Pages

Monday, August 5, 2013

::Susu Tercemar::

salam and selamat pagi..pagi tetibe nak jadi baik plak...sebab aku nak cite pasala tajuk kat atas tu...susu tercemar..semalam dah keluar kat berita yang ada sesetangah susu di bawah jenama DANONE DUMEX tercemar...meh baca berita ni...


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone
Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore
dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji
dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat
terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk
mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami,"
kata kenyataan itu. 

Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ''whey protein concentrate'' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari
dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman
sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke
beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang
dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex
mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.


Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch:
04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1,
04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2,
05223B1, 05223B2 dan 05233B1; 
 
Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch:
06103T1, 06213B1, 06213B2,06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; 

Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch:
06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan 
 
Bebelac Step 2 dengan nombor batch:
05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.
Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu
menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah
berjaga-jaga," kata kenyataan itu. 

Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

jadi sesape yang bagi anak2 dia minum susu ni silalah bertukar ke jenama yang lain bagi mengelakkan maslaah kesihatan kepada anak2 korang...
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...