Pages

Friday, February 14, 2014

Kisah Korea Semalam

agak lama aku tak bawak cite bergambar kan..so kali ni adalah cerita bergambar dari aku...ini kisah semalam masa kuar lunch...kali pertama aku dibelanja makan makanan Korea hokeyyyy...agak gayat jugak aku..tak tau camne nak makan..apa nak order...tapi kalau tak cuba kita tak tau apa rasa makanan tu kan..so aku pun p la ikut jea...since ada yg nk open table kan....meh nengok gambar yea...


aku makan kat restoran Korea yg memang menyajikan makanan korea haje...aku pun tak pandai nak sebut nama restoren ni...korang nengoklah buku menu dia ni..ada macam2 makanan korang boleh cuba...ikut macam dalam filem korea yg korang suka nengok tu...
 



restoren ni ada banyak branch tapi yg kitaorang pegi kat Menara hap Seng..jalan kaki aje dari pejabat aku....tapi kira berpeluh jugak lah..tp disebabkan perut lapar larat nak jalan


inilah yang belanja aku semalam...nama dia INTAN NUR SYAFIKA....kanak2 remaja lagik hokey...sebaya anak buah aku jea...


yg aku makan ni aku tak tau apa namanya...cuma yang pasti ada mee dan kuah sup yang pedas(ikut citarasa aku)...ada seewed,ada sosej,ada kimchi dll..dalam tray makanan ni jugak ada sayur bayam gore,ikan bilis goreng ngan kimchi sbg side dish...air pulak aku lupa nak amik gambar..aku minta honey lemon tea...sedap giler air tu..
 

utk beginner yg mcm aku ni makanan ni mmg menepati citerasa aku sebab aku boleh habiskan kesemuanya walaupun kali pertama makan makanan Korea...leh la aku cuba makanan korea kat Melaka nanti.....

2 comments:

azieazah said...

Next time cuba minta Bimbimbap pula. Kompom kenyang. Sebab sedap.

Saya tak berapa gemar kimchi.

siti zuraida Rajab said...

saya pun kurang gemar kimchi sbb mcm masam sikit..akk slalu makan kt restoren korea yg mne??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...