selamat pagi semua...ari ni tetiba nak menulis tentang kenderaan yang aku naiki setiap hari untuk ke pejabat iaitu GO KL..bas ni merupakan bas percuma yang disediakan oleh RapidKL untuk kemudahan warga kota yang bekerja di sekitar kawasan Segitiga Emas....sebenarnya inisiatif memberi perkhidmatan bas percuma ini bermula sejak Ogos 2012 lagi..dan inilah pemandu aku setiap hari di Kuala Lumpur ni...jimat belanja tau
bas GO KL ni ada dua route iaitu Purple Line dan Green Line...setiap route ini berbeza arah perjalanannya..macam aku naik route Purple Line iaitu dari Bus Stand Klang ke Changkat Raja Chulan..kalau nak ke KLCC naik yang Green Line depan Monorail Raja Chulan...kat bawah ni ada peta laluan bas GO KL..korang boleh tengok kat mana korang nak naik dan ke mana korang nak pegi.ihsan dari SINI..terima kasih tuan punya blog yea...korang boleh aje nak naik turun dari bas ni untuk ke mana aje selagi ada
dalam route yang dilalui..contohnya kalau korang dalam Purple Line
tetiba nak menukar laluan ke Green Line boleh aje turun di Pavilion, Hotel Prince atau di Ain Arabia (Bukit Bintang)...korang boleh baca aje kt peta laluan bawah ni untuk lagi kefahaman yea..hehehehehehe
No comments:
Post a Comment