Pages

Friday, August 30, 2013

::28 Ogos 1979::

sepertimana yang diketahui Ogos adalah bulan yang paling aku nantikan sebabnya banyak yang menarik berlaku..antaranya ialah ulang tahun kelahiran aku dan disambut bersama dgn almarhumah bonda tercinta..kami menyambut pada hari yang sama...sedihnya tapi selepas tujuh tahun aku belajar menyambutnya tanpa bonda...kali ni sambutan untuk aku biasa aje...tp berbeza sikit sebab si dia call pagi2 utk wish pd aku...bukanlah sweet sangat untuk korang tapi sangat manis untuk aku...



aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua yang masih mengingati hari lahir aku..yang memberi ucapan...doa...harapan....semoga kita semua mendapat keberkatannya...terima kasih jugak sebab sudi bersama2 aku pada saat semua orang menuding jari pada aku....aku hargai kesetiaan kalian...dan yang penting AKU SAYANG KALIAN.....yang pentingnya.....nombor aku tahun ini cantik sangat tapi belum cukup cantik untuk aku tamatkan status aku...aku tau korang berdoa supaya aku cepat2 kawen tapi bersabarlah....aku juga seperti kamu cuma masa belum mengizinkan..in sha allah kalau punya rezeki akan aku tamatkan segala2nya....

SELAMAT HARI LAHIR KE 34 UNTUK KAMU 
SITI ZURAIDA RAJAB 

 

::Salam Merdeka::

 

as everybody tau esok adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun..bermakna dah 56 tahun jgk kita tidak dijajah secara fizikal tapi penjajahan alaf baru ni lebih memberi kita semua kekuatan untuk terus melawan dan membebaskan diri...

di kesempatan ini aku ucapkan Selamat hari Merdeka kepada semua...

::Kelebihan Senyum::




Ari ni aku tak nak cite pasal aku tapi nak cite apa yang aku baca...manfaat kalau kita senyum...benda yang paling murah atau tak kena bayar adalah senyum tapi amat jarang kita senyum kan..aku pun macam tu jgk..kengkadang malas sangat nak senyum...boleh camtu???Nah baca manfaat kalau kita senyum......pas baca nanti moh kita senyum geghamai..tapi jgn plak ko senyum sensorang..maunya ko dikata gila plak


Senyuman itu berjangkit Akibat aktiviti otak yang kompleks yang berlaku apabila anda melihat seseorang tersenyum, senyuman itu boleh berjangkit. Kajian mendapati bahawa dengan melihat seseorang tersenyum akan mengaktifkan kawasan otak yang mengawal pergerakan muka sehingga membawa kepada senyuman.

Senyuman mengurangkan tekanan
Memang tidak mudah untuk tersenyum dalam keadaan tertekan, tetapi dengan tersenyum akan mengurangkan tekanan yang di hadapi. Caranya, apabila anda tertekan, cuba ambil masa 10 minit untuk melihat sesuatu yang membuatkan anda gembira. Mungkin gambar, video atau apa-apa sahaja. Pasti tekanan yang dirasai akan berkurangan.

Senyuman menguatkan sistem imun anda
Dengan tersenyum, sistem imun anda akan bertambah kuat dengan membuatkan badan anda menghasilkan sel -sel darah putih unutk mebantu anda melawan penyakit. Kajian menunjukkan seorang kanak – kanak yang kerap di kunjungi oleh pelawat yang membuatkan dia tersenyum mempunyai sel darah putih yang lebih tinggi daripada kanak – kanak yang tidak di lawati.

Solekan tampak indah
Senyuman merupakan solekan paling cantik. Cukup dengan bersolek nipis sahaja ke pejabat. Senyum lah dengan ikhlas anda pasti nampak lebih menarik.

Senyuman membahagiakan orang lain
Jika seseorang yang anda tidak kenali tersenyum kepada anda dan anda membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung akan terbit rasa bahagia pada orang itu.

::Banyakkan Berdoa::

Photo

Tuesday, August 27, 2013

::Keajaiban Serai Untuk Kita::

 
Korang kenal ngan pic kat atas tu kan???Kalau sesape tak tau mmg kena hempuk ngan lesung batu la jawabnya...Serai selalu di gunakan dalam masakan dan jugak dalam pembuatan minyak wangi (mesti korang baru tau kan???)...tapi kalau korang nak tauserai ada banyak manfaat untuk kesihatan kita? Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. Tips cantik tanpa perlu berbelanja mewah.....


Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ejen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

::Makanan Yang Selalu Makan Tapi Tetiba Jadi Tak Halal::

Selamat pagi kengkawan...ari ni aku nak cite pasal barang2 makanan yang mungkin kita makan seharian tapi sebenarnya diragui kehalalannya...aku tak tau lah betul atau tak sebab aku pun dapat info ni dari kengkawan..tapi korang boleh semak statusnya kat pihak yang berkaitan..aku cuma menyampaikan aje...aku sendiri pun ragu2 jugak....tapi ini tanggungjawab sosial kot...hehehehehehe...meh kita semak apa barangnya

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:
 
-minyak masak lam soon (cap helang & buruh)
-Ubat pearl cream arche (thailand)
-Ajinomoto (thailand)
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand
-Sabun FAB berbuku
-Labok jeruk
-Mee & kueteow basah buatan cina
-Krim muka hazeline show
-semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina
-Daging burger import
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina
-Kasut bola jenis gold cup
-Berus gigi jenis reach
-Mee kering (sanggol)
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
-Have pearl cream
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald
-beehon segera siam
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:

 
-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum
-Sugus strawberry
-Passer doily mixture
-Trebo mint chewing gum / peppermint
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght
-black current jelly
-Royal gulaman & decarl oranges
-Valvis gelatin
-Sarung kapsul ubat
-Ais krim dalam bekas plastik
-Gula gula fruities
-Cake met- vilber funch
-Coklat cake
-Tepung kastard lady's choice
-Semua jenis jelly dan gincu bibir
-Keseluruhan jenis sheisedo
-Lady's choice jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL:

 
-Barangan avon keseluruhannya
-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
-Minyak rambut brylcream (hijau)
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin
-Seluruh ubat batuk jenis sirap
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi
-pringles potato chips

*kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas,pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA

Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan.

Dr safurah hj jaafar:
Principal assistant directory ministry of health, malaysia
Tel 03-2540088

Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)

*E100*E110*E120*E140*E141*E153*E210*E213*E214*E216*E234*E252*E270*E280*E325*E326
*E327*E334*E335*E336*E337*E422*E430*E431*E432*E433*E434*E435*E436*E440*E470*E471
*E472*E473*E474*E475*E476*E477*E478*E140*E481*E482*E483*E491*E492*E493*E494*E495
*E542*E570*E572*E631*E635*E904


*babi sudah jelas haramnya . Risalah ini diedarkan oleh dr. Rasheed Mos,Universiti Malaya,persatuan pengguna malaysia, majlis agama islam malaysia,jabatan kastam malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa utm,uum,usm,uia,um,ukm & Cap.


p/s:aku tak suh korang percaya tapi boleh lah buat semakan kalau ragu2...sekian

Monday, August 26, 2013

::Kisah Jumaat Lepas::

selamat pagi...kisah ari ni dah basi tapi nak cite jgk...jumaat lepas aku cuti sebab nak selesaikan beberapa urusan tertunggak so aku amik kesempatan untuk belanja budak ni makan sempena bestday dia 20 Ogos lepas...kitaorang makan kat Kenny Rogers Jusco Ayer Keroh tanpa si dia sebabnya kerja...so layan gambar yang tak seberapa yea...

 

inilah budaknya yang baru bangun dari tido...aku kejutkan suh hantar amik dan hantar aku buat urusan dan sebagai upah belanja makan...

 

ini menu kami untuk hari tu...entah apa nama menu tu aku pun lupa la... berpusing jugak tangan anak buah aku nak makan ayam ngan pisau..penyudahnya tangan jugak yang best


 

seronok bila budak ni leh gembira..semasa aku jatuh dulu dia pun kena tempias jugak sebab aku penyumbang utama dana semasa dia belajar..tapi sekarang aku mampu begi dia ketawa semula....

