Pages

Friday, December 13, 2013

::13 Disember::

 ini peristiwa yang aku dapat masa aku google kat WIKIPEDIA tu...so kalau ada yang tertinggal maaf yea..sebab aku tak tau cara lain nak cari kat en GOOGLE ni...


13 Disember merupakan hari ke-347 (hari ke-348 dalam tahun lompat) dalam kalender HIJRAH. Tinggal 18 hari sebelum memasuki tahun 2014 (cam tak sabar nak tunggu tahun depan)... ini antara peristiwa dan kematian yang berlaku pada 13 Disember dalam banyak tahun (aku pilih kisah yang menarik jea..yang lain korang cari sendirilah)
  • 1577 - Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
  • 1769 - Kolej Dartmouth di Hanover, New Hampshire, A.S. kini ditubuhkan dengan Piagam Diraja dari Raja British George III dan menjadi universiti terakhir diasaskan di Tiga Belas Koloni sebelum Revolusi Amerika.
  • 1937 - Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun di bawah Jeneral Iwane Matsui menawan Nanjing, China dan mula menjarah, membakar, merogol dan membunuh selama berminggu-minggu.
  • 1981 - Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung kesatuan sekerja Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.
  • 2003 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein  dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.
  • 2007 - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
  • 2008 - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
  • 2011 - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.
  • 2011 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada tahun 1972 Abu Bakar Baginda , Menteri Besar Selangor yang Ketujuh meninggal dunia.BALASUNGKAWA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...