekon kat taman bukit katil.customer kali ni dah selalu gunakan khidmat kami berkaitan ekon..alhamdulillah.terima kasih kerana sudi hubungi kami


Jangan lupa call kami yea

Friday, September 30, 2016

Aircond Tahun 80an

Kelmarin en sayang dapat job servis kat Dewan Hang Tuah.dan seperti biasa en sayang pegilah sebab kena dengan tarikh dan masa..alhamdulillah..


Tapi alangkah terperanjatnya en sayang bila carik indoor utk ekon ni..puas tengok kat atas dinding tapi tetiba nampak indoornya letak atas lantai...maunya terperanjat en sayang sebab blh pernah lg terjumpa ekon jenis begini.jenama national 1.5hp.alhamdulillah masih berfungsi seperti biasa cuma perlu diselanggara dengan baik aje.sayang pulak kalau rosak...nak cari spare part pun susah nanti

Friday, September 23, 2016

IG kena bom


Alhamdulillah...ingatkan takde yang melawat wall IG  rupa2nya ada jugak yea...terima kasih sebab sudi like semua gambar yang aku post dalam IG akunni..jasamu dikenang....

Trend terkini drama tv


Disebabkan drama tv zaman sekarang tajuk2nya agak buat aku terfikir dah tak boleh fikir nama lain ke?dulu2 letak nama perempuan jadikan tajuk drama skrg ni letak pekerjaan pulak jadi tajuk..pastu boom plak tu..jadinya aku pun nak buat tajuk drama SUAMIMU JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN dan ditayangkan kat astro ceria yea....kenapa pilih tajuk ni sebab suami aku en sayang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin di syarikaf kami MZ ERA DINAMIK RESOURCES...jadi sesuailah kan?ko hado?takdo kan?hahahahahah

Kisah 3 Dalam 1

Aksi 3 insan dalam 1 frame..buat aku tersenyum.lebih2 lagi insan yang botak tu..lelaki yang amat dicintai,dikasihi,disayangi,diingini dan segala2 di la citenya


Gembiranya lelaki ni dapat tengok Kuala Lumpur dari antara tingkat paling tinggi di Malaysia.alhamdulillah wishlistnya tercapai sikit demi sikit.next month bestday dia...apa nak buat yea..
I love u b...

Kisah Kelmarin di Bilik Ambil Darah

Salam jumaat semua...dah sarapan ke?aku dah setel sarapan pagi td dengan en sayang la...alhamdulillah kekenyangan dan kelaparan jugak...acaner nak buat tu?

Bersambung tajuk aku tadi...sepatut aku amik darah selasa 20hb tapi disebabkan terlupa aku pegilah menyerahkan tangan hari rabu 21hb...datang awal 7.30pg terpacak kat hospital melaka dengan harapan dapatlah nombor awal...tapi sangkaan meleset..aku dapat nombor 58..cuba bayangkan yang dapat nombor 1 tu pukul bape dia dtg hospital?aku diam aje lah...


Ok selepas 45 minit menunggu barulah aku dapat botol hikmat ni..ada 3 ujian yg perlu dibuatlah..so citenya kena banyaklah amikmdarah.malangnya pada masa tu urat aku kecik dan lebih trajis darah yang keluar cuma sikit.mungkin cukup2 aje untuk 3 ujian tu..berapa jarum yang kena biarlah aje rahsia..nanti ngeri pulak korang baca


Tangan aku dicucuk kedua2 belah kanan dan kiri.yang kiri tak lebam langsung tapi ini pic semalam kesan lebam macam nak munculkan diri.


Dan inimpulak pic hari ni..lebam dah pun muncul.macam kena dera pulak aku kata kat en sayang.balik nanti boleh tuam sekali lagi.

Monday, September 19, 2016

Kisah Kanak2 Ini di Menara Kuala Lumpur

Salam dan selamat petang semua.tengah buat apa yea?aku baru aje balik kerja dan baru nak ada mood update cerita ceriti.kisahnya semalam aku dan en sayang ke Menara Kuala Lumpur alias KL Tower.disebabkan kami berdua belum pernah ada kesempatan nak melawat so anak buah pun bawalah kami ke sana.


Nak masuk ke KL Tower ni kena bayar la...contohnya parking.kalau 15 minit pertama percuma.1jam berikutnya rm3 dan seterusnya.kalau nak naik lif dlm tu ada jugak pakej.dr yg murah sampailah yang mahal.disebabkan ekonomi k6rang elok kami beli tiket untuk masuk ke dek pemerhati atau observation deck.nak masuk sini kena bayar rm32 utk dewasa dan rm22 utk kanak2.


Kami berdua masuk bersama anak2 kecik ni iaitu cucu2 aku.mereke berdua ni adik beradik.mak ayah dorang tak masuk so aku bawak ajelah budak2 ni.alhamdulillah well behaved bebudak ni..walau kelam kabut sikit nak jaga tapi aku berjaya jugak...
 

Wednesday, September 14, 2016

Happy Birthday Faiqa Darwisyah

Assalamualaikum wbt...selamat pagi semua..hari ni mood malas nak bekerja..sebabnya apa yea?hahahahaha..sebabnya en sayang aku ada kat umah..sia bercuti 3 hari sebab nak tolong sembelih lembu korban


Ni cite sambutan budak tecit yang namanya faiqa.hari lahirnya aritu 8/9 ari tu.tapi disebabkan kami dimelaka dan mereka di kuala lumpur makanya ari raya kelmarinlah en sayang buat sambutan kecil2an buat anak tecit ni...

Selamt hari lahir ke 7 buat kamu anakanda faiqa.moga cemerlang di dunia dan di akhirat.uncle riz dan kak ida sayang checha sampai mati...

Monday, September 12, 2016

Kerja Part Time Aidiladha

Selamat semua.alhamdulillah berjaya mengharungi aidiladha pertama ari ni.tahun kedua aku sambut bersama en sayang dan tahun kedua jugak aku dapat tengok en sayang terlibat dalam kerja2 sembelihan.tahun ni aku tak video seperti tahun lepas.kali ni cuma ada sebahagian gambar


Ini lembu pertama yang bakal disembelih.lembu ni seakan2 memahami nasib yang bakal menimpa diri agaknya.kalau diikutkan lembu ni meronta2 tak mau dibawa ke tempat sembelih


Ini selepas disembelih dan kulitnya sedang dilapah...kat sini sesape yang berhajat untuk membuat kprban boleh aje datang ke sini dan pihak sini akan buatkan sembelihan.yang pembuat kurban hanya perlu datang dan ambil lembu mereka setelah siap disembelih dan dibuang kulitnya.


Ini pulak en sayang yang berkerja hari dan dua hari akan datang.inshaallah mampu untuk selesaikan amanah tu...


Inilah sebahagian lembu yang kami hantar pada pembeli.kalau mereka takde kenderaan kami boleh jugak hantar ke tempat mereka tapi hanya di sekitar melaka tengah aje la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...