Pages

Saturday, May 18, 2013

::Cuti Hari Pekerja Part 2::

perjalanan kami diteruskan lagi ke Muzium Polis plak...ini pun antara muzium yang belum pernah aku lawat...teruja jugak nak melawat kat muzium ni..meh kita nonton fotonya.heheehehe..tp disebabkan nama pun dalam muzium so mmg tak ada foto di dalam muzium.....harap maklum


ini muka luar Muzium Polis...old school bangunan dia...tapi khazanah dalam tu sumenya original..baik pistol,senapang,peluru,bom tangan,machine gun dan kesemua yang berkaitan dengan polis dan penjenayah ada dalam tu...memang best masuk muzium ni dan yang bestnya tiada bayaran masuk dikenakan cuma kalau nak menyumbang ada tabung disediakan..letaklah berapa yang korang ikhlas


papan tanda SELAMATA DATANAG dalam pelbagai jenis bahasa yanga da kat dunia ni..antara pandai nak sebut dengan tidak jek...dekat 15minit kitaorang berdiri membaca ayat2 dalam bahasa yang menarik ni




disebabkan aku tak boleh amik gambar dalam muzium maka ini aje yang aku amik untuk tatapan korang sume..gambar kereta perisai dengan meriam.....


ini dah tentu aku lah...dengan wajah yang kepenatan dan kelaparan..pas dari muzium ni kitaorag gi makan rojak kat Jalan Bellamy..rojak yang terkenal kat KL ni..tp mmg best gila makan rojak tu...tp non ada pic...sori

::Cuti Hari Pekerja::

pic ni dah lama terperap kat fon..aku baru nak delete pic tetiba ada plak so cite ajelah walaupun dah basi...kisah ni pada 1st May ari tu..walaupun aku mmg sedang cuti2 Malaysia tapi aku tetap meraikannya...ari adik aku datang amik aku kat umah abg aku..katanya nak ajak jalan2...so disebabkan kami ni suka gi melawat tempat2 berfaedah so adik ipar aku bawalah aku ke sini....




kami ke sini lah...tentu korang tau tempat ni.inilah bekas Istana Negara..duu masa fungsinya masih Istana Negara tak boleh masuk...cuma boleh amik gambar dgn pengawal jek tapi sejak Istana Negara dah pindah ke tempat lain....maka bolehlah melawat ke sini..tapi hanya boleh amik gambar kat luar jek...brg2 peninggalan SPB Yang DiPertuan Agung cuma dibenarkan tengok aje...so takde foto di dalam muzium yek...



korang boleh tengoklah bayaran masuk yag dikenakan..mungkin aku org akhir yang masuk muzium diraja ni...tapi masa awal dulu adik aku kata bayaran masuk cuma RM3 tp dah naik plak...bolehlah sebab banyak barang2 bersejarah dalam ni..penat nak berjalan bangunan seuas muzium ni....


pagar ni dari dulu sampai sekarang memang tak dibuka cuma yang bezanya tiada MP yang berdiri kat tepi pintu pagar ni bersama kudanya..hehehehe.



aku berdiri dengan checha...budak yang memang kalau dapat kamera mmg tak nak lepas peluang...cukup dia suka bergambar.....

cuma untuk info koranglah..dalam muzium ni ada 2 bahagian..bahagian bawah lebih kepada  ruang di mana SPB Yang DiPertuan Agung berjumpa dengan yang nak mengadap baginda..aku lupa apa nama ruag tu..tp bukan Balai Rong Seri tau...itu untuk acara rasmi jek..ni untuk PM atau diplomat asing mengadap baginda...bahagian atas plak ada pejabat SPB Yang DiPertuan Agung,pejabat Permaisuri,bilik tidur Pemangku Raja,Bilik Tidur Agung,Bilik Cuci,Bilik Mandi Agung dan Permaisuri(tapi berlainan bilik tau.Baginda kedua memounyai bilik mandi yang berlainan),Bilik Bacaan dan pelbagai lagi bilik2nya...kalau korang nak tau korang boleh pegi aje ke Muzium Diraja ni...

perjalanan aku ari tu diteruskan ke Muzium Polis plak....tunggu next entry yek...

