Pages

Monday, December 31, 2012

::Entry Sebelum Tamat 2012::

Slmt ptg kengkawan..tapi adakah org yg baca blog aku ni?kalau ada terima kasih byk2.klu xde yg baca pn terima kasih.mungkin sbb penulisan blog ni x sesuai tuk korang.apa pun aku bersyukur ngan apa yg jd pd aku.walau sakit tp aku gagahkan jugak.dah merapu plak aku ni...ini tahun kedua aku mempunyai blog.blog yg jd ruang utk aku luahkan semua perasaan yg aku alami samada sendirian atau bersama keluarga aku.aku bahagia bila menulis kat blog ni.walaupun entah apa yg aku merapu dan mengigau aku tetap menulis...hahaha.perasan ko zuraida...so inilah entry aku sebagai penutup tahun 2012...tahun yang penuh dugaan dan cabaran dan sekarang pun aku sedang alaminya..moga2 tahun 2013 menjanjikan sesuatu yang menarik untuk aku....
 
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Bangkit Semula??::

 
 
 
adakah aku mampu bangkit setelah apa yang melanda aku beberapa hari lepas??adakah aku mampu mengukir seyum setelah musibah menimpa???kata orang jangan diluah perasaan kita di laman sesawang agar takde yg salah anggap...tak boleh ke kalau aku bersedih seketika??tak boleh ke aku meratap hiba sekejap??tak boleh ke aku menangisi keadaan yang berlaku??perlu ke aku sekadar senyum dan berkata inilah dugaan hidup??aku cuma manusia biasa..terkadang cabaran yang datang tiada dlm perancangan aku jadi aku terkejut dan menangis sambil memikir kenapa kejadian ini berlaku...tak bolehkah aku menunjukkan reaksi kerana aku manusia yang punya hati dan perasaan.aku bukan tunggul kayu yang diam kaku...jangan disalah fahamkan apa yang aku tuliskan itu..ia cuma coretan rasa kerana aku dalam fasa menidakkan apa yang berlaku.....ia cuma luahan perasaan aku..tiada berkaitan dengan sesiapa pun...hanya aku yang tau apa yg aku rasa...anda mungkin pernah alami rasa yang sama tapi dalam situasi yang berbeza jadi anda tak mungkin faham apa perasaan aku....
 
 
 
kepada teman sekatil dan serumah aku...terima kasih sebab sentiasa support aku...sentiasa berada disebelah aku saat dugaan ini mendatang...jangan risau sebab aku akan bangkit semula cuma ia akan mengambil masa kerana kelukaan ini amat lain dari luka yang pernah aku alami sebelum ini...aku tak akan membiarkan kesedihan ini terus menghantui aku...aku akan bangkit cuma biar masa yang menentukan semuanya....cuma satu aku pohon jika kau terlihat air mata turun dari kelopak mataku anggap sahaja yang luka itu masih berbekas...dan kepada mereka yang sentiasa salah faham atas tulisan aku,maaf aku pohon kerana korang mmg tak puas hati ngan aku walau apa pun aku tulis...aku tak mampu nak puaskan hati korang...fikirlah apa yang korang nak sbb aku tak akan buat apa2 pun untuk ubah tanggapan korang...maaf sekali lagi...

 

::Apa Silap Aku?????::

 
dah beberapa hari ni entry aku tulis penuh ngan kesedihan...aku berusaha untuk tidak menyedihkan diri tapi tak boleh plak...dalam keadaan sekarang ni mmg senang untuk orang berkata biarkanlah...yang dah lepas tu biarkan...tapi aku yang menanggungnya rasa mcm satu beban sgt2...seringkali aku bertanya kenapa harus aku yang merasa pedih ini???kenapa harus aku yang duhukum begini???adakah besar sangat salah dan dosa aku pada dia???kalau sekalipun tak mau berkawan ngan aku jangan sampai buang aku...kalau iye pun aku buat salah jangan sampai hilangkan jejak aku....bila aku diperlakukan sehina begini aku dah tak mampu nak berbuat apa2 lagi....yang mampu aku buat hanyalah duduk termenung dan menangis....kamu....satu yang aku pinta...bercakaplah walau hanya sepatah kenapa buang aku sebagai kawan kamu???kenapa mungkir janji kamu untuk jadikan aku kawan kamu????adakah kerana aku punya perasaan ini maka kamu buang aku jadi kawan kamu???sesungguhnya aku tak minta perasaan ini datang tapi ia hadir tanpa aku jangka...maafkan aku kerana perasaan ini datang dan aku tau kamu tak menyukainya tapi aku tak mampu berbuat apa2...aku cuma menunggu ianya keluar dari akal fikiran aku....
 
 
aku sedang berusaha sedaya mungkin untuk membuang perasaan ini....sepatutnya kamu bersabar....jangan buat keputusan begini...ianya terlalu menyiksakan aku...kamu tau yg aku sedang berusaha utk buang perasaan ini....aku baru nak pulih dan kamu tolak aku sehingga aku tak mampu berdiri lagi...beginikah seorang kawan buat untuk kawan yang lain???beginikah cara kamu berkawan???kamu kawan aku yang paling dekat di hati...kamu datang pada ketika aku tak mampu berdiri...kamu hulurkan telinga dan tangan untuk bantu aku tapi belum kuat aku berdiri kamu jatuhkan aku juga....dan aku tergolek.....

::Penutup 2012 Yang Duka::

sepanjang 365 hari di tahun 2012 ni pelbagai dugaan dan cabaran yang aku telah harungi....suka duka silih berganti....bermula dari hari pertama 2012 aku berhadap duka sehinggalah ke hari yang akhir di 2012 aku masih dilanda duka lara.....inilah kesedihan yang paling besar aku tanggung....aku dibuang dari hidup seseorang yang selama ini bersama ngan aku...dibuang dari mengetahui kehidupan dia...dibuang dari mengintai masa gembira dia...apa lagi yang harus aku buat setelah mengetahui perkara ni???menangis ajelah kerja aku...habis menangis aku diam...habis diam aku menangis lagi...bukan aku sedih sbb apa tp aku sedih kerana aku tak dibenarkan terus mengetahui tentang dia..dibuang terus...kalaupun tak nak kawan ngan aku jangan buang aku sebegini...mengganggu sangatkah aku dalam hidup dia??tidak aku minta ini datang...tidak aku suruh perasaan ini hadir...tapi inilah hukuman yang aku terima kerana perasaan ini datang...inilah natijah aku aku dapat akibat membiarkan ia hadir...salah aku ke kalau perasaan ini datang untuk kau???aku tak mohon kau bertindak sebegini tapi sekurang2nya jangan buat aku sebegini hina....
 
 

Sunday, December 30, 2012

::Jadilah Lelaki Yang Berani::

Knp setelah sesuatu berlaku perempuan selalu dipersalahkan?knp tidak lelaki itu jd berani dan mengaku yg ini juga kesilapan mrk dan apa yg jd adalah salah kita bersama.bknkah itu lbh menyenangkan hati aku.awak,sy tau awk dh buat keputusan utk buang sy supaya sy x mengganggu awk lg tp sekurang2nya jadilah lelaki yg berani.awk berani buat tp x berani nak menanggung kesannya jika ini bocor dan diketahui umum...tak bijak langkah awak...dan akhirnya aku yang terima padah.....
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Kenapa Jadi Begini::

Aku belajar terima hakikat yg aku dibuang oleh dia.tp knp aku?knp perasaan indah itu dicipta dlm jiwa aku kalau ini pengakhirannya?knp harus aku yg terima padah?adakah semua ini kesalahan aku?knp perasaan itu perlu jatuh pd dia sedangkan tau dia org yg salah?
Published with Blogger-droid v2.0.9

::Belajar Terima Hakikat::

Setelah bbrp ketika aku tergantung tanpa keputusan akhirnya ia terlerai petang tadi.airmata yg keluar tak dpt ditahan.sedihnya aku tak tergambar. aku dh jangka ini pengakhirannya tp knp aku menangis??knp aku terlalu duka sedangkan aku dah tau dia tak seberani yg aku sangka.aku menerima akibat atas kesilapan yg aku buat.aku sepatutnya menghalang perasaan aku tp aku biarkan ianya hanyut dan berkembang dlm hati.jd skrglah masa utk aku terima hakikat yg aku telah dibuang dr hidup seseorang. insan yg pernah ada dan akan sentiasa dlm hati aku walaupun aku tidak dikehendaki lg.buanglah aku dgn begini caranya dan aku bljr redha.tapi allah maha kuasa dan allah tau apa balasan yg patut diberi pd kamu.tidak aku doakan yg buruk utk kamu tp tidak juga bahagia akan kamu dpt..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 27, 2012

