macam menarik buah-buahan kat atas tu kan...disebabkan tadi aku dah buat entri pasal suka lelaki muda...so sekarang aku nak bagitau kat sume wanita yang punya suami / kekasih muda ( termasuk aku kot?? ) cara untuk melawan penuaan tanpa perlu berhabisan wang ringgit..maklumlah bila punya lelaki yang muda ni kita selalu kena jaga figura akal dan badan...so aku bagi cara yang mudah dan murah..boleh beli kat pasar malam atau supermarket Mydin,TESCO,AEON dan sebagainya....
Pisang
Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda.
Lemon
Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap.
Oren
Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela.
Betik
Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda.
Mangga
Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan.
Epal
Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV.
Kailan
Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K.
Timun
Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak.
Lobak merah
Lobak merah kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.

2 comments:
jom follow blog ini
http://bff-inspiration.blogspot.com/
:D
dah lupa camne nak follow der
Post a Comment