ari ni amik masa yg terluang utk update cite..minggu ni aku ada minggu induksi kat sini..maklumlah sebagai staff baru kat sini aku diperlukan hadir kalau tak aku tak dpt kompom plak..sesi ari ni ringkas aje..tp jadual utk esok sgt padat..tp non ada foto sbb jadual tu aku tak dpt upload..ntah apa yg tk kena aku pn tak tau la..so jumpe lagik...
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 25, 2013
::Aku Di Sini::
dalam diam tak diam dah hampir sebulan aku bekerja di sini, walau belum punya kawan atau mungkin aku tak kan mungkin nak berkawan aku punya rakan sekerja yang boleh membantu untuk aku belajar memahami persekitaran di sini ..banyak lagi yang perlu aku belajar utk faham dan tau proses bekerja di bahagian ini....nak tau di mana aku bekerja???
di sinilah aku bekerja..di AIMS Data Centre... syarikat ni buat servis berkaitan internet..aku pun belum berapa faham bisnes kat syarikat ni sbb teknologi2 ni bukan bidanga aku..duduk dibahagian Sales ni pun suatu yang baru untuk aku..banyak benda yang yang belajar kat sini dan dari kehidupan aku yang lepas...yang pasti ialah sepanjang kita hidup ni ia semua berkaitan ngna belajar sesuatu yang baru..walaupun ianya nampak sama tapi ianya jauh berbeza..walaupun nampak mudah tapi anya tak semudah yang akal kita sangkakan...tapi alhamdulillah aku mampu bangkit semula..terima kasih pada mereka yang banyak berdiri bersama aku di saat aku jatuh...dan jutaan terima kasih jugak pada mereka yang memandang sini pada aku disebabkan kesalahan aku...tanpa korang ni aku memang tak akan sedar diri..apapun aku berterima kasih kerana pada masa aku jatuh aku tau siapa kawan dan siapa lawan...berkawan tak mesti ada bersama saat susah..betulkan???untunglah kalau korang punya kawan yang masih bersama korang tapi jangan ingat mereka takkan tinggalkan korang pada suatu masa nanti....hehehehehe
::Sana Sini Jerebu::
ini pic kl pada hari semalam yang aku google...menara kebanggaan kita dah macam tak nampak jea kan???
salam and selamat tengahari...sejak seminggu ni sume orang bercerita tentang jerebu yang ngah melanda negara kita...sebenarnya kalau tak silap aku mmg setiap tahun kita akan mengalami jerebu...cuma yang membezakannya ialah samada teruk ataupun tidak..tapi jerebu kali ni lebih teruk dari yang pernah berlaku pada 1997 setahun sebelum krisis kewangan melanda..kalau korang ada zaman tu bolehlah refresh keadaan masa tu..tapi kalau korang ni baru nak idup so kenalah korek di arkib kisah jerebu 1997....
sebenarnya bukan aku tak kisah ttg jerebu yang melanda ni tapi apa yg lebih aku kesahkan adalah bagaimanakah cara kerajaan nak menangani masalah jerebu ni...sana sini orang komplen alias mendesak supaya JAS dan BOMBA buat hujan atau bahasa bukunya ialah pembenihan awan...tapi adakah boleh nak buat hujan tu kalau keadaan awan tak sesuai...haaaa...boleh buat hujan kan???hebat tak hebat otak manusia yang diciptakan Allah ni...walau tak sama ngan hujan ciptaan Yang Maha Esa tapi sedikit sebanyak bolehlah mengurangkan jerebu yang melanda sbb kita tau bulan ni mmg musim kering...memang takde hujan yang nak turun musim kemarau ni...so kalau buat hujan tak boleh nak buat apa lagi yek???takkan boleh nak cakap suh Indonesia hentikan pembakaran terbuka mereka ataupun nak suh hutan yang terbakar tiba2 tu jangan terbakar lagik???apa lagi yang boleh kita buat utk sama2 mengurangkan kesan jerebu tu pada kita???dari sibuk menyalahkan mana2 pihak aku rasa lebih baik kita sendiri amik langkah proaktif tuk salurkan pendapat tu pada pihak yang berwajib...korang bercakap kat atas angin jek manalah orang nak dengar..betul tak???pic kat bawah ni cara sikit lebih kurang pembenihan awan..kalau korang tak faham buat2lah faham..
so apa lagi...salurkan pendapat korang kepada Jabatan Alam Sekitar ataupun kepada PM sendiri...PM kan ada facebook, ada blog...mana tau pendapat korang boleh digunakan pakai oleh PM dan pihak berwajib...anda pintar kan so salurkan kepintaran ada pada ruang yang betul
Thursday, June 20, 2013
::Tiada Kata Khamis::
salam dan selamat pagi..ari ni dah 20hb la...maknanya dah hampir sebulan aku di sini kan??alhamdulillah aku selesa kat sini walau ada beberapa orang yg menakutkan tapi aku biarkan aje lah...tajuk entri aku tiada kata tapi banyak plak kata2 aku kat sini...tapi sebenarnya aku cuma nak cakap yg aku ni dah lama tak wat entri bertajuk tu...takpelah..lain kali aku buatlah..
ari ni aku sempat buat nasi goreng utk bekal aku ke pejabat..ddk kl tak boleh slalu mkn kat luar..mau koyak aku nanti so cara nak jimat adalah bawak bekal..selalunya aku bawak roti jek..itu aje lah makanan aku dari pagi sampai petang..amat berbeza masa aku di sana...tapi mungkin inilah perubahan yang aku perlu lalui kan...berjimat...kalau dulu aku berhabis tapi sekarang perlu lebih berhati2..hehehehe...ok lah aku berhenti mengarut dulu nnt aku bercerita lagi..kalau tak bz sgtlah yea...bye....
Wednesday, June 19, 2013
::Lawan Penuaan Dengan Buah-Buahan::
macam menarik buah-buahan kat atas tu kan...disebabkan tadi aku dah buat entri pasal suka lelaki muda...so sekarang aku nak bagitau kat sume wanita yang punya suami / kekasih muda ( termasuk aku kot?? ) cara untuk melawan penuaan tanpa perlu berhabisan wang ringgit..maklumlah bila punya lelaki yang muda ni kita selalu kena jaga figura akal dan badan...so aku bagi cara yang mudah dan murah..boleh beli kat pasar malam atau supermarket Mydin,TESCO,AEON dan sebagainya....
Pisang
Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda.
Lemon
Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap.
Oren
Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela.
Betik
Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda.
Mangga
Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan.
Epal
Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV.
Kailan
Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K.
Timun
Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak.
Lobak merah
Lobak merah kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.
Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda.
Lemon
Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap.
Oren
Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela.
Betik
Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda.
Mangga
Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan.
Epal
Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV.
Kailan
Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K.
Timun
Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak.
Lobak merah
Lobak merah kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.
::Mengapa Wanita Suka Lelaki Lebih Muda::
apesal plak entri aku ada pic dorang ni???aku taklah minat ngan dorang ni tapi sbb dorang ni cam sesuai utk dijadikan muka depan cite so aku pun amiklah....Aku terpikir buat entri ni sbb tadi semasa sedang mencari2 di internet tetiba terbaca artikel ini kat Yahoo dan tetiba terkesan plak dalam otak aku...adakah aku sedang termasuk dalam kategori tu???alamak???tapi bagi aku tidak aku pinta kalau tersuka dengan lelaki yang muda kan???hahahahahahaha ketawa besar aku bila baca pendapat kaunselor tu..tapi ada baik buruknya cuma kita kena pandai lah...tak kira sama ada kita suka lelaki muda,sebaya atau yang lebih tua-itu sume takdir Allah yang menentukan..kadang2 boleh serasi tapi kadang2 boleh menjahamkan hidup.apa pun yang kita buat tak akan boleh sempurnakan pendapat orang lain...jadi ikutlah apa yang Allah dah takdirkan....tapi korang nak tau ke apa yang kaunselor tu bagitau????korang boleh klik je.....aku nak komen pun tak tau camne..tapi apa pendapat korang yea????
