Pages

Saturday, May 31, 2014

Kali Ini Servis di Taman Perkota,Peringgit

salam semua....apa kabar....dan sarapan???ini entri Auto Published!!!!kali ni kami dapat servis 2 buah ekon kat Taman Perkota...ALHAMDULILLAh atas rezeki Mu Ya Allah....kalau tak silap aku hari KHAMIS ari tu...kali ni dapat amek gambar banyak sebab en TUNANG bawak kawan dia tuk tolong bawak tangga...dan sebab ekonnya jenis yang sebegitu...jadi kena bawak orang...hehehehehe






ini untuk outdoor yang pertama....masa ni tgh cuci outdoor dengan chemical...



yang ini pulak outdoor yang kedua....jenama yang berbeza di sebuah rumah yang sama



terima kasih yea saudara kerana memanggil kami walaupun kita tak saling kenal tetapi en sudi menggunakan khidmat kami...terima kasih...untuk yang lain..apa tunggu lagi.....telefonlah kami...

Friday, May 30, 2014

Lao Qian Ice Cafe Jalan Hang Jebat

ingat lagi tak aku pernah cite pasal makan CENDOL???aku kan dah janji nak bagitau nama kedai tu kan....LAO QIAN ICE CAFE..kedai ni terletak kat jalan HANG JEBAT atau dikenalai dengan JONKER STREET...


inilah gambaran depan kedai tu...kat belakang HARD ROCK CAFE MELAKA...kedai ni terkenal dikalangan pelancong...baik CINA mahupun MELAYU dan INDIA..korang nak tau berapa harga cendol ni..jangan terperanjat hokeyyyy....


untuk kami bertiga jumlah RM16.80...RM5.50 untuk cendol biasa dan RM5.80 cendol durian.....sesekali buang tebiat makan boleh lah..kalau selalu mau koyak poket dan potong kaki...


ini aku yang makin kembang setiap hari..en TUNANG yang snap sebelum makan kena amik gambar katanya...yealah tu...i ikut haje...

Kisah Air Cond Di Rumah Awam Peringgit

salam dan selamat tengahari sume...dah lama aku menyepi bercerita tentang perniagaan kami...bukan apa aku ni agak sebok...tak sempat nak wat cite....tapi ari ni aku curik masa sikit sebab ari JUMAAT rehat panjang sket....ok lah dah merapu pulak..terus ke tajuk...kali ni kami dapat pasang aircond kat Taman Peringgit...umah akk ni indoor dia dah rosak so kami ada indoor terpakai yang masih boleh berfungsi jadinya en TUNANG jual dan pasang ekon kat umah akk ni....ALHAMDULILLAH..



walaupun merangkak kami nak bermula tapi sedikit demi sedikit ada jugak...walau tak setiap ari ada job tapi bersyukur sebab dalam seminggu adalah job untuk kami..bolehlah kami bernafas....terima kasih akak sebab sudi memanggil kami dan percaya pada kami...

kami juga ada indoor terpakai untuk dijual...sekiranya indoor tuan/puan dah rosak dan perlu ditukar boleh call kami...jenama HAIER 1hp....


Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Mangkat

ini berita yang aku dapat bila aku dengar radio dah mainkan bacaan ayat Al-Quran....pelik jadi aku carilah en GOOGLE untuk tau apa yang berlaku sebenarnya...kali terakhir radio memainkan bacaan Al-Quran semasa kehilangan MH370....dan ini kesahihannya...


Sultan Azlan Shah mangkat

DULI Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. - Foto BERNAMA 
 
IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.


Belangsungkawa

Pasang Air Cond di Krubong

ALHAMDULILLAH...ada lagi rezeki kami minggu lepas....en TUNANG dapat keje pasang ekon kat Taman Krubong Perdana....terima kasih tuan rumah kerana sudi panggil kami untu khidmat ekon di rumah anda...sekiranya anda juga ingin jadi seperti tuan umah ni jangan lupa call kami yea..

SYAHRIZAL
017-657 5144

Meh layan gambar yea...



pemasangan outdoor...sebelum dan selepas
 


pemasangan indoor .....sebelum dan selepas...

ada lagi kisah pasal ekon ni...nanti aku upload lg yea....tak sempat nak cite banyak keje


Cendol Jalan Hang Jebat

ari sabtu lepas en TUNANG bawak aku makan cendol kat Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali sebagai Jonker Street...mulanya aku tak mau sebab ada durian tapi en TUNANG kata boleh makan cendol biasa jugak...so aku ikut aje...meh nengok foto yea...


nampak tak durian tu.....aku ingatkan kesemua cendol dia ada letak durian mau aku pengsan kat kedai tu jugak...tapi kata pekerja dia signature dish kat kedai signature dish dia adalah CENDOL DURIAN...oooo baru aku faham







inilah cendolnya...menarik kan packaging cendol ni...takde dah mangku plakstik ngan sudu oren tu...tapi harganya ....tak boleh tahan..nanti aku cite lagi kedainya kat mana dan berapa harganya yea...apa2 pun kalau makan cendol kat sini ari2 memang boleh potong kaki jawabnya..hahahahaha

Kisah Kerani Kaunter DELIMA EKSPRESS

salam dan selamat pagi...dah bersawang blog aku...maklumlah dah beberapa ari tak de cite...tapi pagi ni sebelum mula sibuk aku nak wat jugak cite..tak kira...ini kisah yang berlaku pagi ISNIN 26 Mei 2014...seperti biasa kalau aku balik kampung akan akan balik ke KL pagi2 Isnin tu ....dan seperti biasa aku pun beli tiket ari AHAD di Kaunter bas DELIMA kat MC tu...dengan terang aku cakap aku nak tiket ke KL esok pukul 6 pagi...tapi kesudahannya...nengok gambar yea...


nampak tak apa yang tertulis kat tiket tu...perjalanan aku pada 23/6/2014 pukul 6.00 pagi..maunya ko tak sakit hati bila ko dah naik bas tetiba ada yang kata aku ddk seat dia...bila disemak....mau macam nk meletop aku pagi tu...dah la en TUNANG dah balik umah...nak tukar tiket kena pegi pejabat pengurusan DELIMA tu kat Malim...pergh..

jadinya disebabkan aku tak nak bayar tiket yang lain aku pun amik EL dan pegi opis dia nk tukar tiket..seb baik urusan tukar tiket ni senang sebab aku kan REGULAR CUSTOMER...terima kasih Mr Peter sebab selesaikan masalah saya tanpa perlu bertegang urat..so lain kali jangan beli tiket kat kerani tu....peringatan untuk aku

aku dan en TUNANG memang selalu semak tiket pas aku beli tapi ari tu sebab kami berdua dah lambat dan tergesa2 pas beli aku tunjuk dan terus simpan tanoe sedar tiket tu salah tarikh....benda bila nak jadi ni memang lah nampak sangat kebodohan aku...


Thursday, May 22, 2014

Sakit Kepala


salam...korang dah makan tengahari ke??aku baru jea makan tapi elok jea pas makan aku diserang sakit kepala A.K.A MIGRAIN yang amat sangat....dah lama tak kena sakit kepala ni tetiba ni kena pulak...adoiiiii......rasa cam nak tutup mata kejap...tapi tak boleh pulak....menahanlah sampai petang jawabnya..


Salam Pagi Khamis


salam semua....aku tak ada cite sejak kebelakangan ni...tapi disebabkan tak mau blog ni diserang labah2 dan bersawang aku buatlah apa2 aje cite...mengarut atau tak belakang kiralah...apa2 pun ALHAMDULILLAH sebab semalam en TUNANG bgtau ada dapat job kat KRUBONG ngan kat PERINGGIT...terima kasih YA ALLAH...berikan kami rezeki...nanti aku upload citenya yea...itupun kalau en TUNANG tak lupa nak snap gambar la...

jika ada yang nak SERVIS AIRCOND dan anda tinggal di MELAKA boleh aje hubungi no di bawah...atau jikan anda nak pasang AIRCOND atau nak alihkan AIRCOND sedia ada ke tempat lain pun boleh jugak hubungi yea.....