::Mencederakan Diri Sendiri::

alangkah indahnya perasaan mencederakan diri sendiri...jgn risau kengkawan...bukan melukakan diri tp melukakan hati sendiri dgn buat apa yg hati tak nak....biarpun xde org yg faham tp itu semua aku buat sebab aku terlalu terluka dgn apa yg terjadi...awak tak kan nampak sebab knp sy buat begini..mungkin awak akan kata tak kan sbb cinta awak buat begini tapi ini bukan sbb cinta tp sbb awak....awak yg jadi punca sy cederakan diri saya....padan muka saya...begini cara awak layan saya...saya tau saya bersalah tp jgn layan saya macam sampah...macam tunggul...kalau betul awak tak kita berkawan berterus terang supaya saya tau apa yg saya nak buat...sy x nak buang awak tp kalau awak tak mau saya muktamadkan apa yg saya rasa ni...saya tau ini salah...jadi buat keputusan...mau kita terus berkawan atau berhenti jadi kawan...saya akan terus cederakan diri saya sehingga awak bagi kata pemutus....

Wednesday, December 26, 2012

::Final Episode Cuti2 Malaysia::

inilah episod akhir pengembaraan kami di kelantan...macam drama berepisod plak...ada banyak siri...tapi ini yg akhir jgn risau ler...kalau korang rasa boring plak baca kisah aku..bukan senang aku nak wat entry berepisod ni...


pas dari pantai geting kitaorang menghala ke Kota Bharu Mall atau dikenali ngan nama KB Mall..nak masuk dalam ni agak pelik sikit...kalau masuk mall ni pas maghrib mana2 perempuan Muslim yg tidak bertudung dinasihatkan membawa dan memakai tudung bagi mengelakkan disaman oleh penguatkuasa MPKB....so beringatlah korang yek...

 
 

kat dalam KB Mall ni kitaorang cuma berjalan2 ngan makan aiskrim jek...nak beli barang kat sini mmg tak lojik sbb nama pun shopping mall barangnya pun lebih kurang sama jek ngan yg ada kat Melaka...pastu kitaorang pun balik tuk rehat dan teruskan perjalanana terkahir sebelum pulang ke Melaka...negeriku sayang...hehehehehe


 
perjalanan hari akhir aku 'menziarahi' sekali lagi pasar siti khadijah tuk tawaf yg akhir...tawaf selamat tinggal ni....kitaorang pegi sini dah tengahri sebab pagi tu hujan lebat...nak jalan tak best...

 
 
inilah antara yg anak buah aku snap foto kat dalam tu..tak tau kenapa gambar udang tu jugak yg diambil..mungkin sbb udang tu besar kot....
 
 
 
kuih yg atas tu nama gelembung boya ikut sebutan org kelantan walaupun tercatat gelembung buaya tp mungkin sbb nak sebut buaya tu macam pelik jd tersebut lah bpya...sedap kuih ni macam dodol tp berwarna dan berperisa...

 
 
 
masa ni muka aku dah mmg kepenatan...kaki dah tak larat nak berdiri dana berjalan...singgah kat sini nak beli sehelai lagi jersi tuk anak buah aku dan cenderahati utk kengkawan kat opis....


aku plak terberhenti kat kedai ni..mmg gila kalau dah terserempak ngan kedai kain sutera...cantik kan...ziarah yg lain akan aku rembat kain ni sehelai dua...tunggu yek...aku dah siap kawtim ngan akk kedai ni..mmg murah giler....seb baik aku belum giler....

 
inilah kenderaan besaryg akan bawak aku ngan anak2 buah balik ke melaka...besar kan kenderaan kitaorang...muat kalau nak bawak byk2 beg..bas budaya DAR 487...

 
inilah antara beg aku...masa aku datang bawak satu beg setiap sorang tp bila balik nah tambah beg besar LV lagik tau...penuh dlm beg tu


ini aku yg dah kepenatan sepanjang 4 hari bercuti...dah kehabisan tenaga dan kekeringan wang di poket...hehehehehehe...

 
 
 

mereka2 di terminal bas kota bharu....masa utk meninggalkan yang tersayang di Kota Bharu..lain kali kita jumpa lagi yek...
 