Tuesday, June 18, 2013
::Camne Nak Buat Bisnes Raya Online????::
ramadhan akan menjelang tak lama lagi ni..tetiba aku terpikir nak wat bisnes utk raya ler....mne tau dapat duit tambahan tuk raya nnt....yg ada dlm otak ni nak jual biskut raya sbbnya dh ada pembekal tapi yang jadi masalah ni ada ke org yg nak beli biskut yg aku jual ni sebab tak kan aku nak pacak khemah jual kt pasar malam kot???camne cara nak pasarkan kat online ni???ada sesape yang tau ke??leh tak kalau kongsi ilmu ...tima kasih kengkawan...
::Bezanya Disini Dan Disana::
salam tengahari..aku kembali lagik..ntah apa mimpi aku nak menulis pn aku tak tau..tp kalau korang nak baca aku mmg seronok menulis....kali ni nak cite tentang perbezaan.bukan perbezaan apa sangat pun tp tentang perbezaan cara hidup di sini (Kuala Lumpur) dan disana (Melaka)....memang terlalu besar bezanya sampaikan aku stuck dan amik masa nak adjust diri...orang kt sini sangat mengejar masa so aku mmg terpaksa ikut gaya tu..contohnya berjalan..kalau di sana aku berjalan perlahan sbb tak perlu berebut tp kat sini kena jalan pantas kalau tak kompom ko tertinggal baik bas ataupun masa....
dulu masa di sana aku memandu utk sampai ke tempat keje yang cuma amik masa setakat 20-25 minit jek..kalau lewat pun setakat 1/2jam jek...drive pun santai jek sbb tak stress sgt...tp apabila disini.....aku menaiki pengangkutan awam iaitu bas atau LRT..pegi keje tu taklah lama sangat sebb kurang sesaknya tp bila time balik...aduii...sengal punggung duduk dalam bas...biasanya aku kuar pukul 5.45ptg dan aku akan sampai umah dlm kul 7.15mlm...lama tak perjalanan aku??cam nak balik melaka plak tp mmg blh sampai melaka pun...
mula2 dulu malah sampai sekarang pun aku mmg akan keletihan yg amat sangat sbb terperangkap dlm kesesakan yang maha dahsyat...balik umah aku mandi,solat dan kadang2 tertidur sampai ke pagi...bangun isya' dh tengah malam...boleh kan???tenaga hilang sgt2......kena cari sesuatu utk 'recharge' tenaga yang dah habis ni...
Monday, June 17, 2013
::Kembali Bersawanglah Blog Aku Ni::
salam dan slmt tengahari sume..masih ada lagi ke yg minat baca blog aku???aku tuan punya blog pn dh lama tak menjengah ke sini...mmg jahat betul aku ni...tp ari ni aku punya masa yang terlebih utk update sikit2 psl aku...
skrg ni aku nak mulakan hidup aku semula...maklumlah baru lepas jatih tingkat 89 tp skrg ni bru mula bangun belum melangkah lagi...amik masa utk buat sume tu..tp berkat sokongan keluarga dan org tersayang aku mampu bertahan..walau tanpa kawan2 aku masih mampu kot...hehehehehehe..
klu bln lepas aku wat servis cuci karpet dan jangan sangka bisnes tu tak jln tau..kalau ada yang nk cuci karpet boleh ke page aku yg satu lagi tu...tp bermula Jun 2013 aku dah memulakan pekerjaan aku di Kuala Lumpur..memulakan hidup ditempat lain krn mungkin di Melaka dah tamat rezeki aku kot...atau org Melaka dah tk nk tgk muka aku kt situ kot...hikhikhik...marah org Melaka nnti...walau apa pun aku bersyukur sgt2...masih punya rezeki walau skrg aku sdg cuba ditindas atas kesilapan aku yg lalu..takpelah..buatlah apa pun pd aku selagi mampu aku bertahan akan aku buat..tp ingatlah yg bumi ini bulat..spt mana aku kena skrg ni..jgn pula kamu nnt kena plak ye...
eh apa dah mengarut plak ni..tutup cite psl tu yea..skrg ni cuma nk cite yg pekerjaan aku skrg ni....mmg sgt mencabar keje ni..mgkin sbb dh lama sgt ddk dlm zon selesa kan...nah skrg padan muka aku..hahahahaha..tp alhamdulillah aku belajar setiap hari...nnt aku sambung lg yek....
Subscribe to:
Posts (Atom)