Pages

Thursday, February 27, 2014

Mengantuk Yang Teramat


salam dan selamat pagi semua.mood aku sekarang ni mengantuk sebab takde keje yang menanti utk dibuat..salah aku jugak semua keje diabiskan satu ari..sudahnya ari ni menganga sambil menguap...disebabkan mengantuk makanya terhasillah tulisan yang mengarut yang takde beri kesan ilmiah...tapi disebabkan aku ni baik hati so aku bagilah tips untuk hilangkan mengantuk kat pejabat..manalah tau korang boleh cuba.aku pun nak cuba sekejap lagi

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan kita mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, contohnya cahaya semula jadi kat tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. So kalau rasa mengantuk, pergi ke tingkap atau pintu dan halakan padangan korang keluar sekejap.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi kalau tidak ada pilihan lain ini adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.So,pergi ke tandas sekarang cuci muka korang utuk hilngkan mengantuk.Hilang makeup takpe boleh touch up lagi.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, kita juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi kat pejabat. Letakkan wangian tersebut tu atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.Tapi jangan pulak korang bukak muzik sekuat hati pulak.Cukuplah telinga korang jea yg mendengar.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.Maksudnya...janganlah korang duduk diam kat kerusi tu selama 8jam korang bekerja.mau tak cramp kaki korang.Berjalanlah keliling pejabat tapi janganlah pulak menyinggah kat meja keje orang lain.

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat kita mempunyai taman semulajadi, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Kepada semua pekerja yang mempunyai rasa mengantuk yang amat dahsyat sekarang ni,korang boleh cubalah yang aku dah aku taipkan untuk korang semua.ini merupakan petua yang sangat 'cost effective' dalam membntu mengurangkan rasa mengantuk...


Kredit diberikan kepada:http://fuh.my/cara-hilangkan-mengantuk-dalam-kelas-mahupun-pejabat/ untuk tips tersebut


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...