Pages

Monday, December 30, 2013

::Yang Dah Naik dan Bakal Naik::

aku terbaca satu artikel barang kenaikan barang yang telah berlaku sepanjang 2013 dan bakal naik 2014 ni.dan kita tak taulah sepanjang tahun depan apa lagi yang bakal naik sebabnya alasan pengurangan subsidi oleh kerajaan.tak bolehke org cerdik pandai zaman sekarang ni amik kata2 mantan PM kita Tun M tentang kenaikan harganya...katanya jangan semudahnya menaikkan harga tapi kaji dan betulkan teguran Ketua Audit Negara dah tentu kenaikan harga dapat dikawal sebab berlaku banyak sangat pembaziran....tapi tak taulah yea...

dah melalut pulak..meh kita imbas semula harga barang yang dah naik

1) Petrol RON 95 - meningkat dari RM1.90 to RM2.10 seliter bermula 3 Sept 2013 (walau tak bawak keta tp kesannya sampai jgk kat aku)

2) Diesel - naik dariRM1.80 to RM2.00 per litre pun sama 3 Sept 2013 ( tambang bas pun dah naik.sebab tiket bas balik melaka dah naik 30%)

3) Gula - naik dari RM2.50 to RM2.84 per sekilo pada 25 Okt 2013 (alasannya nak suh rakyat kurangkan minum manis.masalahnya gula bukan hanya diperlukan dalam minuman tp dalam pelbagai industri makanan yang lain)

dan yang bakal naik 2014

1) Tol - kenaikan yg dikenalpasti antara dari 0.50 sen hingga 1.50 sen untuk semua 13 lebuhraya (bila tol naik maka keseluruhan barang pun naik sbb nak hantar barang kena lalu lebuhraya)

2) Tambang bas sekolah dan LRT - yg ini akan naik awal tahun 2014 (lepas ni pegi sekolah / keje jalan kaki yea atau suh sape2 antar tuk ke sekolah / pejabat)

 3) Tarif elektrik - pun akan naik 15% lebih tinggi berbanding 2013 tapi katanya kalau bil bawah RM50 sebulan kurang terkesaan (lepas ni kena rajin2 buat teknik menjimatkan elektrik mcm yg TNB satankan tu)

4) Air batu - pun akan naik sebab kenaikan kos dari elektrik dan harga diesel.10kg ais akan berharga RM3.50 berbanding RM 3 sekarang (lepas ni jgn minum ais yea.sebab pas ni teh o ais dah tentu berharga RM1.50 segelas)

5) Temperature - kalau nak diikutkan macam suhu kan??memang pun..mulai tahun depan semua kompleks membeli belah akan menaikkan suhu penghawa dingin dari 21 Celsius ke 24 Celsius berikutan kenaikan tarif elektrik (lepas ni kalau membeli belah kena bawak kipas tangan / kipas yg guna bateri tu.cuba bayangkan kalau tengah bersesak dan panas...kompom berpeluh dan bau tengik memasing)

6) Alat Tulis- menurut persatuan menjual buku dan alat tulis akan berlaku kenaikan harga dalam 30-40% kerana kenaikan harga diesel dan dijangka akan naik bulan Mac (baik korang beli alat tulis sekarang sebelum ianya naik.kalau tak nanti anak2 korang tak boleh belajar pulak)

pas tengok benda2 tu aku terfikir banyak kesan yang timbul akibat kenaikan tarif elektrik sebab sume yang ada disekeliling kita ni menggunakan elektrik untuk menjanakannya...apa nak buat yea..sebab kita rakyat jadi kita cuma boleh berdiam diri kerana kalau membangkang nanti kena tangkap pulak.

jadi kepada semua kawan2..kita kena lebih berjimat cermat bukan nak kata sekarang tak berjimat cermat tapi kena tingkatkan lagi berjimat cermat tu dalam 30% lagi untuk menampung kenaikan harga barang ni.kita sume kena usaha lebih gigih lagi untuk berjimat...CHAIYOK2 kengkawan.

(pas ni janganlah slalu nak shopping...pas ni wat window shopping jea..heheheheheheh)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...