ihsan pakcik google
kebelakangan ni aku sering mendengar keluh kesah sahabat2 yang bersedih kerana belum mendapat JODOH. ada yang cuma bertepuk di sebelah tangan.ada yang berkawan tapi tidak dirisik.dan pelbagai lagi perasaan mereka..sehingga ada yang difitnah melakukan dosa hanya kerana dia belum berkahwin..
sesungguhnya kawan2...JODOH ini rahsia ALLAH..jangan difikir apa kata manusia.bukan manusia yang menentukan keadaan kita setiap hari..setiap apa yang jadi pada kita ni ALLAH yang merancangnya..dah tentu ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.jangan ditanya kerja ALLAH..
kadang2 aku marah jugak pada mereka2 yang bertanya soalan2 "bila nak kawen", "kenapa tak nak kawen", "rugi tau kalau tak kawen awal ni", "janganlah memilih sangat" dan pelbagai jenis soalan..kenapa aku tau sbb dulu dulu aku pun pernah ditanya dengan soalan mcm ni..tapi selepas aku memberi jawapan yang mereka tak boleh nak soalkan lagi dan mereka senyap sehinggalah sekarang..
jadi kawan2 semua..jika belum tiba JODOH anda janganlah anda merasa terancam..merasa tertekan..merasa ketinggalan.kerana ALLAH punya perancangan yang baik untuk anda.janganlah sehingga anda mencari kepunyaan orang..bertepuk sebelah tangan...merana cinta tak kesampaian...
satu yang aku cukup ingat dari pesanan arwah MAK ialah carilah yang mencintai dan menyayangi kita sepenuh hati kerana bila dia cinta kita dia akan sentiasa cinta dan sayang pada kita...tak penting perasaan cinta kita kerana kalau hanya kita saje yang cinta dia akan jadi masalah lain nanti..maka kawan2 semua carilah yang mencintai kita...in sha allah akan bersama selamanya...
sambil2 tu rajin2lah baca doa macam kat atas tu..in sha allah tenang hidup kita..lagi satu jangan difikirkan apa yang orang nak cakap pasal kita..cuma cakap pada mereka jangan ditanya kerja ALLAH...dan cakap juga pada mereka yang kamu bahagia dengan apa yang ALLAH rancangkan dalam hidup kamu....in sha allah mereka akan diam..tapi kalau ada yang nak tau apa jawapan aku pd mereka yang bertanya bolehlah bertanya sebab amat bahaya aku keluarkan di entri ini...
No comments:
Post a Comment