::Comelnya!!!!!::

 
salam and selamat pagi...selamat hari natal kpd sume kengkawan yg menyambutnya...walaupun aku ada dengar banyak fakta tentang memberi ucapan krismas ni tp aku rasa sebagai seorang kawan aku ucapkan jugak ler....ari ni tetiba aku nak story pasal haiwan plak...tak pernah lagi ada cite aku tentang haiwan...moh nengok fotonya....
 




tomei x haiwan2 ni???inilah haiwan yg ada kat umah yg aku menginap sepanjang di kelantan kelmarin.....walaupun tak berapa berani ngan haiwan ni n selalu terperanjat ngan mereka aku beranikan jugak...hehehehehehe

Monday, December 24, 2012

::Aktiviti Sabtu::

agak jarang aku ada update cite tentang aktiviti aku sepanjang sabtu dan ahad..tapi kali ni aku ada story plak...sabtu lepas aku keluar menonton wayang,,,hehehehe tapi entry ini tiada foto krn fon saya non ada kamera lagik yek....tapi dalam fikiran tak tau apa cite best yg sedang ditayangkan..tp anak buah aku sempat bg idea supaya menonton CZ12 lakonan Jackie Chan..katanya best...so aku pun nak menontonlah..cadangan menonton di JUSCO Bandaraya tapi setelah berpusing 2 kali terbatal hajat dan kami keluar dan menonton di MBO Melaka Mall...tayangan jam 10.45mlm...ada masa 1jam lagik so kitaorang sempatlah menonton perlawanan Piala AFF antara Singapura dan Thailand yang mana Singapura menang secara agregat....walaupun Thailand menang 1-0...hahahahaha padan muka thailand....sambung cite wayang plak..dah melalut nnt...

 
aku tak tau lah betul ke tak poster filem ni..ni aku minta dari en google...tak rugi menonton filem ni sbb tiada seminit yg memboringkan...penuh aksi,lawak dan elemen yang menarik ..kalau korang suka lakonan Jackie Chan tentu korangtau macamana lakonan dia..so pegilah menonton....meh kite amik sikit aksi dalam filem ni yek...tq kpd en google
 
 
 
 
 
dah tak boleh bagi bebanyak...nanti korang tak gi nonton...cite ni mmg tersangatlah hebat....selamat menonton
 

::Cuti2 Malaysia Part 7::

aku bercadang untuk menamatkan penceritaan ni pada entry yg ini tapi tak boleh plak sebab masih ada banyak tempat yg blm dimuatnaik so aku teruskan dengan episod yg ketujuh....perjalanan kami diteruskan ke Taman Perbandaran Tengku Anis...Tengku Anis ni merupakan Raja Perempuan Kelantan iaitu bonda kepada Sultan Kelantan yg memerintah sekarang ni...aku x tau apa yg ada kat taman ni tp kite nengok aje lah...menarik atau kurang menarik tempat ni...

 
inilah peta laman di taman tu..namapk di peta seperti besar tp keluasannya taklah besar sangat seperti yg aku jangkakan....tapi aku tak upload banyak foto dlm entry ni sbb dh byk sgt foto plak...nantilah aku upload dlm fb plak...hehehehehe

 
 
 
 
 
 
 
 
 
kat taman ni jugak adalah 4 jenis binatang yang ada...ada rusa,merak,monyet ngan burung2 yg pelbagai jenis..ada jgk katanya taman tema air tp sepanjang menjelajah aku tak nampak plak taman tema air tu...


 
 
 
 

kat taman di negeri korang ada papan tanda etika berpakaian ke...mesti takde kan...tapi kat kelantan ni ada papan tanda tatacara berpakaian di taman perbandaran tengku anis ni..jgn memain..korang bacalah sendirik...
 
pas dari sini sini kitaorang menuju ke Pantai Geting tuk nengok matahari terbenam...sebagai memenuhi hajat aku sbb masa kat pantai cahaya bulan kelmarin takde matahari sbb hujan turun.....walau pantai geting ni tak semeriah pantai cahaya bulan tapi korang boleh jugak jadikan ianya satu kunjungan bila ke kelantan...boring jugak kalau slalu sgt ke pantai cahaya bulan tu...



inilah rupanya pantai geting ni....kita boleh mendekati pantai walaupun ombaknye besar...berbeza ngan pantai cahaya bulan sbb penuh ngan batu batuan....



inilah sunset yg aku tunggu...cantik sungguh ciptaan Allah...berkesempatan jugak aku melihat matahari ni....dapat jugak aku nengok dari awal hingga akhir matahari tu...


ini adalah kerabu maggi...jangan memain..slalu maggi dibuat secara berkuah ataupun digoreng tp kat sini keistimewaannya adalah kerabu maggi..boleh jugak nak dibuat kat umah cuma ada satu elemen yg xde ialah bahan rahsia pemilik resepi ni...aku dah tanya tp tiada jawapan..so boleh nak buat cuma akan ada satu kekurangan rasa sikitlah...





gaya kami menikmati kerabu maggi ni...macam org tak pernah makan maggi kan??tapi seronok jugak..makan sambil menikmati angin laut cina selatan....sampai tak duduk..makan ngan berdiri di tepi laut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...