apa ada dengan kampung pisang ni??selalu yang aku tau hanyalah dari filem2 arahan Mamat Khalid tu..contohnya Zombie Kampung Pisang..tapi apa yang aku baca ni mcm laen plak...sejujurnya aku sangka Kampung Pisang itu cuma rekaan Mamat Khalid saje tapi apabila baca akhbar pagi ni rupanya mmg ada Kampung Pisang ni...di Pulau Pinang rupanya..kena belajar geografi lagi aku ni....google MAPS kurang berfungsi pulak....selain Kampung Pisang glamor kerana filem tu terpapar glamor jugak sebab satu tragedi yang berlau semalam...meh baca kat bawah ni.....
Kampung Pisang dicemari gas toksik
GEORGETOWN: Kira-kira 200 penduduk diarah
mengosongkan rumah masing-masing selepas stor simpanan bahan kimia
terbakar melepaskan gas toksik di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini,
malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, stor simpanan hidrogen
sulfurik di kawasan kampung terbabit terbakar dan menghasilkan bau kuat
yang membuatkan penduduk panik seketika."Selain itu penduduk turut mendakwa sakit tekak, sesak nafas serta pedih mata dan pemeriksaan kita mendapati ia berlaku disebabkan gas toksik yang dihasilkan akibat kebakaran sebuah stor penyimpanan bahan kimia.
"Siasatan juga mendapati yang pemilik stor berkenaan menyimpan bahan kimia terbabit di situ dan ia akan dieksport ke Indonesia," katanya.
Menurutnya, penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing buat sementara waktu sehingga pihaknya memastikan gas terbabit dikawal sepenuhnya.
"Pasukan Hazmat sedang melakukan siasatan dan kita juga akan memastikan gas terbabit dapat dikawal sepenuhnya sebelum membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Sehingga jam 1 pagi tadi, pasukan bomba masih menjalankan operasi untuk memastikan kawasan persekitaran kampung itu bebas daripada gas toksik terbabit.
No comments:
Post a Comment