tetiba jea aku nak buat entri ni sebab terfikir masih adakah yang akan berbalah tentang nak balik beraya ke mana tahun ni???adakah rumah sendiri atau rumah mertua???adakah korang akan bergaduh atau bertoleransi atau guna kaedah undian???dah banyak yang aku dengar kisah suami isteri bergaduh pasal nak balik beraya ni...pepandailah korang yek....
<<aku amik contoh adik aku la...tahun ni dia terpaksa pulang awal ke kampung sebab aku tak dapat cuti awal...so dia tak beraya bersama mertua kali ni walaupun dia sebenarnya tetap balik Melaka tengahari raya pertama...
<<kalau anak buah aku plak mmg tak tentu sebab bergantung pada asben dialah...tapi selalunya dia akan sampai awal2 pagi di Hari Raya tu...
<<kalau abang aku yang sulung mmg tentunya balik ke Melaka sebab keluar mertua abang aku dah tak ada lagi..so akak aku mmg bersedia balik ke Melaka walau mak ayah kitaorang dah takde lagi...
<<abang aku yang kedua plak...susah nak ditentukan jadualnya..tapi raya kali ni mereka sekeluarga balik ke Melaka sebab akk aku yang keje kat Tanah Arab tu balik beraya...
<<aku????dah semestinya balik ke Melaka seperti setiap minggu yang aku buat....dan aku semestinya yang paling happy sebab akhirnya sume orang dapat berkumpul di rumah arwah mak dan ayah selepas beberapa tahun gagal berkumpul...
mesti lenguh adik aku nak masak kan???sebab selalunya aku dan akak aku yang berhempas pulas tapi kali ni dia yang terpaksa memikul amanat resepi arwah mak...hehehehehe...pendek kata aku gantung senduk tahun ni....
No comments:
Post a Comment