Pages

Thursday, December 20, 2012

::Cuti2 Malaysia Part 2::

 
 
kita sambung lagi cite aku di sini....hehehehehe.....hari pertama di sini aku menemankan tuan umah aku menginap ke pasar siti khadijah tuk beli lauk buat santapan kitaorang tengahari nanti...aku tak pernah gi pasar siti khadijah nak beli lauk so agak terkaku nengok dorang menjual kat situ..tp sayang non ada foto sbb non ada kamera...nama pun beli lauk jek...pas makan tengahari kitaorang pun mulakan langkah perjalanan...tapi sayangnya hujan so terpaksalah tunggu pas hujan berhenti...
 
 
inilah menu kitaorang makan sebelum mulakan perjalanan...nasi lemak dan semestinya keropok lekor....seperti kata tuan umahnye...jangan makan diluar..sebelum pergi makan dulu kat umah...and makan kat umah pas balik dari berjalan2...

 
lokasi pertama kami ialah di ISTANA JAHAR....dulunya menjadi kediaman sultan kelantan kalau tak silap tapi sekarang dah jadi muzium adat istiadat diraja...kat dalam ni ada pelbagai peralatan yang digunakan oleh keluarga diraja tapi sayangnya tak boleh bawak kamera....jadinya tiada gambar yg boleh aku tunjukkan..muzium ni boleh dilawat sehingga jam 5.30 petang....

 
aku dihadapan pintu masuk muzium kelantan....nak masuk dalam ni kena bukak kasut dan kamera tidak dibenarkan dibawa...

 

 
ini pulak panca persada...tempat ini adalah tempat untuk putera dan puetri raja bersiram bagi upacara berkhatan dan perkahwinan...tempat ini didirikan didalam kawasan istana dan berdekatan dengan perigi supaya memudahkan mengangkut air ke atas....

 
ini plak perigi dirija yang dibina berdekatan dengan panca persada...dulu2nya ia berfungsi tp sejak dijadikan istana perigi ini dijadikan sumber perpaipan bagi kakitangan muzium ni sebab ada sebuah water pump dibina di sebelah perigi....
 
 
ini plak kenderaan diraja masa zaman dulu2....tak ada plak penanda nama bot ni apa...so aku tak boleh nak cite tp kapal ni memang panjang dan semestinya tidak mempunyai motor....tapi aku tak nampak plak pendayungnye...hilang kot...hehehehehe

 
 
ini pun kenderaan diraja kelantan pada zaman dahulu...ada kain kuning lagi...tp untuk kenderaan ini ada pendayungnya...macam yg anak buah aku pegang


ini plak tempat lepak kerabat raja zaman dulu...tapi aku tumpang sekejap...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...