SYAHRIZAL
017-657 5144

Wednesday, May 21, 2014

Masalah Tentang Aircond

selamat petang sume...dah pepetang baru nak wat cite...lantak la kan..janji hada cite...agak lama aku mendiam cerita pasal serbis ekon ni bukannya apa...cumanya en TUNANG terlupa nak amek gambar di setiap umah yang dah diserbis...jadi aku tak dapat wat acknowledge untuk pelanggan yang dah call kami...maaf yea tuan2 dan puan2...

oklah ari ni wat cite pasal masalah yang sering dihadapi korang bila ada ekon ni...dan jangan lupa yea...bila masalah ni jadi call la kami...kami ni berkhidmat 7 hari seminggu...nanti aku bagi nombornya...
 
masalah aircond yang sering berlaku :
 
- aircond bocor / tersumbat
- aircond tak sejuk/kurang sejuk
-filter berhabuk nak bukak tak tau
-pemasangan set aircond yang baru atau secondhand
-bukak dan pasang aircond
-compressor breakdown
-kitaran tidak betul
-aircond keluarkan bunyi bising sampai setaman boleh dengar
-bila on aircond trip. bergelap serumah
-ada masalah tentang aircond tapi tak tau apa masalah sebenar
 
anda semua boleh membuat
panggilan atau whatsapp/wechat
017-657 5144 (Syahrizal)

Tuesday, May 20, 2014

Inilah Harinya...Alhamdulillah


hari ini 20 Mei 2014...setahun yang lepas pada 20 Mei 2013 kami berkenalan,berkasih sayang dan hari ini genap setahun kami bersama-sama.Alhamdulillah walau tanpa dugaan yang besar kami berdua mampu mengharunginya bersama...bagi aku dialah lelaki yang menyayangi dan mencintai aku sepenuh jiwa raga dia..setelah gagal bercinta beberapa kali inilah lelaki yang tiada tandingannya..dia memang tak punya kekayaan tapi kasih sayang dia untuk aku sangat mewah...jiwa diletak berpuluh lelaki kacak,kaya dan berpendidikan tapi tak kan sama dengan dia..Syah Rizal Ibrahim...bakal IMAM,bakal KETUA dan segalanya hanyalah untuk dia...IN SHA ALLAH kami akan panjangkan kasih sayang ini hingga akhirnya...



B...Ayg sayang b sangat2...terima kasih sebab sayang ayg....ayg harap kasih sayang kita kekal hingga ke syurga...Happy Anniversary yang Pertama untuk kita


Monday, May 19, 2014

Terima Kasih Kepada Semua

setelah sebulan kami bertunang dan genap juga sebulan kami memulakan perniagaan sendiri...kami dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menghubungi kami untuk servis aircond di rumah anda..dan kami harap jangan serik untuk menghubungi kami..sekiranya tuan/puan menghadapi masalah berbangkit tentang aircond tuan/puan yang telah kami servis sila hubungi no tertera di bawah yea....bagi yang belum menghubungi kami jangan lupa untuk hubungi kami...dijamin puas hati..kami sentiasa dekat dengan anda.....


SYAHRIZAL IBRAHIM
017-657 5144

Setelah Sebulan


selamat tengahari..dah makan ke??aku makan bihun goreng ngan sambal sotong ari ni...ari ni dah genap sebulan aku bergelar tunang kepada SYAH RIZAL....hanya tuhan yang tahu betapa gembira dan alhamdulillah kami bahagia...dan berSYUKUR jugak sebab belum lagi terkena badi bergaduh2 semasa bertunang...aku harap takdelah hendaknya masalah yang sebegitu...tak lama lagi akan bergelar ISTERI kepada lelaki yang amat menyayangi aku...moga2 dipermudahkan urusan kami berdua..tengah bergiat nak kumpul duit nak menikah ni..harap2 rezeki kami ada dan urusan mencari REZEKI juga dimudahkan hendaknya....harap kawan2 jugak mendoakan yang sama untuk kami BERDUA yea....

Saturday, May 17, 2014

Servis Aircond di Batu Berendam,Melaka

sambungan kisah meniaga kami berdua...seperti yang sume maklum (mcm ada yang tau pulak yea) en TUNANG dah tak nak keje ngan MAJIKAN...berhajat nak meniaga sendiri..fulltime wat servis ekon la..so aku ni menyokong dari belakang...alhamdulillah selepas beberapa iklan dan pernyataan di ruang internet adalah rezeki kami berdua (walau kami berdua pernah ditipu,tapi berkat sabar)..dapatlah en TUNANG wat keje di Taman Mas Merah,Batu Berendam..hamba Allah ni tepon en TUNANG dan katanya dapat nombor di INTERNET (hebat jugak kalau promosi di internet ni yea?)jadi hari tu pergilah ke sana membuat khidmat...









kami dapat servis 2 buah ekon di sini dan mudah-mudahan akan ada lagi rezeki kami..bagi yang ingin dapatkan khidmat kami...jangan lupa hubungi nombor di bawah

SYAHRIZAL IBRAHIM
017-657 5144

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...