entri kedua aku ari ni....mood aku bekerja utk dua tiga hari ni mmg tak kan ada sebab hati aku dah menggila nak balik ke kampung...dan ditambah dengan bos yang tiada dan tiada kerja bertimbun makanya aku semakin boring + tiada mood...di tambah plak ari ni isnin....adui menjawablah ko....kat opis ni masih penuh orang kerana hampir 70% staf kat sini adalah Cina so opis kompomlah penuh....tapi mula esok sorang demi seorang yang nak beraya ni mula bercuti...
kali pertama sepanjang 7 tahun aku bekerja aku kena balik ke kampung tuk menyambut Syawal....Syawal kali ni berbeza sikit berbanding yang lepas2...banyak yang berubah dalam hidup aku sekarang....aku sedang berusaha bangkit dan akan terus bangkit jadi semestinya aku akan beraya seperti orang baru mula mendapat kerja...kosong tiada apa2....tapi alhamdulillah...aku punya keluarga dan sidia....walau kehilangan harta akibat kebodohan tapi aku masih bersyukur kerana mereka yang masih bersama aku saat aku jatuh terhempas....AKU SAYANG MEREKA.....terima kasih kerana masih setia bersama aku...aku sayang kamu...hehehehehehehe
nanti kalau ada kesempatan aku akan cite shopping di sabtu dan ahad lepas....nak tengok hasil tangkapan aku...sepanjang dua hari bershopping....tunggu!!!!!!!
No comments:
Post a Comment