Pages

Thursday, August 15, 2013

::Tips Keringkan Telefon::

selamat pagi dan selamat aghi ghaye jgk..pepagi ni tetiba nak wat cite tentang menyelamatkan telefon bimbit korang sekiranya sebarang insiden seperti terjatuh dalam air atau lebih malang masuk dalam kuah..dah ari raya kan..mne la tau kot2 ada insiden mcm tu..meh sini aku bgtau sket..aku ni kengkadang baik jgk kan...hehehehehe

1. Jangan panik - kalau korang tengok telefon korang dah ada dalam mangkuk tandas, jangan ler menjerit,nangis atau berada dalam keadaan histeria! atau panik attack...


2. Ambil telefon korang SEKARANG - lagi lama korang biarkan fon tu dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon tu. Sbb beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.

3. Jangan tekan sebarang butang - dalam keadaan panik, aku tau korang risau telefon tidak berfungsi, korang terus tekan butang yang ada terutama butang 'shut down' sbb korang nak nengok berfungsi lagi ke tak fon korang tu..sbb aku pun prnh buat jgk...tapi aku nasihatkan jangan buat lagik sbb sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.

4. Keringkan bahagian luar telefon dulu - pastu korang amiklah  tuala ke  tisu ke bebanyak atau baju korang pun boleh tapi tanggalkankanlah. atau apa aje yang boleh digunakan untuk keringkan telefon korang secepat mungkin. Lap keseluruhan kerangka luar telefon.

5. Keluarkan komponen dalaman - pas dah lap yang luar bukak plak bahagian belakang telefon (kalau  ada ler). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika korang tak pat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga-tiganya.

6. Goncangkan telefon - kalaupun korang dah lap luar ngan dalam fon tapi masih ada lagi air ddk dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon korang dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.

7. Gunakan beras - sekarang, korang dah keringkan luar dalam fon now masa tuk keringkan bahagian yang tersembunyik...macam lemak aku ni...cara terbaik melakukannnya adalah dengan menggunakan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau korang nak tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau korang tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu pakai beras. beras ni kompom ada kat umah setiap dari kita kan...Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, korang hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!
 
ini lah 'Bean bag' tu
8. Tunggu dan tunggu - pastu takde lagi yang korang boleh buat melainkan menunggu....cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama korang tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon korang selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. tapi lebih bagus kalau korang offline dalam 48 atau 72 jam, lebih bagus.

ini ajelah yang aku boleh tolong korang dan aku sendiri..at least kita boleh wat kaedah penyelamatan awal utk telefon kita..sekian.mesej ini dibawakan oleh amieda-luv.blogspot.com.my..hahahahahha..dah macam iklan tv plak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...