Pages

Thursday, September 19, 2013

::Tersedu Kerana Apa::

pernah tak korang tersedu???masa korang kecik kan bila tersedu mak korang mesti kata tu nak besar dah tu...tapi apa sedu tu sebenarnya??Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor. Apabila kita tarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, bila kita hembus nafas pun, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru.Ada ketikanya diagfragma terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap dan akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara korang , so terhasillah bunyi sedu tu....

ada banyak faktor sedu ni. antaranya menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap , berasa bimbang atau teruja , merokok , mengambil alkohol secara berlebihan.....yg kedua tu aku tak boleh terima...hehehehehehehehehe

dan ada jugak cara nak hilangkan sedu...
  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda
p/s: moga2 boleh mebantu korang yea...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...