::Percubaan Yang Menjadi::

salam dan selamat pagi.....pagi ni cuma nak cite hal malam semalam. dalam pada kekalutan dan kepenatan tetiba rasa nak makan sesuatu datang....dan aku teringin nak makan chocolate cake....nak ku beli di SR serasa belum mampu di poket...memandangkan apa  yang sedang diusahakan ini baru aje nak mula jadi kenalah ikat perut sikit...jadi malam tadi kami pun mulakan aktiviti yang dipanggil percubaan untuk mmembuat kek coklat....resepi memang aku dah tau cuma kali ini feelnya lain macam sikit....dan alhamdulillah menjadi jugaklah kek kami.cukuplah dimakan sebagai minum petang nanti..aku tunjuk gambar kek yang jadi yek....tahun lepas aku ada buat jugak tp sebabkan keknya bantat maka aku tidak menceritakan disini...heheheheheh..tapi maaf tiada resepi kerana blog aku bukan bog resepi...aku cuma cite yang dah jadi..maaf yek...lagipun aku bukan pembuat kek profesional..apa yang aku buat hanya untuk santapan keluarga sahaja....hehehehehehe


ini budak yang sangat excited dengan kek coklat..berjaga sampai tengah malam nak tunggu kek ni siap dan dia boleh menghias


ini kek yang kami buat dan proses menghias baru nak abis...tak hias apa pun cuma letak chocolate rice and chocolate topping...


inilah rupanya kek kami setelah siap...pasni nak masuk peti ais tuk bekukan topping dan nak dimakan petang ni...rasa tak sabar plak....

Wednesday, May 15, 2013

::Mencuci karpet::

aku pun tak tau kenapa sejak tiga empat hari ni update aku pasal cuci karpet...dah macam bangla karpet plak...'hai adik manis...beli ini karpet dari turki'.....dialog biasa bila bangla jual karpet..hehehehe...aku harap korang taklah bosan baca entry aku ni walaupun citenya hanya tentang karpet buat masa ni...bukan apa bisnes baru nak mula belum pun kukuh so kenalah buat promosi utk bgtau org ttg perkhidmatan yg aku tawarkan...so apa lagi..jangan segan silu untuk call aku untuk mendapatkan sebutharga yang amat menarik..jangan risau tentang harga aku jamin mmg amat murah dan korang leh simpan duit tuk shopping lag..percayalah cakap aku


::Kat Mana Leh Cuci Karpet Sebegini Bersih::

sekarang aku selalu sangat buat kenyataan sebegini....korang leh bagitau aku kat mana ke??tapi aku tau jawapannya...sumenya ada kat tempat ni....HMY MAJU SDN BHD...dorang leh ubah karpet korang dari yang kotor kepada yang bersih..dari yang busuk ke wangi...kiranya transformasilah...so aku harap sangat2 korang yang bergelar kengkawan dan sume yang baca blog aku leh sokong aku iaitu dengan mencuba perkhidmatan yang aku tawarkan ni...tolong yek....




korang leh nampak tak bezanya warna karpet kat atas tu..gambar ni bukan amik guna kaedah editing yek...aku pun tak tau nak edit pic....yg aku tau cantumkan pic jadik camni...so kalau korang nak karpet korang cantik camtu call no ni yek....









Monday, May 13, 2013

::Mana nak Cari Tempat Cuci Karpet::

kalau tengok tajuk tu mesti korang ingat aku ni nak cari tempat cuci karpet kan???salah lah tekaan korang..kalau korang nak tau aku sekarang ni ada wat bisnes cuci karpet secara dry cleaning dengan harga yang murah dan tidak merosakkan karpet korang..so apa lagi korang carilah aku supaya aku boleh cuci karpet korang dengan sebersihnya.....call aku yek...

korang pernah ada karpet yang kotor camni??aku jamin kalau korang ada anak kecik mesti ada kejadian ni kan???aku boleh bayangkan amacam perasaan korang

ini yang aku boleh ubahkan karpet korang kalau korang antar karpet korang pada aku...boleh nampak beza tak????so apa lagi hantarlah cepat pada aku...hehehehehe

