salam dan selamat pagi semua..korang dah bersarapan ke?pagi ni aku cuma bersarapan ringkas jek..sebab dah memulakan sesuatu.disebabkan masih awal pagi so aku pun memulakan ayat kat entri ni.aku pun nak jadi seperti orang lain menulis mengenai kehilangan MH370 ni..dah macam trending skrg ni..baik kat facebook mahupun Twitter.hari ni dah masuk hari ketiga kehilangan kapal terbang milik Malaysia Airlines System atau MAS iaitu MH370.penerbangan sepatutnya sampai di China pada pukul 6 pagi hari Sabtu lepas..tetapi dilaporkan hilang dari radar jam 2 pagi hari yang sama.
kapal terbang yang canggih...juruterbang yang professional...bagaimana ianya boleh hilang??pakar penerbangan pun tak menemui sebarang jawapan utk pertanyaan ramai...bagaimana kapal terbang tersebut boleh tiba2 hilang dari radar sedangkan kata pakar setiap kapal terbang ada 3 cara untuk memberitahu menara kawalan udara sekiranya mereka mengalami masalah..tapi hanya mereka yang ada di dalam MH370 tau apa yang terjadi sebenarnya....dan kita lupa yang Allah berhak ke atas sesuatu milikNya...walau secanggih mana pun teknologi tak akan dapat lari dari ketentuanNya bila ayat KUN FAYAKUN di baca...hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu..
bagi ahli keluarga yang terlibat, dalam masa yang genting ni berdoa,berdoa dan berdoa adalah ubat paling mujarab..jangan pernah berpaling dari Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui..mungkin ada hikmah yang kita tak nampak..setiap kejadian yang berlaku itu ada penyebabnya..jangan pernah menyalahkan takdir atas sesuatu yang terjadi..kita cuma hambaNya..apalah daya kita melawan apa yang dah tertulis untuk kita..pandanglah semua ini sebagai ujian untuk mematangkan pemikiran kita sahaja...in sha allah semua akan kembali seperti biasa
bagi yang tidak terkesan dengan apa yang terjadi janganlah anda pulak menjadi "keyboard warrior"..berani menulis tanpa langsung memikirkan kesannya kepada ahli keluarga yang terbabit...jika anda tidak ada sesuatu yang baik dicakapkan lebih baik anda diam..kadang2 kita tak perasan apa yang kita tulis telah mengguris hati dan perasaan orang lain.jangan menulis sesuatu yang tak pasti kebenarannya seolah2 kitalah yang ada pada waktu tu..seolah2 kitalah penyelamat waktu tu..kalau betul korang berani..datanglah ke sidang akhbar yang dibuat setiap 2jam tu...cakap apa yang korang rasa...korang tak tau perasaan orang yang bekerja siang malam nak cari kat mana kapal terbang tu berada..yang korang tau hanya mengutuk, menunjukkan rasa tak puas hati dan rasa diri terlalu bagus berbanding orang lain..rasa diri tu tak pernah berdosa...kadang2 aku rasa mual jugak baca ayat2 mereka2 ni seolah2 lupa yang kita kena percaya pada Qada' dan Qadar..ingatlah yang Allah Maha Mengetahui..
No comments:
Post a Comment