 

Thursday, August 22, 2013

::Jangan Mencela Makanan::

 

kadang kala kita selalu lupa tapi ini aku ingatkan diri aku  jugak...jangan sesekali mencela makanan...kta selalu komplen bila makanan yang kita beli tu tak sedap..pastu marah tukang masak tu...tapi kita lupa yang banyak orang tak dapat makan...bagi aku senang aje...kalau sedap makan banyak kalau tak sedap makan sekadar merasa jek..jangan nak dimaki2 makanan tu..buatnya tukang masak dia ada mau tak kecik hati dia...cer ko bayangkan kalau makanan yang korang cela tu di masak oleh adik beradik korang...apa dorang rasa???fikir2kan....

::Kisah Tragedi Genting,Part II::

selepas kisah kemalangan semalam aku terbaca kisah ini plak...

 

5 Kemalangan Besar Yang Melibatkan Bas Di Malaysia........bukan tidak ada kemalangan yang berlaku sepanjang masa tapi apabila melibatkan kehilangan nyawa yang ramai...tentunya menimbulkan pelbagai persoalan...tak selamat ke jalanraya yang menuju ke Genting tu...sebab ada banyak jugak kemalangan yang berlaku samada kemalangan motorsikal,kereta mahupun bas persiaran..samada yang dilaporkan secara besar-besaran atau yang tidak diketahui berlaku...aku memang pernah ke sana menaiki kereta dan aku merasakan yang perlu ada inisiatif untuk mengubah kedudukan jalan yang teramat curam tu...kalau korang pernah ke sana korang blh tau macamana curamnya jalan tu....turun tegak 90 darjah..mengerikan....aku rasa dah sampai masanya pihak yang berkaitan buat sesuatu kepada jalan tersebut...

::Kisah Tragedi Genting::

Salam dan selamat pagi kengkawan..pepagi ni aku mulakan bicara ngan cite sedih...semalam Malaysia dikejutkan ngan berita kemalangan ngeri kat Jalan Genting Highlang-Karak...tempat yang memang kerap berlaku kemalangan..boleh dikatakan setiap 2 tahun mesti ada kemalangan negeri kat situ..kalau nak lebih spesifik jalan tu sebenarnya yang dekat ngan Tokong Chin Swee ke apa namanya...jalan tu mmg sgt curam...memang kena hati2 kalau nak memandu ke Genting ni...

Salam takziah aku ucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut...kita semua tak menduga apa2 kejadian yang akan datang pada kita...apa yang boleh kita buat adalah tawakal sahaja...meh aku kongsi sikit pic yang aku dapat dari SINI atau korang leh nengok dalam mana2 akhbar baik yang online atau offline...dan operasi menyelamat mangsa dihentikan jama 8 malam tadi selepas kesemua mangsa ditemui..setau aku 37 orang maut manakala 16 orang lagi ada yang kritikal dan cedera ringan...

pesanan dari aku semasa memandu tu INGATLAH YANG TERSAYANG

Four passengers have been rescued as search continues for other survivors of a bus crash near the Genting Highland resort in Pahang. (Malaysian Insider Photo) 

Malaysian emergency services personnel work to rescue passengers after a bus carrying tourists and local residents fell into a ravine near the Genting Highlands, about an hour's drive from Kuala Lumpur on August 21, 2013. At least 37 people are confirmed dead 

Tragedy in Genting Highlands







Tragedy in Genting Highlands 



Wednesday, August 21, 2013

::Masalah Keputihan-Mitos Atau Realiti::


seksi kan gambar yang aku kidnap dari Yahoo ni...ini bukan cite 18SX ok...tapi cite tentang KEPUTIHAN....seringkali aku terbaca pasal keputihan yang disebabkan makan buah2an anatarnya nenas dan timun...pas dah baca aku pun akurlah yang buah2 tu tak boleh makan oleh kaum wanita...gerun bila baca kalau keputihan melampau boleh menyebabkan kanser..so pagi tadi terbaca kat sini pasal makan nenas dan timun..rupanya2 ianya adalah mitos semata2...cehhh wat susah hati aku jerk...meh aku cite sikit...

Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Andalas Padang, Dr. Yusrawati yang juga Pakar Sakit Puan, secara tegas menolak mitos itu.  Menurut beliau, tiada sebarang buah-buahan yang menyebabkan keputihan.  Semua buah-buahan berfungsi menjaga kesihatan tubuh, termasuk kesihatan organ intim wanita, jantung dan kulit.

Bahkan tegas beliau, buah-buahan termasuk nanas mahu pun pisang perlu dimakan agar tubuh dapat menahan kulat atau keputihan. "Sebaliknya, kurang makan buah-buahan boleh menimbulkan keputihan. Sebabnya, daya tahan tubuh akan merosot sekali gus memudahkan kulat tumbuh," jelas doktor pakar obstetrik dan ginekologi itu.

Justeru, Dr. Yusrawati mengesyorkan agar setiap wanita mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.  Katanya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mencukupi. Namun oleh kerana nanas bersifat asid, beliau menasihatkan agar memastikan perut selesa untuk menerimanya. Silap-silap perut akan memulas.

"Tiada hubungan antara makan nanas dengan keputihan," tegas doktor yang berlatar belakang pendidikan di Fakulti Perubatan Universiti Andalas dan Universiti Indonesia itu. 

 Jadi kengkawan jangan lah tak nak makan buah-buahan sebab banyak khasiatnya..tapi tetap kena beringat..takkan disebabkan banyak kelebihan terus hadap buah jea 24jam...beringat yek...


::Raya Di Tempat Baru::

hi uolllsss.dah beberapa hari tak menulis kan....bukan sibuk tp takada cite and pic utk dituliskan...tapi ari ni tetiba terbuka hati sebab ada lah sedikit bingkisan utk diceritakan...tapi picnya amat terhad sebab lupa nak bergambar

1.AIMS Open House di KL Convention Centre

makan2 ini diadakan pada Isnin aritu...pertama kali dalam sejarah aku bekerja bila ada jamuan raya dah tentu kena bertugas kan tapi tidak pada kali ni...kami cuma datang makan dan makan dan makan sehingga majlis tamat...majlis bermula jam 4 ptg hingga 9 malam...jadi aku dah plan kosongkan perut utk melantak makanan kat open opis tu...ada macam2 makanan dan minuman...serah perut dan tekak jea untuk melantak.Antara yang menarik dah tentu Kambing Golek,...aku plak cuma makan nasi beriani,sate,kebab,kambing dan asam laksa...kesemua tu aku amik dalam portion yang amat sikit...tapi foto aku non ada yer....minggu ni kurang semangat nak berfoto...

Photo: Hari Raya Treats 

Photo


2.Breakfast for Aidilfitri

makan2 di dibuat ari ni kat opis aku di Tingkat 18 ni....di sebabkan orang Melayu kat sini dah ramai so kitaorang plan tk wat potluck bagi majlis ni...macam2 jenis makanan ada..dari nasi himpit,sambal kacang,sambal ikan bilis,laksa sarawak,kari kambing,buah2,kek,puding dan tak ketinggalan biskut raya of course....

Photo: Jamuan raya di opis plak

Photo 

Photo

Photo 

ini suasana kat opis aku pagi tadi...judging by the picture ko blh tau brp kerat aje kami yang MUslim tapi kemeriahannya tetap ada...makan untuk breakfast dan lunch ditanggung sepenuhnya...hahahahahaha...habis lah bentuk badan aku...mau en abang tegur aku esok ni...

Thursday, August 15, 2013

::Kenangan Beraya 2013,Untuk Tatapan Yang Jauh::

 

selepas raya yang ke8 barulah aku update cite tentang hari raya aku tahun ni...seperti yang korang leh nampak kat foto atas tu warna tema kami tahun ini ialah biru...dan secara kebetulan mmg kena plak dgn lansir kami dan suasana kami di rumah kesayangan kami ni...alhamdulillah tahun ni kesemua adik beradik dapat berkumpul kat umah arwah mak dan ayah....rasa seronok sangat tahun ni...


 

ini kami secara freestyle...anak2 buah yang tersangat sporting dan ceria walau pun masing2 dah besar panjang tapi masih mampu mengikut tema yang diberikan...tahniah kepada korang..i love u all...ok lah..moh kita bercerita tentang setiap foto kenangan tahun ni...
 

ini adalah aku...disebabkan masih belum menukar status berkeluarga aku tetap dikelilingi anak2 buah yang ramai ini...merekalah sumber kekuatan aku...seronok kalau si dia datang awal...mesti ada foto aku berdua...takpelah..tahun depan kan masih ada...hehehehehehe

 

ini pulak keluarga kecil adik aku...masih tak bertambah ahli keluarga..sama seperti 4 tahun yang lepas...bezanya anak mereka dah bertambah usia...
 
 

ini pulak keluarga abang aku yang nombor dua..abang aku ni jarang2 balik beraya sebab terpaksa menggunakan sistem giliran...dan secara kebetulan akk aku ni balik dari Riyadh tuk cuti raya...maka tambah happeninglah keluarga kami....anak2 mereka pun dah besar..sampai dah boleh kawenlah tapi belum yek..sebab masing2 masih sekolah lagik...
 
 


ini plak foto keluarga besar abang aku yang sulung...abg aku ni dah ada 2 cucu dan masih punya anak2 yang masih belum berkawin...apa2 pun mereka tetap keluarga yang tersangat happy...

gambar2 ini diambil pada raya kedua sebelum kami pulang ke Muar tuk beraya..dan menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0...terang kan gambarnya...mcm pkai DSLR plak...heheheheheh..kepada anda yang jauh...foto ditujukan khas untuk anda untuk mengenal susur galur keluarga kita....


::Tips Keringkan Telefon::

selamat pagi dan selamat aghi ghaye jgk..pepagi ni tetiba nak wat cite tentang menyelamatkan telefon bimbit korang sekiranya sebarang insiden seperti terjatuh dalam air atau lebih malang masuk dalam kuah..dah ari raya kan..mne la tau kot2 ada insiden mcm tu..meh sini aku bgtau sket..aku ni kengkadang baik jgk kan...hehehehehe

1. Jangan panik - kalau korang tengok telefon korang dah ada dalam mangkuk tandas, jangan ler menjerit,nangis atau berada dalam keadaan histeria! atau panik attack...


2. Ambil telefon korang SEKARANG - lagi lama korang biarkan fon tu dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon tu. Sbb beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.

3. Jangan tekan sebarang butang - dalam keadaan panik, aku tau korang risau telefon tidak berfungsi, korang terus tekan butang yang ada terutama butang 'shut down' sbb korang nak nengok berfungsi lagi ke tak fon korang tu..sbb aku pun prnh buat jgk...tapi aku nasihatkan jangan buat lagik sbb sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.

4. Keringkan bahagian luar telefon dulu - pastu korang amiklah  tuala ke  tisu ke bebanyak atau baju korang pun boleh tapi tanggalkankanlah. atau apa aje yang boleh digunakan untuk keringkan telefon korang secepat mungkin. Lap keseluruhan kerangka luar telefon.

5. Keluarkan komponen dalaman - pas dah lap yang luar bukak plak bahagian belakang telefon (kalau  ada ler). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika korang tak pat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga-tiganya.

6. Goncangkan telefon - kalaupun korang dah lap luar ngan dalam fon tapi masih ada lagi air ddk dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon korang dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.

7. Gunakan beras - sekarang, korang dah keringkan luar dalam fon now masa tuk keringkan bahagian yang tersembunyik...macam lemak aku ni...cara terbaik melakukannnya adalah dengan menggunakan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau korang nak tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau korang tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu pakai beras. beras ni kompom ada kat umah setiap dari kita kan...Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, korang hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!
 
ini lah 'Bean bag' tu
8. Tunggu dan tunggu - pastu takde lagi yang korang boleh buat melainkan menunggu....cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama korang tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon korang selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. tapi lebih bagus kalau korang offline dalam 48 atau 72 jam, lebih bagus.

ini ajelah yang aku boleh tolong korang dan aku sendiri..at least kita boleh wat kaedah penyelamatan awal utk telefon kita..sekian.mesej ini dibawakan oleh amieda-luv.blogspot.com.my..hahahahahha..dah macam iklan tv plak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...