seperti yang kita maklum yang sekarang ni dah ramai umat Islam berada di Makkah dalam peringkat melengkapkan rukun haji..dan salah satu impian jemaah haji tersebut adalah meninggal di Makkah atau Madinah..aku tau pun sebab aku bertanya dengan kebanyakkan mereka hajat mereka semasa di sana tapi aku tau yg ajal maut ni ketentuan Allah tapi andai dapat meninggal di sana mmg barkah..
dan dah beberapa hari ni aku ada baca berita kematian jemaah haji samada di Makkah atau Madinah..sedih atas kematian mereka tapi alhamdulillah kerana hajat mereka meninggal semasa mengerjakan haji dimakbulkan Allah swt...bukan mudah untuk meninggal di bumi barkah tu...al Fatihah kepada almarhum.....dan takziah kepada semua ahli keluarga..banyakkan bersabar kerana mereka telah bertemu penciptaNya...
moga aku dan ahli keluarga aku dapat mengerjakan haji atau umrah sebelum dipanggil penciptaNya...amiiiiinnnn.......