Saturday, May 11, 2013

::Aku Di Hari Sabtu::



ari ni sabtu dan sekarang ni pukul 1.40 ptg.aku masih kat opis lagik...selama 7 tahun aku bekerja amat jarang aku bekerja di ari sabtu melainkan ada function atau tugas khas...tapi rutin tu berbeza plak kali ni...aku dah keluar dari zon selesa yang mana bekerja Isnin hingga jumaat 7.30pg-4.30 ptg...sekarang ni isnin hingga sabtu...eeemmm mulanya payah nak sesuaikan diri tapi belajarlah kan...ini semua demi bisnes yang aku mulakan ni...

hari ni aku seharian buat brochure utk servis yang aku tawarkan pada sume pelanggan tapi malangnya aku tak boleh upload pic sebabnya usb cable takde...amat malang tapi nnt aku  akan upload jugak gambarnya yek...setelah berhempas pulas mereka bentuknya ditambah dengan otak aku yang karatnya mmg tebal akhirnya siap jugak...nak meniaga ni kena ada benda2 camni...barulah pelanggan tau apa yang kita tawarkan..betul tak???hehehehehe






::Azam Baru dan Bisnes Baru::

setelah mengalami kegagalan hidup aku bangun dan mulakan cerita baru so inilah fasa baru dalam hidup aku....aku berjinak2 dalam dunia perniagaan....walau bukan aku yang keluarkan modal tapi kiranya inilah yang bakal buat hidup aku berubah..aku sekarang memberi perkhidmatan mencuci karpet kepada semua tak kiralah karpet kat pejabat ataupun kat rumah....baik yang kecik mahupun yang besar...

kaedah yang syarikat aku buat ni bukanlah kaedah konvensional tapi cara moden dengan kos yang sangat efektif dan ianya terbukti berkesan...masa aku mula2 diterangkan pasal bisnes ni aku pun macam tak percaya tapi setelah melihat dengan mata sendiri aku tau ini boleh jadi pendapatan bagi kami...pencucian yang kami buat adalah dengan cara cucian kering.dan kami memberi perkhidmatan mencuci di rumah ataupun di pejabat pelanggan.karpet akan terus kering dan pelanggan tak perlu menunggu lama...




so kepada kengkawan semua,tak kiralah yang masih berkawan dengan aku,yang dah tak nak kawan dengan aku,yang akan berkawan dengan aku hubungi aku untuk dapatkan perkhidmatan yang aku tawarkan..in sha allah kawan2 akan mendapat apa yang korang bayar.....hehehehehehe.....aku sayang korang sume....


so kalau korang nak mencuci karpet dengan CEPAT dan MURAH atau punya pertanyaan tentang perkhidmatan ni hubungi aku kat sini yek....cepat yek...Aidilfitri bakal menjelma....



pejabat:06-2683232/016-2049515
email:sales@hmy.com.my
facebook:siti.rajab@facebook.com atau
amieda-luv.blogspot.com.my




Friday, May 10, 2013

::Hidup Sekali Lagi::

setelah melalui pelbagai cabaran hidup,alhamdulillah akhirya sekali lagi aku bangkit..dan aku berharap agar apa yang aku bakal mulakan ni akan berkekalan dan berterusan...dan aku juga berharap agar tiada lagi yang akan menyebabkan perjalanan hidup aku ni gagal lagi...aku sedar ini kesilapan aku...dan aku pun dah menerima hukuman tu...tetapi peliknya aku telah dijatuhkan hukuman walaupun sebelum perbcaraan dijalankan..takpelah aku akur...mungkin ada hikmah di sebalik apa yang aku hadap sekarang ni...

selepas kehilangan semua yang aku sayangi atau pun yang aku miliki kerana kesilapan dan dosa yang aku lakukan...aku lebih awas dan berhati2 dalam melangkah...aku tau dikalangan mereka2 yang mengata dan mencerca aku, mereka tidak faham apa yang berlaku...mungkin sebab itu salah faham ini yang berlaku...

terima kasih kepada mereka semua atas cacian dan kata2 di belakang aku kerana walaupun aku terasa seperti nak menamatkan perjalanan hidup ni tapi ternyata aku masih mampu bertahan walaupun mengambil masa yang amat lama....aku bersyukur sgt2 kepada mereka...

alhamdulillah.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...