salam dan selamat pagi...dalam tak diam hari ni adalah jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan...dari pagi tadi aku nengok kengkawan aku ni cite pasal Jumaat akhir di Ramadhan...tapi aku nak ubah cite sket lah...cite mengenai makbulnya doa kita kalau kita berdoa pd waktu yang disebut ini...
“Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan.”
Lalu beliau memberi isyarat
dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata padanya, “Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?” Lalu Abu Burdah mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.’”
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam
As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika
solat didirikan.
ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin ‘Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, “Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah ‘asar
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim
rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, “ini adalah pendapat yang
dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis
mengenainya.”
berdoalah banyak pada hari ini...in sha allah mustajab
No comments:
Post a Comment