Pages

Friday, July 29, 2016

Runtun Jiwa Pedih Rasa

Sememangnya kehidupan ini memang tak seindah fantasi.lembutnya tutur manusia cuma bila perlu sesuatu.halusnya bicara bila idamkan sesuatu.sopannya kata bila hendakkan sesuatu.tapi sebenarnya lebih mudah herdik bila tak dapat.lebih senang tengking bila gagal.lebih ampuh jerkah bila tak setuju.manusia sering lupa untuk sentiasa beringat yang manusia lain juga punya hati,punya jiwa,punya rasa.untuk apa itu semua dilakukan?untuk menunjukkan kekuasaan,keutamaan atau apa tujuannya?

Halus tutur bicara bila berhadapan orang lain.lembut manis ayat bila menaip sesuatu di handphone.sedangkan bila berhadapan dengan manusia yang paling mencintai kau...kau lakukan seolah2 dia tak punya apa2.seolah2 dia berhutang dgn kau.kau fikir mentang2 dia milik kau jadi kau punya kuasa setinggi langit meletakkan dia sebegitu hina?

Dia sewajarnya yang kau perlu berlembut.dia yang patut kau layan semewahnya.dia yang wajib kau lindungi.kerana apa?kerana dia adalah insan yang akan sentiasa ada dibelakang kau tak kira masa.dia yang akan bantu kau bila kau jatuh.dia yang sudi menghulur tangan bila mana tiada yang datang membantu.orang luar kau utamakan perasaannya berbanding dia yang bertungkus lumus mempertahankan kau.sememangnya kau lupa diri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...