Pages

Wednesday, February 26, 2014

10 Jenis Buah Paling Banyak Khasiat

salam dan selamat pagi.amat jarang aku buat cite ilmiah pepagi ni.tapi disebabkan pagi tadi terbaca di wall FB seorang sahabat tentang kebaikan 10 jenis buah.teetiba teringat yang aku amat jarang makan buah.hanya ada sesetengah jenis buah aje yang akan masuk ke tekak aku.yang lain tu memang sangat payah.tanpa membuang masa kita tengok apa jenis buah yang paling banyak khasiatnya.dan selepas ni kita kena makan lebih banyak buah-buahan yea(pesanan untuk diri sendiri jugak).tak perlulah aku nak letak gambar buah-buahan tu yea...tak kan pulak korang tak kenal kan???

1. Buah-Buahan Citrus
Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan yang lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.
  • Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
  • Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
  • Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.
2. Buah Epal
Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah epal membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.

3. Buah Kiwi
Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.
 
4.Buah Pisang 
Buah pisang adalah sumber kalium yang paling besar (kira-kira 400mg), ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.

5.Buah Ceri
Buah ceri sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

6.Buah Betik
Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.
  
7.Buah Tembikai 
Ia mengandungi vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

8.Buah Aprikot. Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.

9. Buah Anggur Merah. Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.
 
10. Buah Beri(Berries). Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...