pagi ni aku nak buat status cite yang sentap sket...kisahnya bermula semlm apabila seorang kawan bagi aku idea tak masuk akal kerana alasannya aku ni masih pegang gelaran "CIK"....korang rasa aku tak perlu rasa kecik hati ke???kalaupun aku masih "CIK" adakah aku ni menyusahkan korang ke???aku minta makan pakai dengan ko ke???atau aku ni akan amik laki ko ke???adakah kerana aku masih "CIK", hidup aku tak bahagia seperti ko yang dah berkahwin dan punya anak tu??adakah bahagia itu diukur dengan hanya berkawen???aku tak nafikan yang rezeki itu lebih selepas bernikah...tapi kenapa perlu keluarkan statement yang mcm tu???akujuga tak menafikan yang bercinta lepas kawen lebih indah....
kebanyakkan orang akan kata perempuan yang belum kawen di saat usia 30an ni sebagai memilih...tapi bukan itu yang berlaku...korang tak duduk di sepatu aku...so korang jangan cakap jawapan mcm tu...korang tak tau apa yang berlaku pada seseorang tu sehingga dia masih membujang saat ni??korang tak tau masalah yang melanda perempuan itu...korang cuma melihat luaran sahaja yang menanggungnya adalah perempuan itu termasuklah aku....jangan sesekali memandang perempuan yang belum kawen itu sebagai memilih....
kadang2 aku terkesan dengan ayat kawan2 ni...aku tau korang susah hati dengan status aku sekarang ni tapi jgn bersikap menilai pada aku...jgn memandang aku tak bahagia hanya kerana aku tak kawen...jangan memandang rezeki aku tak bertambah hanya kerana aku tak kawen...jangan memandang dosa aku hanya kerana aku tak kawen...jangan menilai aku sebegitu....jangan mendesak aku untuk ubah status aku hanya kerana korang...aku bahagia sekarang walau tak kawen...
adakah korang bahagia sangat lepas kawen ni???adakah rezeki korang bertambah berkali ganda lepas kawen???adakah pahala korang bertambah lepas kawen ni???itu ayat jahat aku sebab aku sakit hati sangat dengan korang..kalau betul korang ni kawan aku korang tak kan cakap mcm tu pd aku...jangan risau sebab Allah lebih tau apa yang direncanakan untuk aku...korang duduk diam2 dan tengok aje perancangan Allah untuk aku....yang pastinya sekrang aku sedang BAHAGIA dan akan sentiasa BAHAGIA dengan izin Allah...si dia adalah pilihan aku yang Allah datangkan untuk aku selepas aku tiada apa2....in sha allah akan ada JODOH untuk kami..
No comments:
Post a Comment