Hari ni genap seminggu MH370 hilang.ke mana arah ianya pergi tiada siapa boleh menjawabnya.tiada jawapan bagaimana ianya boleh hilang..tiada jawapan bagaimana ianya tidak boleh dikesan radar..tiada jawapan untuk semua persoalan..sehingga pasukan pencarian tersebut menjumpai kotak hitam milik MH370 tu..sehingga itu semua persoalan itu akan dibiarkan berulang2..itu jawapan tepat bagi aku seorang manusia biasa yang tidak tahu langsung mengenai kapal terbang..dan bagi yang bertanya jugak kenalah bertolak ansur dengan pihak yang menjawab.sedangkan yang pakar pun tak dapat meneka ke mana hilangnya MH370 lagikan orang marhaen ni...memang betul setiap soalan perlu ada jawapan tapi ada kalanya setiap soalan yang dikeluarkan tidak ada jawapan logik sehingga ada bukti ternampak depan mata..
ini kat Fahrenheit 88 kat Bukit Bintang kot.dorang buat kad dan gantung dipokok di panggil Wall of Hope & Prayers MH370...
moga2 hari Jumaat ni akan memberikan sinar baru kepada pasukan SAR dalam menjejaki hilangnya MH370 ni...apa2 pun boleh berlaku asalkan kita percaya setiap apa yang terjadi ni dah tertulis di Luh Mahfuz..Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang diciptaNya...setiap apa yang jadi ada sebabnya...kita dah usaha dan kita juga dah tawakal maka Allah pasti akan memberi pada kita..In Sha Allah...
ini cuma pendapat aku orang marhaen..setiap dari kita kan boleh memberi apa jua pendapat tapi perlu dielakkan menulis sesuatu yang boleh menyebabkan orang marah,sedih dan lebih teruk menyebabkan kita diTANGKAP..tak salah memberi pendapat tapi kita kena tahu etika jugak..bukan boleh main hentam aje..Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment