pertanyaan kat atas tu berulang kali aku tanyakan pada diri sendiri..adakah aku sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia ini di zalimi oleh pemimpin???adakah aku diperlakukan begitu???kalaupun aku rasa dizalimi bukan oleh pemerintah tapi kerana diri sendiri....korang nak tau kenapa aku buat entri ni???ini kerana ari sabtu lepas aku terdengar berita yang mengatakan ada segelintir pihak yang berdoa agar pemerintah ini di"mamposkan" kerana telah menzalimi rakyatnya??so terzalimkah rakyat Malaysia ni??setau aku yang cetek ilmu agama ni bukankah kita tidak digalakkan untuk berdoa untuk kehancuran seseorang????bukankah lebih elok supaya kita sentiasa berdo yang baik2 untuk mereka???
aku ni bukan pro mana2 pihak tapi sekadar melihat sesuatu itu dari sudut lojiknya...bagi aku apa yang ada di Malaysia ini lebahi indah dan lebih baik dari apa yang ada di negara orang lain....aku masih rasa selamat pergi dan balik kerja..aku masih dapat bekerja...aku dapat makan hasil dari gaji aku....aku rasa selamat pergi kemana sahaja yang aku suka tanpa ledakan bom di sana dan sini...aku masih mampu membeli barang2 keperluan dan kehendak aku...walaupun ada sesetengah yang berpendapat ianya sepatut lebih murah dari yang sepatutnya...tapi bagi aku ianya lebih dari berpatutan....kalau rasa tak berduit jangan beli yang mahal...tapi korang jangan pulak rasa tersinggung ngan apa yang aku katakan ni..ini adalah pendapat peribadi aku..apa yang aku rasa...apa yang aku lihat..kalau korang tak setuju itu bukan masalah aku tapi korang kena tanya pada diri sendirilah...
pada saat kita semua dapat segala yang kita kehendakkan mengikut kemampuan kita tapi kita lupa bahawa masih ada yang dinafikan hak mereka...daripada berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang kita mmg ada lebih baik perjuangkan nasib mereka di sana???apa lagi yang tidak cukup di sini kalau nak dibandingkan dengan apa yang mereka ada di sana....jadi fikirkanlah sedalam2nya...jangan hanya melihat dari satu sudut tapi lebarkan pandangan dan pemikiran...wallahua'lam.......
No comments:
Post a Comment