Salam..sejak kelmarin aku dengar isu pasal 20 sen ni...aku tak kata aku setuju tidak juga kata aku membangkang..walaupun kenaikan 20 sen itu tak berapa mengganggu aku kerana aku tidak memandu lagi tapi ia juga memberi kesan sebab tiket bas balik kampung akan naik lagi la...tapi kalau dilihat dari pelbagai sudut aku rasa korang boleh jadi rasional sebab kenapa kenaikan 20 itu berlaku...aku bukan pro kerajaan bukan juga anti kerajaan..tapi korang akan tau kalau korang rasional....mungkin ada seksa di situ tapi kalau tak sakit tak boleh berjaya kan???so pagi tadi aku bukak fb adalah seseorang share puisi kerana 20 sen ni...meh kita baca...pas baca ni korang duduk sekejap tengok sekeliling dan ucap SYUKUR banyak2...
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.

Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment